::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Thursday, November 29, 2012

Compliance



Bismillahirahmanirahim..beberapa hari lepas, ada orang tanya saya, dalam psikologi ni, ada tak belajar teknik2 nak pujuk orang atau buat orang ikut cakap kita? saya jawab ada..tapi general la. takla belajar direct tapi asasnya ada. cuma nak kne interpret dan olah semula ikut situasi kita. Sebenarnya kita biasa dah gune teknik2 ni cuma kita tak perasan je dan tak tahu nama-nama teknik dia..tapi, sedar tak sedar kita dah gne pon hari2..
Hmm..ramai juga yang tanya macam-macam berkenaan psikologi ni. Banyak faedahnya belajar ilmu psikologi ni, kita lebih banyak pengetahuan tentang tingkahlaku dan pemikiran manusia. Bila belajar dalam psikologi social, akan ada salah satu tajuk compliance ni..iaitu PATUH. Bahasa mudahnya.. “apabila kita terpaksa tunduk kepada permintaan seseorang yang mempunyai sedikit atau tiada langsung kuasa atau autoriti terhadap kita”
So kat sini nak cerita sikit beberapa teknik yang boleh digunakan untuk membuatkan orang turut pada permintaan kita walaupun kita sebagai yang membuat permintaan tiada autoriti langsung terhadap orang tersebut...
Tapi, kalau orang yang manipulatif, dia akan sentiasa guna teknik2 ni untuk capai matlamat dia dan bijak mengambil ruang & peluang..lebih2 lagi politician/salesman
the foot in the door effect>> bila seseorang bersetuju/ dah terlibat dengan permintaan kecil seseorang, dia akan lebih cenderung untuk patuh pada permintaan yang lebih besar orang tersebut
jiran1:cik tolong tengokkan kucing saya boleh?
Jiran2: isy, boleh je..
Jiran 1: em kalau boleh, tolong bagi dia makan skli..boleh?
Jiran 2: em..boleh lah..

·         the door in the face effect>> kecenderungan seseorang yang telah menolak permintaan yang besar untuk bersetuju dengan permintaan yang kecil sbb tak sampai hati.
cthnyala, nak mintak beli baju harga RM 100 mesti mak tak bagi..so kite mintak lagi beli yang harga RM 50..mesti dia tak sampai ati nak tolak sebab dia dah tolak yang besar tadi. Klo dia tak bagi, rendahkan lagi harga spy dia stuju.. (taktik mudahnya, kalau kita nak sesuatu tu, kite try mintak yang tinggi sikit. nnti msti org tak dpt tolak bila kita rendahkan pulak)

·         low ball teknik>> sebaik sahaja kita terikat atau komited terhadap sesuatu tindakan, kita tidak akan mengubah keputusan tindakan kita walaupun terdapat rintangan, ni biasanya time jual barang, biasanya dia meletakkan harga terendah, namun apabila pembeli dah bersetuju, dia akan bagitahu harg sebenar..(cth dah nk beli, ade pulak caj tambahanla, bayar ni lain, bayar tu lain ).

·         teknik that’s not all>> Contohnya meletakkan harga yang tinggi pada sesuatu barang. Kemudian diletakkan harga diskaun sebanyak berapa peratus. Pembeli akan merasa berbaloi untuk membeli juga kerana potongan diskaun

    Norm of reciprocity>> teknik ni dimana prinsipnya, orang cenderung akan balas semula. Kepatuhan akan berlaku apabila orang yang meminta telah menunaikan permintaan orang itu sebelumnya.
Cthla: kita dah tolong orng tu ..msti bila kita minta tolong dia, dia akn tolong.

>>Ok..banyak lagi teknik-teknik lain. kebanyakan teknik compliance ni diaplikasikan dalam marketing. .kalau nak tahu lebih dalam..bolehcari2 kat internet tajuk social psychology>> further lagi tajuk compliance, conformity to norms dll..
>>da lame tak menulis. Ada sahabat saya kata, apa yang kita belajar tu, sharela dalam blog ke..sambil menulis tu, kite boleh revise semula..hm..setuju sangat, rugilah kalau belajar tapi tak berkongsi ilmu..jd sye berusaha juga menulis spye ilmu sye tak berkarat walaupun susahnya nak istiqamah..^^

No comments: