::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Friday, May 20, 2011

~membudayakan ilmu~


Bismillahirahmanirahim..kebelakangan ni fikiranku bersilang tanya bagaimana mahu menjadi orang yang berusaha membudayakan ilmu  ditengah-tengah alasan kekangan waktu, taklifan yg pelbagai, tangan kaki yg tak cukup...bukan terhadnya capaian maklumat, malah kebanjiran maklumat saya kira..namun oleh kerana sikap malas membudayakan ilmu menyebabkan kita miskin fakta..bila kurangnya pembacaan, maka berlakulah ‘lacking’ maklumat dimana2..manusia bercakap atas dasar persepsi, instinct, mulut ke mulut, cerita kedai kopi, mitos, tahyul..semuanya NOT BASED ON FACT!

Negara malaysia atau lebih dekatnya masyarakat kita sentiasa terkebelakang  dalam pengusaan ilmu pengetahuan dan juga kemajuan, lihat saja rakyatnya lebih gilakan hiburan dan dunia glamour..tak perlu lihat jauh2..tgk saja rumah masing2.. rumah2 kita penuh dgn barang2 hiasan, kalau di zaman turki uthmaniyah dahulu, setiap rumah wajib ada library..tapi rumah2  kita hari ni, wajib ada tv..klo takda, seolah-olah pelik sangat..tanya diri, adakah kita dah penah melawat muzium2 tdekat, tmpat2 sejarah atau time2 cuti, kita lebih suka pi jalan2.. cuci mata di shopping2 complex..

Saya meng'highlight'kan apa yg menyebabkan pembudayaan ilmu ni tidak berjalan kerana  pendidikan tidak formal yg bermula di rumah tidak berjalan lancar, anak-anak tidak di didik berfikiran analitik dan kritikal..budaya komunikasi di rumah lebih dilatari perbulan2 kosong dan cakap-cakap yang tidak mencambahkan pengetahuan ~ jarangnya mak abah  kita dan satu family nak bincang pasal berita ke, system pendidikan negara ker..yg biasa ada, gossip artis, bincang cerita tv,anak2 jiran sebelah rumah  ..

Tak nak kritik sahaja..point penting..
  • bawa buku untuk membaca dimana-mana je..(alhamdulillah habit sejak kecik  lagi suka baca buku mana2..tapi bwk  buku sekolah aje sbb nak exam pnya pasal-jgn dicontohi, bwkla sbrg buku sekalipun spy tak buang masa)
  • satu gaya yang tidak berapa sihat kita lihat pada masyarakat kita..suka dok saja tanpa buat apa2..
>>sy ni jenis baca buku kat mana2..kawan2 sy cukup marah dgn sy..zaman hostel ,time riadah pon sy bwk bku ~orang kutuk:  dia ni buta sukan,sbb tu dia bwk buku..habih nak buat apa lagi kan..~err..suke ati la nak kata apa..
punyala tak paham apa yg diorag annoy sgt..mgkin dorg rasa kerek betul budak2 yg suka baca buku ni mana2 ni..macam poyo..(",)
>>sekolah2 dulu mak abah pon selalu suh sya rehat dan benti baca buku sbb dorg risau saya ni akan jatuh sakit~~ade ke org boleh mati sbb baca buku??^_^


kucing pon pandai manfaatkan masa~kita??
  •  lepas ni kita ubah paradigma n persepsi kita..takperlu lah pandang slack pada org yg membaca tp pndang pelik pada org yg dok saja tak buat apa.
  •  mengangkat budaya ilmu ditengah-tengah masyarakat..org2 berilmu/golongan profesional/ alim ulama perlu diketengahkan  dan dimasyhurkan
sbb apa yg dilihat, ilmu pengetahuan dah jadi komoditi yang tidak ubah spt barang dagangan. Ilmu yang dulunya sebati dngn nilai-nilai kemanusiaan, kini jadi alat untuk memaksimumkan kekayaan dan kemewahan. ..proses pembelajaran dalam institusi pengajian di semua peringkat, memenuhi keperluan materialistik sahaja. Lihat saja, rasa cinta dan taksub kepada ilmu sudah hilang. Rata-rata zaman ini, org belajar bukan utk dapat ilmu tapi nak dapat kerja..
para ilmuwan dan bijak pandai yang suatu masa dahulu menjadi idola masyarakat kini diganti dengan idola kontemporari yang memperlihatkan glamor, kekayaan, kemewahan dan cara gaya hidup moden ala artis-artis terkenal dunia.
  • Ubah budaya masyarakat  kita~ pupuk minat untuk bercakap berdasarkan fakta, bukan gossip/ setiap masa, kalau kita berborak bincanglah perkara2 yang menjana fikiran, (tngk saja saya sendiri..nak bincang benda2 yang ringan je..hal2 ekonomi, fakta2 /benda2 yang merumitkan fikiran malas betul nak bincang..)
  • dalam konteks  usrah pun perlulah dalam usaha membudayakan ilmu (cth memasukkan kandungan ilmu yg dipelajari dalam sesi usrah bergantung pada kepelbagaian ahli dari bidang masing2. Cth budak sn kimia cerita tntg illmu kimia, kejuruteraan, sejarah..semua tu boleh kombinasi utk membudayakan ilmu dalam usrah
Kita selalu mendakwa bahawa konspirasi yahudi di televisyen dan media yang menyebabkan manusia ni dh jadi cam puppet yg sntisa ikut telunjuk mereka..pada hemah saya, tak perlu nak menyalahkan agenda yahudi dan faktor2 luaran yg jauh  utk kita ubah..tetapi focus utk selesaikan sikap dalaman yg MALAS, STEREOTAIP  dan tidak mahu BERUBAH ~

No comments: