::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Friday, October 29, 2010

berita 'BAIK', ekonomi Malaysia bakal melonjak..!!




PM mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)..

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan , ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaanLangkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020,
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus. (malaysiakini)
_____________________________________________________________________________________

Astaghfirullahalazim..mahu jadi apa Malaysia ni? Di corakkan dengan pemerintahan yg ‘jahil’..bbrapa hari lepas tentang penganjuran  festival busana muslimah IFF..yg jelasnya menghina dan memalukan islam..kali ini rancangan pertambahan kelab malam pula..
Transformasi apakah ini?? Tarnsformasi ekonomi la..tak faham lagi ke??

Kenapa pemimpin (tak mahu sebut siapa) sibuk2 nak buat pusat perlindungan remaja hamil, nak buat sekolah mengandunglah..kononnya prihatin nak menangani isu buang anak yg semakin serius..padahal ‘merekalah’ segala nenek moyang  yg beria-ia galakkan remaja2 yg belum nikah hasilkan ‘anak haram’..jangan nafi jika sudah jelas lagi bersuluh..lucu2 sahaja mereka ni..ada2 aja polemiknya..

cuba jawab soalan mudah ni..
Penambahan kelab malam+ penganjuran konsert2 hiburan melampau + filem2songsang dan gejala sosial = ?
Sila pilih satu daripada pilihan jwpn dibwh..
a)remaja bersahsiah tinggi, soleh solehah
b)remaja  rosak akhlak, zina, dadah
c)semua diatas
d) tiada satu pon diatas

hairan sungguh, nak tambah kelab malam ni..sama macam tambah sekolah ke??sama ke? Kenapa mereka ambil mudah aja ye?

Sekolah yg banyak ..lahirl ramai ilmuwan dan bijak pandai..
Kelab malam yg banyak pula??? Lahir ape ye???..fikir 2 kan..

Tak sanggup bila stu hari ni ade yg tanya..majula Malaysia ni..kaya raya pulak..macamana malaysia boleh kaya begitu?
Hasil penubuhan kelab malam yg bnyk la..bila tubuhnya kelab2 malam ni..bnyka la pelancong asing datang..byk  pelaburannya, banyak la pula peluang kerjanya( tang byk peluang keja ni  yg paling lucu sekali)..

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Al-Jathiyah:23)

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit,bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya [berat],lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh..” (Al-Ahzab : 72 )

Ya Allah ..selamatkan negara kami..peliharalah kami dari kejahilan dan kezaliman  yang datang dari diri kami sendiri mahupun daripada orang yg memimpin..amin..

ps: biarpun anda rasa kelakar atau lucu sangat bila dapat tahu  betapa 'bijak' nya idea pemimpin kita ni..sila jangan ketawa banyak sgt (gelak sikit cukup).. kerana kita adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia ..paling tidak..kitalah yg bakal merasai 'lonjakan ekonomi'  hasil pertambahan kelab malam ni jika ia benar2 direalisasikan..nampaknya,bukankah kita akan jadi diantara orang2 yg paling sedih mengenangkan kejahilan ini?


Thursday, October 28, 2010

Sampah dalam falsafah????


Bismillahirahmanirahim..

Rasa tetarik pulak nak cita pasal exam dsbabkn mode exam skrg ni..
Tadi soalanexam falsafah keluar seperti yang dijangka..”jika tuhan itu adil, mengapa ada kejahatan..? Bahaskan..(persoalan ni biasanya dibangkitkan oleh golongan Atheis, atau juga agnosticism yg langsung tidak memikirkan apa itu tuhan..

Lalu kuar la segala bagai teori..(ni hujah2 pro theodicy)

1)human rebellion- tuhan menciptakan manusia dan alam. Sesetengah makhluknya memilih untuk engkar, ingin bertindak sendiri tanpa tuhan juga berbuat dosa. Lalu tuhan yang adil membiarkan manusia itu menentukan perbuatan mereka supaya mereka merasa akibat disebalik keingkaran mrka. Lalu muncullah segala bagai kejahatan..dan jelas menunjukkan manusia tidak mampu menyingkirkan kejahatan dengan tangan sendiri.
So that evil is the consequence of that rebellion,descendant daripada those who chose to act against god..jd disini tuhan yang adil memberi peluang pada manusia untuk berfikir sendiri bahawa mereka tidak mampu bertindak sendiri tanpa tuhan..

Kat sini boleh tambah hujah quran sendiri: daripada surah al Baqarah ayat 34, al Hijr ayat 31- kisah iblis yg engkar. Jd  itulah creation yang chose to act against god and then segala macam kejahatan itu datang sebenarnya dari manusia itu sendiri yang memilih utk mengikut syaitan..

Surah Ibrahim,ayat 2,3 tntg manusia yg Allah celakakan kerana berbuat kjahatan, surah al Hijr ayat 3 menceritakan Allah membiarkan mereka bersenang2 dan lalai dgn angan2, Allah berjanji kelak mereka akan menerima balasan..

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia danhiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagiorang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Surah Al-An'am Ayat 32)

2) free will- kejahatan adalah hasil tuhan membenarkan manusia bebas membuat pilihan..penilaian yang baik dan buruk. Kiranya evil or suffering  sebagai ujian kepada manusia untuk buat pilihan
Hujah quran yg ditambah disini: surah al Baqarah ayat 214: apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga sedangkan kamu belum diuji spt umat yg terdahulu ..

3)perfect and compete god dari hujah Pantheism (Buddhism)-kesempurnaan meliputi everything. If there is good, mesti ada juga evil..barulah tuhan itu smpurna..

4)contrast theodicy- evil ni hanyalah sebagai keperluan untuk yang baik..tanpa ada kejahatan bagaimana kita nak tahu apa itu kebaikan..logik rite??everything msti ada contrast..nak tahu seseuatu tu betul2 baik..mesti ada kejahatan..barulah nilai baik itu difahami..baru boleh kelaskan kebaikan..

yg menariknya segala teori ni digoreng dengan pelbagai  hujah revealation..suka ati ajerr..dah lecturer kata "bagi la segala hujah yg kamu nak bagi. Saya takkan kata salah..sume pn betul..."Maka..slamber je menambah dgn segala ayat Quran bagai..

Bila dah blaja relativisme etika ni..terasa macam takda satu pun yang benar2  salah..takda satu pun yg betul2 betul..huh..apa ayat ni??..Masa  blaja pasal retorik dulu, dikatakan bhw  betul atau salah itu tak penting, menang atau kalah bergantung kpda bagaimana kamu berhujah…(hehe..sangtla menariknya retorik ni pada org yg suka menggoreng..lebih2 agi dalam exam..)

Bagi sya..blaja falsafah ni best sbb dapat meningkatkan kefahaman agama itu sendiri bila kita nampak segala macam bentuk pemikiran dengan rasionalisnya, skeptical, empiricistnya, hujah agamawan..hujah akal..hujah revealation..hujah yg menyokong dan hujah yg berlawanan.. akhirnya menjadikan kita jelas apa yg mendasari pemikiran msia ni..orang tak boleh kata kita pilih ISLAM kerana ikutan semata..tapi kita berFIKIR!!
Biarlah org dengan pelbagai bntuk skema pmikiran, stereotype atau prejudis tang falsafah ni..sye tetap appreciate ilmu falsafah yg kdg2 nmpak byk sampah sarapnya..namun falsafah ni lah byk buat kita berfikir dan berhujah..

Lebih2 lagi falsafah ni buat sy lebih suka rujuk quran sebagai hujah..humm..hbis dah blaja philosophy sem ni..i gonna mis it..Apa2 pun umat islam mesti yakin berhujah dengan AlQuran..wlupon takde dlm skima jwpn..uuhuukk..da namanya pon falsafah kann.. 

Camne pakcik Aristotle, Plato, Rene Descartes, Machiavelli, segala pakcik2 yg ada dlm falsafah ni boleh confident ngan hujah2 akal masing yg kdg2 merapu..merapik segala bagai..why not kita pon yakin 100% utk berhujah dgn AL Quran ..

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.
(Surah Al-Furqan, Ayat 50)

Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Surah Sad, Ayat 29)
 

Slmt tggl falsafah..lege sbnrnye tak ya blaja dah..ohhoohoo..boleh focus subjek2 psikologi jer pasni..^_^

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuesday, October 19, 2010

full fledged muslim!!


Bismillahirahmanirahim..
Berbincang dgn adik2 usrah..bagaimana kita suma nak istiqamah dalam ibadah? masing2 berbagai mslhnya..ada yg bila kat kampus kuat..bila kat rumah lalai..bila kat bilik.. tpengaruh dgn kawan2..berbagai2 ragam ..iman kita ni mcm ikut waqie’ pulak..turun naiknya tak menentu..penyakit malas datang ikut tempat dan suasana..
diri sendiri pula..teringat tarbiyah yg diterima dirumah..rasa rindu pulak nak kena cubit, kene rotan, kena marah bila tak solat,tak baca  quran..

Tahun 1997, 
Abah wajibkan bangah ajar kami menghafal surah yasin dan al-waqiah..terkontang kanting nak belajar menghafal .waktu tu dlm darjah satu, adik , musthaqim umo 6 tahun  dan kaklang pula da penah ke sekolah tahfiz masa drjah 2,jadi takda hal bgi dia.after maghrib wajib mengaji smpai isyak dan yg mmg  tak bestnye bila time tasmi’.. klo salah je kna marah, sampai kadang2 rasa malasss sesangat nak mengaji..

Tapi hari ni..bersyukur sgt dgn tarbiyah yg dpt dari rumah..brapa bulan lepas tu..bangan dah pegi Mesir..alhamdulillah, hasil cubit2 tula kami bertiga ni hafal surah tu dalam tempoh sekejap aje..setiap kali bangah berutus surat dari Azhar, mesti tnya.. selalu ulang tak surah yg bangah ajar?tak ingat jaga!!huh, ancaman..

Tapi hari ni??bila da besa ..takda sapa lagi nak tolong marah, tolong cubit bila sya tak istiqamah menghafal ayt2 quran..kurang displin! Ayat2 hafalan sebulan nak habis pon seksa..sedih pula rasa..bila takda lagi org nak monitor mcm kecil2 dulu..sape nak tolong tengok- tengokkan saya niey??

Namun..hakikatnya..siapa lagi nak mendisplin kan kita klo bukan kita sendiri yg mendisplin kan diri?
Bermula satu tekad utk bertegas dengan diri sendiri..klo exam boleh study bersungguh, boleh buat jadual..maka..begitu jugalah patutnya dengan ibadah seharian..Klo belajar ada jadual , why not amalan2 ibadah harian kita pon ade jadual..??

org tnya..dah sedia nak exam??kita jawab.. Dah sdia…semua bab habis baca..klo org tnya dah sedia nak hadapi mati..??no idea..sbb kita takda perancangn yg sistematik dan jelas..buat ikut suka je..bila rasa rajin buat..bila malas..atau sibuk, tinggalkan amalan2 sunat..

sekadar cdgn..susah2 sgt nak istiqamah..cuba catat dan buat jadual sikit amalan2 yg kena wat stiap hari..bolehlah kita monitor diri .Klo org tnya apa khabr iman hri ni? kita boleh jwab general …bdsrkan amalan kita hari ni..alhamdulillah iman sya dlm kondisi baik..klo rasa berat sokmo nak beribadah ..mungkin ada  la tu yg tak kena kan?

Galakkan utk diri saya sendiri..saya kena displin dalam ibadah!! sya mesti tegas.. gunalah apa cara sekalipun nak bagi istiqamah..klo dlm psikologi nak guna teknik apa..sebut saja..peneguhan positif, peneguhan negative..sume boleh..asalnya ada kesungguhan dan berusaha utk mujahadah mlwn nafsu..jadual ni pun menarik juga..da lepas seminggu, overview balik..best ..cuba la try..hemm

-mlm tadi dah qiam, tahajud? Duha pagi tadi buat? Puasa isnin kamis..baca quran everyday..mathurat, solat sunat qobliyah ba'diyah..sume ni msti sentiasa berada dalam perhatian saya..tak boleh sambil lewa..setiap hari kena check amalan2 ni..spy sentiasa tahu kondisi iman kita sentiasa dalam kawalan..

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.(al-fusiilat 55)
Ingatan buat sya utamanya..dan shbt2 juga..^_^ Kearah Full fledged muslim !!