::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Tuesday, December 29, 2009

~Muslimat Power..!!~






Bismillahirahmanirahim..



Alhhamdulillah..ingin berkongsi sedikit..mgnai program Jambori Nisa Selangor yang bertempat di Bukit Lagong ,Selayang pada 25-27 Disember bru2 ni bertemakan “ I’M A SUPER MUSLIM “.bilangan peserta sekitar 300  orang dikalangan adik2 teen circle nisa  seluruh selangor


Banyak input dalam setiap slot...Slot riadhah,Slot ceramah I love islam bersama kak syuhadah dan ustaz ashaari , slot ceramah activate amal reload taqwa..slot ceramah cinta vs cita-cita,slot connecting ummah..slot kubius cinta ,Slot impak maksima: muslimat power,slot dimana bumi dipijak disitu islam kujunjung, Jungle trekking ..dll


saya kongsi sedikit slot bersama ustaz zamri mantop..mmg mantop..Kata ustaz..klo dalam anggaran yg telah dibuat utk seorg muslim yg hidup dalam 50 tahun..bila dibahagi campur..kita ada 17 thn tidur..rehat 8 tahun..bekerja 25 tahun dan solat dianggar hanya diperuntukkan 2 tahun..astaghfirullah..bayangkan..2 per 50 thn je waktu kita beribadah..layyakkah kita ke syurga???Sbb tu..sbg org islam..sume aktiviti sepatutnya jadi ibadah jika kita niatkan kerana allah..bekerja ikut syariat dpt pahala..slm tidur, baca doa tidur dapat pahala…


Haa..smasa jadi fasi..saya diberi nama kumpulan nailah al farafishah..bingung juga saya..kerana saya sendiri lupa kisah nailah..tanyakan pd fasi lain..sume pun tak ingat…


Jadi ..bila balik ni..saya cari semula kisah nailah ni..iaitu isteri khalifah utsman bin affan.nailah dinikahi ketika utsman menjawat jawatan khalifah. proses pernikahan mereka unik. Utsman meminta said untuk menjodohkan beliau dengan nailah apabila diceritakan kisah kebaikan saudara nailah iaitu hindun yang menjadi isteri said bin ash umawi..


Terbukti pilihan Utsman tidak salah. Nailah adalah wanita yang tak hanya cantik tapi santun dalam berbahasa dan cerdas. Utsman tidak dapat sembunyikan kekagumannya sehingga dia berbicara tentang Nailah, “Aku belum pernah bertemu wanita yang lebih cerdas dari Nailah. Bahkan dia mampu mengalahkan kecerdasanku.”


Tahun 28 Hijriyah, Utsman menikahi Nailah. Setelah tinggal di Madinah, Nailah selalu mengunjungi dan berguru dengan, Ummul Mukminin, Aisyah. Bahkan dia meriwayatkan beberapa hadits dari Aisyah dan beberapa dari suaminya sendiri. Suatu bukti bahwa Nailah mempunyai keseriusan terhadap ilmu.


Hanya 7 tahun nailah hidup tenang mendampingi suami tercinta sampai ujian besar datang. Pada tahun 35 Hijriyah timbul pemberontakan terhadap kepemimpinan Utsman. Nailah tetap berdiri setia di sisi Utsman meskipun ia tahu nyawa taruhannya.Sejarah mencatat kesetiaan Nailah saat para pemberontak berjaya masuk ke dalam rumah Utsman. Mereka segera menyerang Utsman dengan pedang. Nailah menjadikan dirinya perisai hidup bagi Utsman. Namun, tangan Utsman tetap terkena sebatan pedang sehingga darahnya menitis membahasahi mushaf tepat di ayat “Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

 

Selepas itu dtg lagi seorang pemberontak menghunuskan pedangnya ke arah Utsman. Nailah menghalang lelaki itu. Dengan segenap kekuatan dia cuba merebut pedang pemberontak tersebut sehingga putuslah jari jemari Nailah. Laki-laki itu akhirnya Berjaya mendekati Utsman dan membunuh Utsman sehingga syahid.

Nailah sangat terpukul dengan kematian Utsman yang terjadi di depan matanya sendiri. Sedih dan pilu jiwanya. Sesudah kematian Utsman, Nailah keluar dari rumahnya menuju masjid Rasulullah saw. Ia menyuruh seorang wanita ikut bersamanya untuk membangunkan orang-orang yang ada di situ. Maka berkumpullah orang-orang di sekeliling Nailah. Di sana ia menyampaikan pidato yang amat panjang dan menyentuh hati yang menggambarkan kepedihan hatinya serta mengingatkan manusia akan fitnah yang sangat gelap yang mereka hadapi dengan terbunuhnya Utsman. Sehingga ketika ia selesai berpidato, murunglah semua wajah orang yang hadir.

Demikianlah kisah Nailah. Semoga Allah selalu mencurahkan kasih sayang dan rahmat-Nya untuk wanita solehah yang setia pada suaminya dan membelanya di jalan Allah

Perhatian..muslimat power..!!


Monday, December 21, 2009

“Jika takut dilamar perpisahan….


..Usah merisik salam pertemuan..”
sambut kami beramai-ramai. Kami sentisa mengulang kalimah itu sebelum pulang .. seolah-olah trademark buat faci2 dan ajk muslimat BETTER o9 (best mukmin for leading future)..adik2 peserta kata.."wah..best la kak ayat tu..jiwang.."sape yang reka?? kami sama-sama la..."
em..jiwang2 pun.. cuba hayati maksudnya.. sukar sebenarnya apabila bertemu ..bimbang andainya..kami gundah apabila berpisah..namun kami kuatkan hati..bertemu berpisah kerana Allah..
Sahabat..merasai kemanisan dalam ukhwah itu ..sesuatu yang cukup indah.Mehnah dan tribulasi dilalui dengan hati yang lapang dan terbuka…apabila perjuangan dan matlamat yang sama ..LILLAHI TAALA..menjadikan luka itu suka, duka itu gembira..
Keramatnya ukhwah,
Melangkaui hubungan darah
Kasih sayang kerana Allah
Tonggak kekuatan dalam jamaah
Digubah dengan acuan aqidah
Tak seorang dibiar gundah
Andai ditakdir rebah,
Seribu membahu gagah
Moga hatimu tabah
Menempuh segala mehnah
Andai ingin diluah
Diri ini sedia bersama  menanggung resah
-credit to kak farhah-


Alhamdulillah..menjadi fasi adik2 ..dari pelabagai sekolah agama sekitar selangor SAMER,SAMBEST,SAMTTAJ dll ,banyak yang dipelajari dan mempelajari..seorang daie sentiasa bersedia untuk  ditarbiah dan mentarbiah..namun apa yang dikongsi disini,..pentingnya ukhuwwah dalam berdakwah…
 “em..saya naqibah..usrah saye kan kak....sebulan sekali..”kata asiah
“eh..usrah kitorg..seminggu sekali..”kata zainab
“ha..cube kongsi kenape usrah awak sebulan sekali..kenape usrah maa’zatil, farhah dengan zainab boleh seminggu sekali..”
“ha..tula..camne korg buat ea..anak2 usrah saye tak minat nak datang..ade je hal..masing-masing macam sibuk..”
Um..kitorg slu wat game..kdg2 makan2..kakak usrah saye sanggup belanje..best..”kata adik2
“Lagi satu..buatla  program best2 sket..kitorg penah wat jalan2..dan usrah bukan setakat duduk bincang silibus jer”kata adik yang menjadi naqibah.
Apa yg nak disampaikan disini..nak tarik ahli usrah atau mad’u bukan bergantung bestnya sesuatu aktiviti dalam usrah..tapi ukhwah… perlunya keterikatan ukhwah antara ahli..maka,pendekatannya dengan cara beraktiviti, makan bersama, bermain dan berbincang la dapat eratkan ukhwah..
Andai kita sekadar bertaaruf  dan berhalaqah semata..namun tidak makan bersama, tidur bersama, beraktiviti bersama..kita takkan mengenali mad’u dengan dekat..maka usaha dakwah tidak dapat berjalan lancar..



Akhir kalam..semoga ikatan ukhwah ini berkekalan..buat sahabat2 adik2 syababgen 1.. (asiah,farhah,hafizah,maazatil,faizah dan zainab)dan buat fasi2 better 09( kak masyitah,ilyani,mardhiah, mufidatul,kak farhah,nabilah) semua fasi muslimin,ajk muslimin muslimat..seronok bekerja bersama kalian..alhamdulillah..ukhwah itu indah..bertemu berpisah kerana Allah..(^_^)

Sunday, December 13, 2009

~Lagi isu BTN dan mesin basuhnya~



Bismillahirahmanirahim..baca berita hari..nampaknya isu BTN sampai la ni masih hangat.. sampai Datuk Najib sendiri kata akan mainkan peranan selesaikan isu ni.. Saya sebagai mahasiswa yang BERKECUALI turut terpanggil untuk berbicara akan niat IKHLAS BTN yang SUCI lagi MURNI ni..
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)  juga akan mendedahkan rakaman suara didakwa 'berbau perkauman' bagi mengukuhkan lagi dakwaan kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur 'doktrinisasi perkauman dan politik' dalam sedikit masa lagi..


Takpa kita tunggu dan lihat..kalau memang terbukti bahawa BTN adalah untuk kepentingan politik pihak tertentu..maka sewajarnya dan seadilnya program BTN yang SUCI lagi MURNI ni dimansuhkan terus..walau pun saya turut berDUKACITA kerana kesiankan rakyat Negara kita yang KERUGIAN kerana terlepas peluang menghadiri kursus BTN yang MANTAP lagi BERKESAN.. 



Ada pihak yang berpendapat modul BTN tidak perlu dirombak sebaliknya perlu ditambah baik agar sesuai dengan situasi semasa…bagi saye..ibarat  muka la..tak perlu nak ‘touch up2’ lagi andai dah memang comot..sebaiknya dibasuh sahaja..supaya bersih..make up setebal mana pun hanya akan menghodohkan lagi wajah  ..
BTN ni mmg BAIK bila memupuk semangat patriotisme..nasionalisme..namun semangat nasionalisme yang melampau juga tidak membawa kemana kerana ia jelas bercanggah dengan Islam kerana asalnya fahaman ini diasaskan oleh pemikir politik seperti Machiavelli, Gottrified yang berbentuk sekular..sebab lahir dari perjuangan masyarakat Barat yang berusaha bebaskan Negara mereka daripada tekanan Gereja Kristian..jadi saya lebih suka menggunakan semangat cintakan tanah air 


Jika benar ia menambah pengetahuan mengenai hal2 dan sejarah2 kenegaraan..tak patut ade pihak yang melarikan konsep asal BTN yang SUCI lagi MURNI ni..dengan mendoktrinisasi supaya menyokong mana-mana parti politik..Jadi pihak2 yang sewajarnya ..kaji balik matlamat BTN ..matlamat seharusnya selaras dengan pelaksanaan modul, silibus dan program..JANGAN CAKAP LAIN BUAT LAIN..


Sebab bila tanya rakan2 yang pergi BTN mmg ade menceritakn sejarah2 negara dan tak kurg juga diselitkan video2 yang mengecam pihak pembangkang.. nape lak tetibe kuar gambar tok guru nik aziz meletakkan tangan dibahu orang cina dan dikatakn menjatuhkan islam???apa islam itu hanya untuk melayu??malah mahasiswa2 sendiri dimomokkan dengan bangsa cina yang dikatakn semakin memonopoli..ape kes??


agenda perkauman sempit serta semangat kemelayuan yang melampau tak bawak kemana kerana Islam sendiri menolak assobiyah..
Kawan2 yang pergi ade mengatakan kursus BTN nak detect fikrah..fahaman dan juga nak tgk sape sokong pembngkang sape kerajaan..hemm..boleh caye ke??saye tak nak percaya TAPIKANNN.. mahasiswa yang bagi respon negatif atau nampak menentang je akan dicatat name..buat pe nak amik name orang??..da tade keje lainke??..kalau nak kasik hadiah takpe jugak kepada peserta-pesrta yang CEMERLANG sepanjang kursus BTN berlangsung..


Malah di UKM sendiri pelajar2 tahun satu fakulti pengajian islam shj diwajibkan pergi.. kerana dekan mereka mahukan semua pelajarnya mengikuti kursus BTN ni.namun saya tak melihat peri pentingnya BTN ni apabila dekan2 fakulti lain tidak pula merasakan perlunya BTN buat pelajar mereka..apa seolah2 fakulti pengajian islam itu kurang pengetahuan tentang kenegaraan?? atau pelajar2 fakulti lain sudah cukup ARIF soal kenegaraan..
patut ade suara2 MERDU yang mengatakan BTN ni nak ‘BRAINWASH’bebudak FPI..logik ke tak??

Em..macam2 lagi cerita kawan2 yang pergi..saya jadi PANAS HATI kerana trpaksa meragui niat iIKHLAS  pelaksanaan BTN yang SUCI lagi MURNI..apatah lagi kerajaan Selangor telah mengharamkan BTN..tak de peluang la saye nak merasai MESIN BASUH BTN..


Saturday, December 12, 2009

~belajar dari pengalaman~





Bismillahirahmanirahim..didalam sedikit ruang2 kosong ..(tengah fikir modul untuk jambori nisa yg bakal tiba..)hehe..cuba coretkan sesuatu buat adik2  ym tersayang yang sentiasa bertanya dan berkongsi masalah..pelbagai masalah yang adik2 lontarkan..ade yang tak minat kos..ade nak tuka kos..ade yang fail exam..ade yg low self esteem..ade juga yang mslh keluarga. masalah sosial ..akak cuba kongsi sikit pandangan.. almaklumlah nak jadi ahli psikologi..
“akak..kite takde kelebihan..kite nak jadi ape?”
“ape cite2 awak??”
“Nak jadi ustazah ..tapi tak pandai cakap..”
Kata saye “aitt..ustazah2 yang ade kat dunia ni pun lahir2 tak pandai cakap dik..mne der orang lahir2 pandai cakap..sume kene blaja..cuba dulu baru tau..”
“Habis saye da amik  business...”
“klu minat agama..tak semesti jadi ustazah..dan kalau kurg kemahiran bercakap..cuba menulis..tulislah kat blog”
“tak pandai tulis..tulis abc bolehlah..”
Macam-macam cadangan saya buat adik ni..namun pandai aje dye wat alasan.. saba yo lar..
“Ape kelebihan kite ni??”
setiap orang ada bakat dan kebolehan..cume kite tak nampak..cuba bukak ruang hargai diri..terima diri seadanya ..maksimakan potensi diri..jangan manjakan diri..
namun bakat aje tak cukup.. kene bijak manfaatkan ruang dan peluang yang ade..be at right time at right place!!

untuk  adik yang sedang keciwa tu..jangan sedih lame2..jangan pernah merasa gagal kerana peluang mencuba tu sentiasa terbuka..right???
Manusia  merasa kegagalan kerana tak menghargai pengalaman yang ada....cuba belajar dari pengalaman ..itu yang terbaik..
Seringkali adik2 yang bercerita pasti bunyinya macam tak puas hati dengan apa yang ada..kene ade rasa bersyukur dik..
Kenangan baik atau burukk..pahit..manis..masin..tawau  atau kelat sekalipun..kita kne cantumkan jadi rangk a terbaik sebuah perjalanan dalam kehidupan..jangan pernah buang mana-mana chapter dalam hidup..kerana..cerita akan jadi tak lengkap..malah tak sempurna
Andaikan anda membaca novel..anda hanya baca part-part yang menarik dan tinggalkan part-part yang tak best..anda pasti tak tahu kenpa sesuatu berlaku, kenapa ini berlaku..rasa tak lengkap bukan?
setiap pengalaman orang berbeza dan pengalaman itu menjadikan anda berlainan dengan orang lain..sekaligus menjadikan anda seorang yang sempurna..
Sye juga banyak pengalaman-pengalaman yang kalau ade orang dengar..orang kata tak best..tapi bagi saya…semua pengalaman itu baik..sebab kita sentiasa belajar..our life is a learning process..orang yang tak belajar dari pengalaman adalah orang yang rugi…
Saya ada sahabat  yang sentiasa positif..insyaallah bakal ahli psikologi juga..memang kalau cerita masalah..ia tak jadi masalah..ia jadi hikmah..kalau cerita sedih..tak jadi sedih..ia jadi ceria..bila cerita gembira ..ia bukan setakat gembira ..ia akan jadi nikmat sekaligus bersyukur..
bila cerita pengalaman dengan sahabat saya yang punya adik  berdik seramai 13 orang ..saya tahu sebenarnya susah..namun die kata bahagia..dia pernah gagal tapi dapat bangkit semula dengan baik..saya juga pernah menceritakan pengalaman sendiri yang bila diceritakan pada orang lain..tak ramai yang mengambilnya secara positif..tapi bila cerita dengan sahabat saya ni..saya rasa senang..pengalaman yang banyak mengajar....kami senyum sama-sama..malah  bersyukur sangat dengan apa sahaja yang Allah datangkan..jarang2 saya jumpa orang yang macam tu..menghargai setiap inci kehidupan..
Tak semua orang akan rasa apa kita rasa..sebab tu anda istimewa diuji dengan ujian yang jarang-jarang orang lain terima..jadi mujahadahlah wahai adikku..apa yg terjadi dalam hidup tu..jadikan kita kuat..kalau kite tak rase..kita tak tau..betul tak??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
Ok adik2 yang comel..antum2 ni sume muda2 lagi ..banyak lagi kene belajar dari hidup..jangan asyik merendahkan diri ..yang penting u  should know yourself better than anyonelse..discover your potential..insyaallah antum sume hebat!!!
~in the middle of difficulty lies oppurtunity~=)

Tuesday, December 8, 2009

Terbunuh dengan masa??!



Sebelum mula topic  nak ucap syukur..Alhamdulillah..terasa ikatan ukhwah yang kuat dan kefahaman yang lebih apabila pergi ke kongres mahasiswa Selangor baru2 ni..Insyaallah  akan cuba perkenalkan apa itu permasis iaitu persatuan mahasiswa Selangor dalam entri kemudian  untuk menginvite kawan2 mahasiswa Selangor  join bersama..
Apa yang paling seronok dapat jumpa sahabat2 satu sekolah..dan kini kami didalam satu jamaah..alhamdulillah..sungguh  tak sangka..Dan bertemu semula shabat 2 selangor ..alumni  matrikulasi kedah ..serta bertemu sahabat2 seperjuangan kawasan Gombak..insyaallah selain bergerak di kampus..akan cuba komited dalam dakwah untuk anak negeri  lebih2 kawasan sendiri..
___________________________________________________________________________________


Cuti2 ni..kontek2 rakan2 yang lama tidak bertemu..macam2 cerita..kesian pula pada sahabatku ain yang kemalangan dikala cuti..muke berparut sedikit..namun saya sendiri slalu aje jatuh..baru2 ni jatuh pulak kat ktm..hadoi..malu betul..nasib baik sume org pandai cover..takdela sye rase malu sgt..
Tersenyum  seketika mendengar kwn2 mengomel “ko ni cuti..ke tak cuti..same je..ade je hal ko..busy memanjang..”
Sebagai ahli gerakan islam..yang mendokong perjuangan rasulullah..memang kita takda istilah cuti..mungkin cuti semester dapat merasai  sedikit kelapangan merehatkan tubuh badan namun masih tiada istilah berehat  ..kerana otak mesti sentiasa berjalan..minda mesti sentiasa diasak..kalau otak kita bercuti..nanti hati kita mati..
.. Pepatah Arab ada menyebut:
"Statiknya air akn merosakkannya, statiknya pemuda (dgn byknya masa lapang ) akan membunuh dirinya"

Malah dalam kita beramal ibadat pun..takda istilah cuti..cth hari2 solat..tetiba  rasa penat nak solat..”ok  2 tiga hari ni..kita takyah solat…off dua tiga hari..esok2 sambung balik..” boleh ke camtu..??
Tentu  tak boleh..
Ada sahabat2 kata..cuti ni buang masa..tapi tak sebenarnya kalau kita pandai manfaatkan peluang..jadi cuti2 yang tinggal bberapa hari je lagi ni..manfaatkan sahabat2..kelapangan diwaktu cuti..tambahkan amalan.. membaca dan hadiri ceramah2..mantapkan tsaqofah dan kefahaman..
Selain itu..saya rasakan elok sangat mantapkan skil2 edit gambar..wat movie ker..blaja flash ke..menulis ,melukis..memasak..kerana kemahiranyang ada jangan disia-siakan…kemahiran yang ada adalah potensi besar dalam meluaskan jaringan dakwah..
Saya sendiri bila ade program…maulidur rasul...orang mintak slide..powerpoint..artikel..baru terkedek-kedek nak buat..clash pulak dgn assignment dan kuliah..kan susah..jadi cuti2 ni la..kite buat..takde la kelam kabut nnti..
Selain itu..boleh je wat reunion ..mungkin kita rasa keluar dengan kawan buang masa..tetapi  klo kita bijak manfaatkan..sebenarnya dapat mengeratkan ukhwah.. apabila menjaga  adab-adab..insyaallah pertemuan itu menjadi sangat bermakna dan diberkati Allah..jangan reunion sekadar sembang kosong…
So akhirul kalam..berkira-kiralah anda dengan masa yang allah beri..jangan sampai anda terbunuh dek masa lapang yang ada(^_^)