::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Saturday, August 13, 2011

~the art of thinking~


Salam ceria kpd suma sahabat-sahabat..hari ni ramadhan yg ke 14…kita di dalam fasa kedua Ramadhan..apa khabar iman ada amal hari ini..??
Sekadar perkongsian buat kita semua dan muhasabah terutamanya buat penulis untuk hari ini, tentang think positif dan bersangka baik (husnu zhon)..moga ada manfaatnya~
Bberapa hari yang lepas saya naik bus, dah lama sebenarnya tak naik bus Rapid … baru tahu kena pakai kad sekarang ni..maka saya pun agak terkial-kial la nak scan kad tu..dalam kekalutan, encik driver tu bagitau…" cik, scan kat bawah ni..bukan kat ctu”..Dalam hati, "eiii..malunyer.." Masuk dlm bus, sume orang tengok..pastu semua lelaki pulak dalam bus ni..tak pernah naik bus suma laki, “err bapa kurun  dah tak naik bus  ni, ade pulak  ke bus gender?? asing lelaki dgn perempuan..stakat yang tau, ktm je ada.”ngomel dlm hati. pelik-pelik aje. Sepanjang dalam bus, ada dua org lelaki ni asyik  perati je daripada tadi. mesti nak gelakkan pasal kad tadi la tu…geramnye rase...ikut hati, mau je tempeleng manusia-manusie ni..


The power of thinking positif
Bila keluar daripada bus..baru terfikir, banyaknya lah yang saya fikirkan..cuba dari tadi saya fikir positif je..mesti takde perasaan tak senang pada org lain dan risau yang bukan-bukan..entah-entah, lelaki tadi bukan tengk kita..dia tengok tingkap tepi kita, atau mungkin dia senang tengok penampilan kita, mungkin juga lelaki tu perhati sebab rasa macam kenal, hmm..macam-macam kemungkinan..mungkin baik ,mungkin juga tak baik..tetapi kalau kita pilih untuk berfikir yang positif, ia akan jd baik pada diri dan emosi kita,kan?
Berjuta-juta informasi@ maklumat yg masuk dalam otak kita setiap hari..dan kita yang memilih untuk mengambil maklumat yang mana utk diproses..dlm banyak-banyak maklumat yang kita peroleh, ada 1001 sebab untuk kita gembira dan 1001 sebab utk kita sedih semuanya bersumber dari apa yang kita fikirkan 
10 org memandang pada suatu lukisan yg sama..tapi semua melihat @ mentafsir perkara yg berbeza..ada yg lihat pada pokok, ada yg tengok cantiknya latar belakang, ada yg nampak kotoran pada lukisan, ada yg nampak atap senget..ada yg komen tangan manusia dalam gambar tak cukup..dan..semuanya pun betul, xda satu pun yg salah..


Husnu dzon vs su’u dzon
“Dan jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebagian prasangka itu adalah dosa” [Al-Hujurat : 12].
Dalam kebanyakan situasi kita selalu bermain dengan persepsi dan prasangka. Dalam kebanyakan situasi yg melibatkan prasangka, mana yg mendahului..husnu zhon (baik sangka ) atau su’ uzhon (buruk sangka)??
“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”. [HR Bukhari]
Kadang-kadang bila kita buat baik, ada org akan kata berlagak baik, ada juga yg akan senang dan memuji. kita tak perlu terlalu memikirkan apa yg orang lain akan fikir sebab kita tak boleh kawal  semua persepsi orang lain tentang kita.. 
Seingat masa muda-muda dulu..jalan-jalan gi kedai dengan adik lelaki saya Musthaqim…kami terserempak grup budak-budak kecil.. anak jiran, dorang tersengih-sengih " ooo..abang ade awek ea..” tetibe budak tu ejek kami.. “pakai kopiah, tapi ade awek…!! eii..tak maluuu..” Tergelak besar kami. Pandainye budak2 ni!
Tahun lepas, teman pula dia gi Lowyat..dalam lrt, kmi duduk rapat, kadang-kadang tertolak bahu, terpukul lengan…almaklum, jarang lepak sama, bila bercerita, tak ingat dunia.. beberapa orang tengok pelik..tapi malas nak fikir sangat..sampaila terdengar budak2 perempuan satu group  berborak smbil  tengok kami “diorang tu pakwe makwe ke?” Mungkin mereka-mereka ni nak kata, budak tudung labuh pun bercouple..smpai saya pun terpaksa menguatkan volume pd perkataan2 ”kaklang, abah ,mama “..biar sume orang dengar, kami ni adik beradiklah.
Belum tambah lagi, kami jalan pi bazaar, terserempak dengan  seorang budak perempuan .. dia senyum kat adik saya tapi bukan main tajm lagi dia jeling saya..saya pun cakap dengan adik. “asal perempuan tu jeling orang??". " kawan kim la..dia penah bg surat kat kim, tp kim xlayan..dia jeles la tu..  ingat kak zira makwe kim kot..” “ade-ade je ngko ni kim…”
Macam-macam kan persepsi orang, sampai budak-budak kecil pun ada persepsi sendiri tentang kita…kalau kita layan semuanya..alamat satu benda pun tak jalan dek memikirkan apa yg orang akan cakap tentang kita…yang penting, kita tahu apa yg kita buat. Moralnya.. banyakkan berfikir positif dan berbaik sangka pd org lain..kurangkan persepsi @ pemikiran yg negative tentang sesuatu perkara,, pastinya kita akan lebih ceria, bersemangat dan tenang(^_^).

****kebelakangani ni agak sedih kerana memikirkan persepsi dan pandangan orang lain yg kita rasa tak benar tentang kita..kadang-kadang rasa down sangat…bila da tulis ni, sekarang da x rasa sedih dah (^_^)**

Wednesday, August 10, 2011

34 tahun menerjang badai, ISIUKM komited mendukung ISLAM




Tanggal 9 Ogos 2011, Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) telah genap bertapak di bumi UKM selama 34 tahun. Alhamdulillah, segala puji buat Tuhan Sekalian Alam yang telah memberi kekuatan buat badan dakwah induk ini untuk terus menerajui mahasiswa yang cintakan Islam di UKM dan menjadi platform utama kepada mahasiswa Islam untuk bergerak menegakkan syiar agama yang dicintai selama 34 tahun. 

34 tahun ISIUKM bertapak di bumi ilmu UKM, bukan sedikit ranjau dan duri yang diterjang bagi memastikan badan dakwah ini terus bernyawa dan subur menapak dalam kalangan mahasiswa UKM. 

Dengan misi mahu menjadikan Islam sebagai ad-deen atau cara hidup di bumi UKM, ISIUKM bertekad akan terus komited membawa suara Islam dan menjadi saluran utama buat mahasiswa Islam menggembleng tenaga ke arah mencapai cita-cita tersebut.

Sejarah 34 tahun bertapak di UKM, menjadikan ISIUKM membesar dan matang setelah mengalami beberapa kali jatuh bangun dan turut berperanan dalam mencorak warna sejarah kebangkitan mahasiswa era 70-an sehingga kini. 

Ikatan Studi Islam UKM ditubuhkan pada 9  Ogos 1977 oleh sekumpulan mahasiswa UKM yang datang dari pelbagai fakulti pengajian UKM. Bermula dari saat itu, ISIUKM sudah tidak menoleh ke belakang lagi dan terus berusaha mencorakkan mahasiswa dan mengembangkan pengaruhnya sehingga wujudnya branch ISIUKM di setiap kolej kediaman yang dikenali sebagai myISIUKM.

Kejayaan dan kejatuhan silih berganti, pengalaman manis dan pahit sepanjang tempoh 34 tahun telah menjadikan ISIUKM terus kuat dan komited terhadap cita-cita yang dibawa selama ini.

Sejarah ISIUKM pasti tidak akan lupa, bagaimana badan dakwah ini pernah difitnah oleh sesetengah individu sehingga namanya meniti di peringkat antarabangsa. Malah ISIUKM turut pernah berdepan dengan ancaman pengharaman oleh pihak pentadbiran akibat kepentingan sesetengah pihak, namun kebijaksanaan kepimpinan ISIUKM dalam mendepani segala ranjau ini telah menyebabkan persatuan Islam ini terus bertahan di perbukitan ilmu sehingga ke hari ini. 

ISIUKM telah berdiri di atas 3 pasak utama iaitu tarbiyyah, dakwah dan siyasah. Asas-asas ini tidak pernah diabaikan oleh generasi demi generasi kepimpinan ISIUKM bermula tahun 1977 sehingga kini. Setiap program yang dirancang dan dilaksanakan oleh ISIUKM pasti akan merangkumi 3 asas utama ini sebagai tanda aras keberjayaan sesuatu pogram.

Dalam hal tarbiyyah, selama 34 tahun ISIUKM terus komited menjadikan asas ini sebagai tunjang utama melalui kegiatan usrah secara konsistn di setiap peringlat sama ada kolej atau fakulti. Program usrah yang diatur melalui badan dakwah ini telah disistemkan dengan sebuah sistem usrah yang lengkap serta merangkumi silibus yang mencakupi seluruh aspek kehidupan sebagai seorang mahasiswa Islam.

Begitu juga dalam pelaksanaan asas dakwah, ISIUKM tidak pernah lupa menjadikan dakwah sebagai target utama dalam setiap program yang dijalankan. Sejarah 34 tahun ISIUKM bertapak di bumi UKM, dakwah ISIUKM telah sampai sehingga ke bumi Sabah dan Sarawak malah turut menembusi sehingga ke bumi Kemboja.

Kerjasama dan jaringan yang baik dengan badan-badan dakwah yang lain telah menjadikan ISIUKM terus belajar untuk survival pada masa akan datang dan meningkatkan keberkesanan dakwah ISIUKM dalam kalangan mayarakat kampus.

Dalam hal siyasah, sejarah membuktikan ISIUKM adalah antara kilang penghasilan pemimpin yang begitu ramai tidak kira dalam kalangan mahasiswa ataupun pimpinan masyarakat pada masa kini. Justeru, ISIUKM terus berazam untuk menerapkan professionalisme dalam setiap gerak kerja dan urus tadbir yang dibuat dan menjadi medan latihan terbaik buat setiap ahli ISIUKM melatihkan sifat kepimpinan mereka dalam segenap segi.

Kini, 2011 menyaksikan ISIUKM terus berkembang dalam pelbagai segi termasuklah jumlah keahlian, pelaksanaan program dan pelbagai lagi. Kami di peringkat kepimpinan Ikatan Studi Islam UKM mngucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga kampus yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap badan dakwah ini sepanajang keberadaannya di bumi UKM.

Kami sekali lagi bertekad, akan terus komited mendukung Islam sebagai wadah perjuangan ISIUKM di perbukitan ilmu ini. Sokongan dan bantuan dari seluruh warga kampus UKM adalah amat-amat diharapkan untuk kami terus mengorak langkah mencorakkan mahasiswa UKM ke arah eperti yang tercatat dalam lembaran visi dan misi kami.

"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"


Muhammad Hafizan bin Abd Hamid,
Presiden
Ikatan Studi Islam UKM