::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Sunday, September 18, 2011

~ukhwah islamiyyah ^_^


Bismillahirahmanirrahim...dah lama tak melukis..akhirnya ada juga peluang setelah sahabt minta tolong melukis untuk majalah persatuan..klo nak melukis saja-saja..memang tak dan la..
hehe..bila ada yg minta, adala juga sebab nak melukis kan (^_^)....leceh skit kejanya sbb lepas lukis, nak scan pulak..bila dah scan..ter rajin la pulak nk edit2 dgn photoscape...
maklumla, xda alat canggih..
apa-apa pun, moga poster kecik ni ada manfaatnya buat sahabat2~



~dalam mengenang tautan ukhwah bersama sahabat2 seperjuangan..sayang kalian kerana ALLAH~

ps: jom daftar ISIUKM~!!

Thursday, September 1, 2011

~Di saat ia pergi~


 
Hari-hari sudah berlalu dan malam-malamnya telah pergi
Ramadhan kini menyepi untuk ia kembali di suatu masa nanti
saat ia berlalu, hibanya seolah-olah ia tidak akan pernah ada lagi.

Wahai Ramadhan, apakah amal ibadah yang kusimpan padamu? apakah
yang telah kutulis padamu dari rahmat dan kasih sayang?

Ramadhan telah berlalu, di hati orang-orang soleh terasa kepedihan yang mendalam, di dalam jiwa orang-orang abrar bagaikan terbakar..
Bagaimana tidak demikian, pintu-pintu neraka dibuka kembali

Ramadhan telah berlalu, andaikan aku tahu siapakah yang diterima amal ibadahnya, ucapan selamat buatnya, dan siapakah yang ditolak amal ibadahnya, ucapan takziyah kepadanya.

Ramadhan telah berlalu, bagaimana setelah itu?
Salafus soleh dari umat ini menjalani kehidupan di antara rasa takut dan harap. Mereka bersungguh-sungguh dalam beribadah, maka apabila Ramadhan telah berlalu, mereka merasakan kesedihan, Apakah Allah menerima atau menolaknya.
Ini keadaan mereka, bagaimana pula kita?


Demi Allah, sesungguhnya keadaan kita sangat aneh dan menghairankan.
solat kita tidak seperti solat mereka, puasa kita tidak seperti puasa mereka, sedakah kita tidak seperti sedakah mereka, dan zikir kita tidak seperti zikir mereka..
Dan salah seorang dari kita sedikit beribadah, tidak mantap dan tidak sempurna. Kemudian apabila Ramadhan berlalu, keadaanya seolah-olah dia sudah mendapat jaminan diterima dan masuk surga…


Wahai saudara-saudaraku, kita harus hidup di antara rasa khauf dan raja`. Apabila kita teringat kekurangan dalam puasa dan shalat, kita patut merasa khuatir Allah tidak menerima amal ibadah kita. Dan apabila kita memandang keluasan rahmat Allah, sesungguhnya Allah menerima sedikit tetapi memberi banyak, lalu kita masih menyimpan harap bahawa Allah menerima kita bersama orang-orang yang diterima…

Apakah keadaan kita menjadi lebih baik setelah Ramadhan dari pada sebelum Ramadhan?Jika kita seperti itu, maka pujilah Allah. Dan jika tidak berlaku demikian, maka tangisilah diri kita wahai orang-orang yang miskin, kemungkinan amal ibadah kita tidak diterima, dan mungkin terjadi kita termasuk orang-orang terhalang dari rahmat, sedangkan kita tidak mengetahui…

++++Ya allah..antara takut dan harap, aku memohon amalku diterima walau sungguh ia amat sedikit, malah kekurangan. Jangan biarkan aku menjadi hambaMU yang kerugian, sedang ramadhan berlalu melewati..aku tidak memperoleh sebarang rahmat darinya~+++++


Saturday, August 13, 2011

~the art of thinking~


Salam ceria kpd suma sahabat-sahabat..hari ni ramadhan yg ke 14…kita di dalam fasa kedua Ramadhan..apa khabar iman ada amal hari ini..??
Sekadar perkongsian buat kita semua dan muhasabah terutamanya buat penulis untuk hari ini, tentang think positif dan bersangka baik (husnu zhon)..moga ada manfaatnya~
Bberapa hari yang lepas saya naik bus, dah lama sebenarnya tak naik bus Rapid … baru tahu kena pakai kad sekarang ni..maka saya pun agak terkial-kial la nak scan kad tu..dalam kekalutan, encik driver tu bagitau…" cik, scan kat bawah ni..bukan kat ctu”..Dalam hati, "eiii..malunyer.." Masuk dlm bus, sume orang tengok..pastu semua lelaki pulak dalam bus ni..tak pernah naik bus suma laki, “err bapa kurun  dah tak naik bus  ni, ade pulak  ke bus gender?? asing lelaki dgn perempuan..stakat yang tau, ktm je ada.”ngomel dlm hati. pelik-pelik aje. Sepanjang dalam bus, ada dua org lelaki ni asyik  perati je daripada tadi. mesti nak gelakkan pasal kad tadi la tu…geramnye rase...ikut hati, mau je tempeleng manusia-manusie ni..


The power of thinking positif
Bila keluar daripada bus..baru terfikir, banyaknya lah yang saya fikirkan..cuba dari tadi saya fikir positif je..mesti takde perasaan tak senang pada org lain dan risau yang bukan-bukan..entah-entah, lelaki tadi bukan tengk kita..dia tengok tingkap tepi kita, atau mungkin dia senang tengok penampilan kita, mungkin juga lelaki tu perhati sebab rasa macam kenal, hmm..macam-macam kemungkinan..mungkin baik ,mungkin juga tak baik..tetapi kalau kita pilih untuk berfikir yang positif, ia akan jd baik pada diri dan emosi kita,kan?
Berjuta-juta informasi@ maklumat yg masuk dalam otak kita setiap hari..dan kita yang memilih untuk mengambil maklumat yang mana utk diproses..dlm banyak-banyak maklumat yang kita peroleh, ada 1001 sebab untuk kita gembira dan 1001 sebab utk kita sedih semuanya bersumber dari apa yang kita fikirkan 
10 org memandang pada suatu lukisan yg sama..tapi semua melihat @ mentafsir perkara yg berbeza..ada yg lihat pada pokok, ada yg tengok cantiknya latar belakang, ada yg nampak kotoran pada lukisan, ada yg nampak atap senget..ada yg komen tangan manusia dalam gambar tak cukup..dan..semuanya pun betul, xda satu pun yg salah..


Husnu dzon vs su’u dzon
“Dan jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebagian prasangka itu adalah dosa” [Al-Hujurat : 12].
Dalam kebanyakan situasi kita selalu bermain dengan persepsi dan prasangka. Dalam kebanyakan situasi yg melibatkan prasangka, mana yg mendahului..husnu zhon (baik sangka ) atau su’ uzhon (buruk sangka)??
“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”. [HR Bukhari]
Kadang-kadang bila kita buat baik, ada org akan kata berlagak baik, ada juga yg akan senang dan memuji. kita tak perlu terlalu memikirkan apa yg orang lain akan fikir sebab kita tak boleh kawal  semua persepsi orang lain tentang kita.. 
Seingat masa muda-muda dulu..jalan-jalan gi kedai dengan adik lelaki saya Musthaqim…kami terserempak grup budak-budak kecil.. anak jiran, dorang tersengih-sengih " ooo..abang ade awek ea..” tetibe budak tu ejek kami.. “pakai kopiah, tapi ade awek…!! eii..tak maluuu..” Tergelak besar kami. Pandainye budak2 ni!
Tahun lepas, teman pula dia gi Lowyat..dalam lrt, kmi duduk rapat, kadang-kadang tertolak bahu, terpukul lengan…almaklum, jarang lepak sama, bila bercerita, tak ingat dunia.. beberapa orang tengok pelik..tapi malas nak fikir sangat..sampaila terdengar budak2 perempuan satu group  berborak smbil  tengok kami “diorang tu pakwe makwe ke?” Mungkin mereka-mereka ni nak kata, budak tudung labuh pun bercouple..smpai saya pun terpaksa menguatkan volume pd perkataan2 ”kaklang, abah ,mama “..biar sume orang dengar, kami ni adik beradiklah.
Belum tambah lagi, kami jalan pi bazaar, terserempak dengan  seorang budak perempuan .. dia senyum kat adik saya tapi bukan main tajm lagi dia jeling saya..saya pun cakap dengan adik. “asal perempuan tu jeling orang??". " kawan kim la..dia penah bg surat kat kim, tp kim xlayan..dia jeles la tu..  ingat kak zira makwe kim kot..” “ade-ade je ngko ni kim…”
Macam-macam kan persepsi orang, sampai budak-budak kecil pun ada persepsi sendiri tentang kita…kalau kita layan semuanya..alamat satu benda pun tak jalan dek memikirkan apa yg orang akan cakap tentang kita…yang penting, kita tahu apa yg kita buat. Moralnya.. banyakkan berfikir positif dan berbaik sangka pd org lain..kurangkan persepsi @ pemikiran yg negative tentang sesuatu perkara,, pastinya kita akan lebih ceria, bersemangat dan tenang(^_^).

****kebelakangani ni agak sedih kerana memikirkan persepsi dan pandangan orang lain yg kita rasa tak benar tentang kita..kadang-kadang rasa down sangat…bila da tulis ni, sekarang da x rasa sedih dah (^_^)**

Wednesday, August 10, 2011

34 tahun menerjang badai, ISIUKM komited mendukung ISLAM




Tanggal 9 Ogos 2011, Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) telah genap bertapak di bumi UKM selama 34 tahun. Alhamdulillah, segala puji buat Tuhan Sekalian Alam yang telah memberi kekuatan buat badan dakwah induk ini untuk terus menerajui mahasiswa yang cintakan Islam di UKM dan menjadi platform utama kepada mahasiswa Islam untuk bergerak menegakkan syiar agama yang dicintai selama 34 tahun. 

34 tahun ISIUKM bertapak di bumi ilmu UKM, bukan sedikit ranjau dan duri yang diterjang bagi memastikan badan dakwah ini terus bernyawa dan subur menapak dalam kalangan mahasiswa UKM. 

Dengan misi mahu menjadikan Islam sebagai ad-deen atau cara hidup di bumi UKM, ISIUKM bertekad akan terus komited membawa suara Islam dan menjadi saluran utama buat mahasiswa Islam menggembleng tenaga ke arah mencapai cita-cita tersebut.

Sejarah 34 tahun bertapak di UKM, menjadikan ISIUKM membesar dan matang setelah mengalami beberapa kali jatuh bangun dan turut berperanan dalam mencorak warna sejarah kebangkitan mahasiswa era 70-an sehingga kini. 

Ikatan Studi Islam UKM ditubuhkan pada 9  Ogos 1977 oleh sekumpulan mahasiswa UKM yang datang dari pelbagai fakulti pengajian UKM. Bermula dari saat itu, ISIUKM sudah tidak menoleh ke belakang lagi dan terus berusaha mencorakkan mahasiswa dan mengembangkan pengaruhnya sehingga wujudnya branch ISIUKM di setiap kolej kediaman yang dikenali sebagai myISIUKM.

Kejayaan dan kejatuhan silih berganti, pengalaman manis dan pahit sepanjang tempoh 34 tahun telah menjadikan ISIUKM terus kuat dan komited terhadap cita-cita yang dibawa selama ini.

Sejarah ISIUKM pasti tidak akan lupa, bagaimana badan dakwah ini pernah difitnah oleh sesetengah individu sehingga namanya meniti di peringkat antarabangsa. Malah ISIUKM turut pernah berdepan dengan ancaman pengharaman oleh pihak pentadbiran akibat kepentingan sesetengah pihak, namun kebijaksanaan kepimpinan ISIUKM dalam mendepani segala ranjau ini telah menyebabkan persatuan Islam ini terus bertahan di perbukitan ilmu sehingga ke hari ini. 

ISIUKM telah berdiri di atas 3 pasak utama iaitu tarbiyyah, dakwah dan siyasah. Asas-asas ini tidak pernah diabaikan oleh generasi demi generasi kepimpinan ISIUKM bermula tahun 1977 sehingga kini. Setiap program yang dirancang dan dilaksanakan oleh ISIUKM pasti akan merangkumi 3 asas utama ini sebagai tanda aras keberjayaan sesuatu pogram.

Dalam hal tarbiyyah, selama 34 tahun ISIUKM terus komited menjadikan asas ini sebagai tunjang utama melalui kegiatan usrah secara konsistn di setiap peringlat sama ada kolej atau fakulti. Program usrah yang diatur melalui badan dakwah ini telah disistemkan dengan sebuah sistem usrah yang lengkap serta merangkumi silibus yang mencakupi seluruh aspek kehidupan sebagai seorang mahasiswa Islam.

Begitu juga dalam pelaksanaan asas dakwah, ISIUKM tidak pernah lupa menjadikan dakwah sebagai target utama dalam setiap program yang dijalankan. Sejarah 34 tahun ISIUKM bertapak di bumi UKM, dakwah ISIUKM telah sampai sehingga ke bumi Sabah dan Sarawak malah turut menembusi sehingga ke bumi Kemboja.

Kerjasama dan jaringan yang baik dengan badan-badan dakwah yang lain telah menjadikan ISIUKM terus belajar untuk survival pada masa akan datang dan meningkatkan keberkesanan dakwah ISIUKM dalam kalangan mayarakat kampus.

Dalam hal siyasah, sejarah membuktikan ISIUKM adalah antara kilang penghasilan pemimpin yang begitu ramai tidak kira dalam kalangan mahasiswa ataupun pimpinan masyarakat pada masa kini. Justeru, ISIUKM terus berazam untuk menerapkan professionalisme dalam setiap gerak kerja dan urus tadbir yang dibuat dan menjadi medan latihan terbaik buat setiap ahli ISIUKM melatihkan sifat kepimpinan mereka dalam segenap segi.

Kini, 2011 menyaksikan ISIUKM terus berkembang dalam pelbagai segi termasuklah jumlah keahlian, pelaksanaan program dan pelbagai lagi. Kami di peringkat kepimpinan Ikatan Studi Islam UKM mngucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga kampus yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap badan dakwah ini sepanajang keberadaannya di bumi UKM.

Kami sekali lagi bertekad, akan terus komited mendukung Islam sebagai wadah perjuangan ISIUKM di perbukitan ilmu ini. Sokongan dan bantuan dari seluruh warga kampus UKM adalah amat-amat diharapkan untuk kami terus mengorak langkah mencorakkan mahasiswa UKM ke arah eperti yang tercatat dalam lembaran visi dan misi kami.

"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"


Muhammad Hafizan bin Abd Hamid,
Presiden
Ikatan Studi Islam UKM
 

Friday, May 20, 2011

~membudayakan ilmu~


Bismillahirahmanirahim..kebelakangan ni fikiranku bersilang tanya bagaimana mahu menjadi orang yang berusaha membudayakan ilmu  ditengah-tengah alasan kekangan waktu, taklifan yg pelbagai, tangan kaki yg tak cukup...bukan terhadnya capaian maklumat, malah kebanjiran maklumat saya kira..namun oleh kerana sikap malas membudayakan ilmu menyebabkan kita miskin fakta..bila kurangnya pembacaan, maka berlakulah ‘lacking’ maklumat dimana2..manusia bercakap atas dasar persepsi, instinct, mulut ke mulut, cerita kedai kopi, mitos, tahyul..semuanya NOT BASED ON FACT!

Negara malaysia atau lebih dekatnya masyarakat kita sentiasa terkebelakang  dalam pengusaan ilmu pengetahuan dan juga kemajuan, lihat saja rakyatnya lebih gilakan hiburan dan dunia glamour..tak perlu lihat jauh2..tgk saja rumah masing2.. rumah2 kita penuh dgn barang2 hiasan, kalau di zaman turki uthmaniyah dahulu, setiap rumah wajib ada library..tapi rumah2  kita hari ni, wajib ada tv..klo takda, seolah-olah pelik sangat..tanya diri, adakah kita dah penah melawat muzium2 tdekat, tmpat2 sejarah atau time2 cuti, kita lebih suka pi jalan2.. cuci mata di shopping2 complex..

Saya meng'highlight'kan apa yg menyebabkan pembudayaan ilmu ni tidak berjalan kerana  pendidikan tidak formal yg bermula di rumah tidak berjalan lancar, anak-anak tidak di didik berfikiran analitik dan kritikal..budaya komunikasi di rumah lebih dilatari perbulan2 kosong dan cakap-cakap yang tidak mencambahkan pengetahuan ~ jarangnya mak abah  kita dan satu family nak bincang pasal berita ke, system pendidikan negara ker..yg biasa ada, gossip artis, bincang cerita tv,anak2 jiran sebelah rumah  ..

Tak nak kritik sahaja..point penting..
  • bawa buku untuk membaca dimana-mana je..(alhamdulillah habit sejak kecik  lagi suka baca buku mana2..tapi bwk  buku sekolah aje sbb nak exam pnya pasal-jgn dicontohi, bwkla sbrg buku sekalipun spy tak buang masa)
  • satu gaya yang tidak berapa sihat kita lihat pada masyarakat kita..suka dok saja tanpa buat apa2..
>>sy ni jenis baca buku kat mana2..kawan2 sy cukup marah dgn sy..zaman hostel ,time riadah pon sy bwk bku ~orang kutuk:  dia ni buta sukan,sbb tu dia bwk buku..habih nak buat apa lagi kan..~err..suke ati la nak kata apa..
punyala tak paham apa yg diorag annoy sgt..mgkin dorg rasa kerek betul budak2 yg suka baca buku ni mana2 ni..macam poyo..(",)
>>sekolah2 dulu mak abah pon selalu suh sya rehat dan benti baca buku sbb dorg risau saya ni akan jatuh sakit~~ade ke org boleh mati sbb baca buku??^_^


kucing pon pandai manfaatkan masa~kita??
  •  lepas ni kita ubah paradigma n persepsi kita..takperlu lah pandang slack pada org yg membaca tp pndang pelik pada org yg dok saja tak buat apa.
  •  mengangkat budaya ilmu ditengah-tengah masyarakat..org2 berilmu/golongan profesional/ alim ulama perlu diketengahkan  dan dimasyhurkan
sbb apa yg dilihat, ilmu pengetahuan dah jadi komoditi yang tidak ubah spt barang dagangan. Ilmu yang dulunya sebati dngn nilai-nilai kemanusiaan, kini jadi alat untuk memaksimumkan kekayaan dan kemewahan. ..proses pembelajaran dalam institusi pengajian di semua peringkat, memenuhi keperluan materialistik sahaja. Lihat saja, rasa cinta dan taksub kepada ilmu sudah hilang. Rata-rata zaman ini, org belajar bukan utk dapat ilmu tapi nak dapat kerja..
para ilmuwan dan bijak pandai yang suatu masa dahulu menjadi idola masyarakat kini diganti dengan idola kontemporari yang memperlihatkan glamor, kekayaan, kemewahan dan cara gaya hidup moden ala artis-artis terkenal dunia.
  • Ubah budaya masyarakat  kita~ pupuk minat untuk bercakap berdasarkan fakta, bukan gossip/ setiap masa, kalau kita berborak bincanglah perkara2 yang menjana fikiran, (tngk saja saya sendiri..nak bincang benda2 yang ringan je..hal2 ekonomi, fakta2 /benda2 yang merumitkan fikiran malas betul nak bincang..)
  • dalam konteks  usrah pun perlulah dalam usaha membudayakan ilmu (cth memasukkan kandungan ilmu yg dipelajari dalam sesi usrah bergantung pada kepelbagaian ahli dari bidang masing2. Cth budak sn kimia cerita tntg illmu kimia, kejuruteraan, sejarah..semua tu boleh kombinasi utk membudayakan ilmu dalam usrah
Kita selalu mendakwa bahawa konspirasi yahudi di televisyen dan media yang menyebabkan manusia ni dh jadi cam puppet yg sntisa ikut telunjuk mereka..pada hemah saya, tak perlu nak menyalahkan agenda yahudi dan faktor2 luaran yg jauh  utk kita ubah..tetapi focus utk selesaikan sikap dalaman yg MALAS, STEREOTAIP  dan tidak mahu BERUBAH ~

Tuesday, March 22, 2011

~EXAM FEVER %$#@&^*~


Salam alaik..dalam mode2 da nak exam ni..keja masih  berbakul-bakul..maka sukalah saya tgk gambo2 ni sbg penghibur dikala keserabutan melanda~(^_^)..eyy,,comey je bende alah ni..hilang stress..hik2..

faiza azamta fatawakkal ala ALLAH

Every New Semester:

After First Week:


After Second Week:

Before the Mid-Term Test:

During the Mid-Term Test:

After the Mid-Term Test:

Before the Final Exams:

Once Get to Know the Final Exam Schedule:


7 Days Before the Final Exam:

6 Days Before the Final Exam:

5 Days Before the Final Exam: image

4 Days Before the Final Exam: image

3 Days Before the Final Exam: image

2 Days Before the Final Exam: image


1 Day Before the Final Exam: image

The Night Before the Final Exam: image

1 Hour Before the Final Exam: image

During the Final Exam: image

Once Walk Out From the Examination Hall: image

After the Final Exam, During the Holiday: image


RASA2 ADA SAMA MACAM DIRI SENDIRI TAK??HEE^_^

Sunday, February 6, 2011

ada apa dengan himpunan aman?


Bismillahirahmanirahim, bengkel it kelmarin menemukan dengan shbt2 selangor yg dirindui.. berbagai cerita dikongsi bila bertemu kampus yg berbagai.. sempat berbual dengan sahabat yg mengambil jurusan perubatan di Ireland  dan sekarang menyambung 2 tahun terakhir di penang medical school, sambil2  bercerita, saya mengajaknya turun demo menghantar memorandum di kedutaan amerika syarikat semalam.. dia  bercerita.. “kami pernah juga ikut rakyat sana berdemonstrasi.. kat sana, polis tak akan berkasar sikit pun pada rakyat yg bersuara dalam demonstrasi aman..  polis di sana bebas, tak terikat dengan kerajaan.. kalau nak tahu,polis siap jaga keselamatan kami lagi dan kawal lalu lintas untuk memberi laluan kepada kami..pemimpin kat sana terbuka ..”

demonstrasi@himpunanan aman dilihat mampu menyuarakan pandangan rakyat yang tidak didengari bagi sesetengah pemimpin yg seolah2 buta, tuli danbisu. maka kerna itulah rakyat pilih jalan demonstrasi ..pilih menggunakan pembesar suara , supaya dah takda alasan bagi  pemimpin yg berpura-pura seolah2 tak mendengar, pilih guna himpunan  apabila rundingan melalui wakil dua tiga orang tidak dipedulikan..pilih utk membuka mata rakyat bila pemimpin sendiri tidak mahu melihat. (x spesifik pada org2 tertentu ye..ini merujuk pada semua pemimpin2 yang tidak peduli suara rakyat)
 demo isu mesir
kalau ada yang kata himpunan ini mengancam keselamatan negara, lebih baik datang sendiri dan lihat ..baru tahu keadaan sebenar..ini tidak, kalau hanya menonton ‘kotak empat segi’ itu, dan mendengar critera ‘penglipur lara’yg mengulas lalu percaya bulat2..kalian telah bersikap tidak adil !

Pengalaman sendiri dlm bbrapa siri himpunan aman y disertai..apa yg dilihat,pihak polis yang berkasar dan mulakan huru hara, sembur gas pemedih mata , sepnduk2 dirampas dan ditarik2..sapa tak kelam kabut?? lihat saja himpunan aman semalam, bertujuan beri desakan terhadap Amerika Syarikat dengan menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Mubarak agar meletakkan jawatan…perlu juga ke pihak 2 yg berkenaan melatah??perlu juga ke menyembur water cannon dsbgnya?? Apa salahnya menghantar memorandum yang mewakili suara rakyat, atau membantah kezaliman..rakyat yang peduli isu tidak langsung dihargai..adakah ini cara terbaik melayan suara rakyat??

Ada juga komen2 ‘membina’ dpda kwn2.. “buatpela penat2 nak pi demo,buat letih je..tak pasal2 kena tangkap.” Kalau semua orang berfikir macam kalian, sampai bila pun kemungkaran dan kezaliman berleluasa, masing2 mementingkan diri, fikir periuk nasi sendiri..

Lihat saja Mesir, kalaulah semua rakyatnya mengambil sikap tidak peduli, sikap pentingkan diri, tidak bangkit mulakan tunjuk perasaan dan bantahan ..sampai bila pun kezaliman dibiarkan tanpa pembelaan, sampai bila pun Mubarak terus menzalimi rakyat dan Amerika masih terus bermaharajalela  campurtangan..

masing2 antara kita semestinya ada pendapat berbeza dalam isu demonstrasi, namun buka mata dan lihat sendiri..jangan mjadi orang yg berat sebelah dan tak adil dalam menilai sesuatu..
 demo palestin
 demo air

>>artikel ini hanya ulasan penulis tentang situasi sebenar demonstrasi @himpunan aman yang selalunya dimanipulasi oleh pihak2 tertentu demi kepentingan peribadi. .buat pihak2 yg berkenaan, kalau berani, tulis dan ceritalah perkara yang sebenar>>

Tuesday, January 18, 2011

~bukan CINTA biasa~




Bismillahirahmanirahim, kebelakangan  ni saya asyik memikirkan tentang hati je..ntahlah, agak pening dgn orang2 yang mengharap hati org lain untuknya dirinya, kenapa  dia tak jaga saja hatinya dulu?? sibuk meminta- minta hati orang lain..bila orang tak bagi, mula kecik hati, padahal hati sendiri belum tentu terjaga..(isy..apa yg dirapikkan nie??)


Adakalanya, rasa sedih tak menentu,hati rasa terluka..jalan ini tak pernah sunyi dari ujian.. kadangkala tewas mentarbiah diri utk kuat menerima ujian..puas berfikir..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..tapi hati masih tak dapat mencerna baik apa yang ditafsir oleh fikiran..puas kita pujuk hati..selarilah dengan fikiran..tapi..gagal..akhirnya air mata tetap mengalir..walau minda kita sedar..ini hanya ujian semata-mata dari Allah.

 “Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

++peringatan:  Hati yg sya maksudkan ni ni bukan organ hati kita ,LIVER tu ye… apa2pon, liver kita ni pon perlu jaga sbb ia memainkan peranan penting dalam penyahtoksikan serta metabolisma badan..so sayangi hati anda++

bicara tentang hati..masuk pula bab cinta.
kerana saya pelajar psikologi, ramai yang bercerita masalah, kebanyakan tentang hati dan cinta,malah hal rumahtangga pun ada sedangkan saya sendiri tiada pengalaman, bukan pula kaunselor rumah tngga..tapi mereka masih meminta pandangan. Dalam psikologi pun, ada teori cinta..Sternberg..ada 3 komponen..intimacy, commitment  dan passion..(jgn main2, cinta pon ada teori tau!).. nak terangkan pada yang meminta nasihat saya ni..serasa saya la, suma ni bakal menserabutkan.. “cinta bukan sahaja kena ada intim dan ghairah..tetapi perlu komitmen..” itula yg diterangkan oleh lecturer…dan pelbagai lagi.. dengan macam2 masalah cinta yang diutarakan, sya rasa sampai tak tahu nak jelaskan macamana cinta yang sepatutnya..

sebutlah berapa banyak teori pon, cinta ni mmg tak pernah selesai..Nak faham apa tu cinta,, cuba kenal pencipta..
Lagi2 pulak, yang sudah mula nak mengenal komitmen dalam bercinta,sebaiknya belajar dari pencipta. Nak jadi pengurus cinta yg terbaik..??cintakan dulu pencipta..baru kamu mampu urus cinta2 yg datang selainnya..

Hari ni…ada satu kisah cinta yg nak saya kongsikan.. tak malu untuk saya mengaku saya berusaha cintakan DIA walaupun sya ni tak layak dan tak mampu, sedang DIA terang-terangan cintakan sy. Semakin bertambah usia  yang DIA beri, semakin matang  saya meraikan makna cinta,..masing2 punya definisi pelbagai tentang cinta, manifestasi cinta yg juga pastinya berbeza…

Semua makhluk punya rasa cinta…lihat disekeliling kamu,penuh dengan tanda2  cinta dan kasih sayang. Lihat mak kucing menyusukan anak dia, tengok  alam ini ada tanda2 cinta daripada tuhan. tngok saja diri sendiri, kita ada kerana cintaNYA, kerana sifatnya AL RAHMAN AR RAHIM.. 

“Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar.” ( An-Nur:14)
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl: 18).
Saya sendiri tak tahu menilai CINTA..Tapi yg saya tahu dan sangat pasti, ADA yg mencintai saya..jadi saya tak rasa sedih atau hampa bila ada orang tak suka saya…sbb saya ada DIA yang MAHA MENCINTAI…

Penah satu ketika, sy diuji akan sesuatu..hampir setiap hri sy menangis..tak dpt lelapkan mata kerana terlalu memikirkan perkara tu..setiap kali saya tanya DIA..kenapa kau bagi aku rasa sakit sangat ni??sampai rasa tak tertahan dah..tidur sentiasa tak lena, .4.3o pagi je..sy sudah tersedar, tak mampu nak sambung tidur semula kerana suma rasa telah diatasi perasaan sedih tu..walau kadangkala hnya melelapkan mata dalam sejam, wlupon sgt2 letih, pasti akan gagahi jua untuk bangun mengadu pada DIA..perasaan  teramat sedih pada masa tu  tak ada satu org pon mampu pujuk sy sebagaimana DIA....hampir setahun lebih saya merasakan derita sangat..sepanjang waktu tu,sy tak pernah lewat temujanji ..dan DIA sentiasa ada..

Hari ini…sysudah perolehi apa yang saya mahu,DIA mendengar pemintaan sy..tapi sy  terfikir..adakah DIA gembira dgn apa yg di beri pd saya..adakah DIA redha atas kegembiraan saya??Kerana selepas doa saya dimakbulkan, tidur saya semakin lena…tidak ditemani air mata seperti malam2 sebelumnya..malah,berat sungguh sy nak bangun malam.. temujanji sy lewat, tapi dia tetap ada macam biasa.. Malah, sy jarang dah merayu pada DIA, sy tak tertunggu2 temujanji sbb sy dah dpt apa sy nak..

~~~~~~~~~stiap hari saya baharui rasa cinta saya dengan kisah cinta ni..~~~~~~~~

kadang2 Allah beri kita ujian yg sakit sgt rasanya smpai tak tertanggung, smpai tak dpt tidur,stiap hri rasa nak mengadu pd DIA…supaya kita sentiasa ingat pada DIA…aduhai cinta sungguh DIA pada kita..DIA rindu tangisan kita, rayuan kita pd NYA, sbb itu DIA sakitkan kita..sengaja DIA biar kita terluka kerana DIA mahu jadi pemujuk yg setia, DIA mahu kita sedar DIA sentisa ada utk kita..tapi  apabila kita dah dapat apa yg kita mahu, kita selalu lupakan dia..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Stiap hari saya bernafas atas cinta DIA.. harini saya merungut sbb penat kena berjalan jauh....opss.. sy  baru tersedar DIA sentiasa  ada disisi..mesti la DIA dgr kan..sedang apa dlm hati sya pon dia boleh baca. DIA mesti tak suka saya merungut.. seolah2  apa yg dia beri pada saya tu takda apa2 makna buat saya .. sy tunggu2, apa bahasa DIA pada saya.. “awak ni kan..tak tahu bersyukur..!!” tapi DIA diam aja.. sntiasa tunjukkan kasih sayang..sy monolog dalam hati, “awak ni tak serik ke cintakan saya?? lepas ni.. lepaskan jelah saya..”tapi DIA masih di sisi sy , teman saya dan pimpin perjalanan sy smpai destinasi..agaknya2 msti DIA marah kan..kenapa DIA tak lepaskan je sy???biar sy jatuh tergolek dan semua org ketawakan. tak pon lempang je saya biar sy sedar..tapi tidak,DIA simpan je rasa itu buat sya malu sendiri kerana  smpai hari ni sya masih baik2 aja..ohooo..malunya sya..bila ada yg mencintai sy smpai macam tu..

 “whai DIA, trima kasih atas segala CINTA..terima kasih kerana cinta kan sy…sy ni buta, sy slu tak sedar..maafkan sy kerana perasan dan tak tahu malu mengatakan kamu cintakan saya,tapi sy tak tahu nak rasa apa dah..sbb KAMU terlalu pengasih dan pemurah  pada saya..mstila kamu cinta saya kann??” 

Sy sbnrnya malu2 kucen nak mengaku sbb saya sgt tak layak cintakn DIA. Tapi, macamana saya tak cinta, kalau DIA  sering buat saya jatuh cinta…cinta yg saya lafaz ni mybe sma je macam orang2 lain..tak ada yang istimewa utk saya persembahkan sbagai tanda cinta saya..temujanji datang  dtg lambat.sy ni cepat gelabah, bila ada mslh, sy sibuk cari2 org nak cerita suma mslh sy..sdgkan DIA sntiasa tggu sy cerita kat DIA. Sebenarnya,sya tak payah cerita pon DIA da tahu..tapi DIA nak jugak dgr..apa punya baikla DIA ni smpai sy tak nampak..isk2

Kadang2,saya lupa nak sebut nama dia stiap kali bngun tido atau nak tido sdgkan lelap mata sy ni pon dia bagi...Sy  hidup  dengan cintanya, sya kuat kerana ada yg sentiasa perhatikan sy..
Korg pcaya tak ade yg CINTA smpai camni skli..????punya beruntunglah sya…mmg bodohla sy tak kejar  cinta DIA ni.. mmg butalah sya jika tak nampak DIA cinta sejati saya..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

**cerita sya ni analogi cinta pencipta..DIA= ALLAH..lihatlah cinta ALLAH pada hambanya walau hambanya sering mungkir janji,..sering saja buat maksiat, tapi dia tetap memberi..dia tak balas dosa hambanya secara direct dan DIA sentiasa beri peluang buat hambanya..

“Dan Tuhanmulah yang Maha Pengampun, lagi mempunyai rahmat. Jika Dia mengazab mereka kerana perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka.” (QS Al-Kahfi: 58)

Subhanallah, Cantiknya cinta ALLAH..kan??so…berusahalah menjadi KEKASIHNYA walau kita tahu kita tak mampu mencapai tahap itu..DIA sangat cintakan hambanya yang beriman..jadi jangan sedih bila diuji atau disakiti, jangan gundah bila dibenci manusia kerana menegakkan agamanya,percayalah, disisi Allah kalian sgt berharga..

pada orang2 yang meminta advise saya, maaf..sebenarnya saya pun tak tahu sepak terajang dalam cinta ni..jadi saya cuba menulis agar kita berusaha kenal cinta pencipta..apa yang saya tahu, apabila kita mencintai AL-KHALIQ, insyaAllah, kita mampu urus cinta2 yang lain..

Buka mata, buka hati..ada yg sangat mencintai kita..moga2 pada hati kalian ada rasa cinta itu…semoga kalian merasai cinta itu…semoga kalian berbahagia dengan CINTA itu..Cinta manusia selalu menyakitkan tetapi cinta ALLAH penawar…semoga kita tak terlewat menyedari CINTA itu…

Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)

Monday, January 17, 2011

~sebenarnya,hati ini..






Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Jika tidak mengharap rahmat-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah



Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu


~dalamnya makna lirik lagu ni pada sya..sama2 kita hayatinya..moga cinta kita betul2 ikhlas pada DIA..tiada yg selainNYA..^_^~