::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Thursday, October 28, 2010

Sampah dalam falsafah????


Bismillahirahmanirahim..

Rasa tetarik pulak nak cita pasal exam dsbabkn mode exam skrg ni..
Tadi soalanexam falsafah keluar seperti yang dijangka..”jika tuhan itu adil, mengapa ada kejahatan..? Bahaskan..(persoalan ni biasanya dibangkitkan oleh golongan Atheis, atau juga agnosticism yg langsung tidak memikirkan apa itu tuhan..

Lalu kuar la segala bagai teori..(ni hujah2 pro theodicy)

1)human rebellion- tuhan menciptakan manusia dan alam. Sesetengah makhluknya memilih untuk engkar, ingin bertindak sendiri tanpa tuhan juga berbuat dosa. Lalu tuhan yang adil membiarkan manusia itu menentukan perbuatan mereka supaya mereka merasa akibat disebalik keingkaran mrka. Lalu muncullah segala bagai kejahatan..dan jelas menunjukkan manusia tidak mampu menyingkirkan kejahatan dengan tangan sendiri.
So that evil is the consequence of that rebellion,descendant daripada those who chose to act against god..jd disini tuhan yang adil memberi peluang pada manusia untuk berfikir sendiri bahawa mereka tidak mampu bertindak sendiri tanpa tuhan..

Kat sini boleh tambah hujah quran sendiri: daripada surah al Baqarah ayat 34, al Hijr ayat 31- kisah iblis yg engkar. Jd  itulah creation yang chose to act against god and then segala macam kejahatan itu datang sebenarnya dari manusia itu sendiri yang memilih utk mengikut syaitan..

Surah Ibrahim,ayat 2,3 tntg manusia yg Allah celakakan kerana berbuat kjahatan, surah al Hijr ayat 3 menceritakan Allah membiarkan mereka bersenang2 dan lalai dgn angan2, Allah berjanji kelak mereka akan menerima balasan..

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia danhiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagiorang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Surah Al-An'am Ayat 32)

2) free will- kejahatan adalah hasil tuhan membenarkan manusia bebas membuat pilihan..penilaian yang baik dan buruk. Kiranya evil or suffering  sebagai ujian kepada manusia untuk buat pilihan
Hujah quran yg ditambah disini: surah al Baqarah ayat 214: apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga sedangkan kamu belum diuji spt umat yg terdahulu ..

3)perfect and compete god dari hujah Pantheism (Buddhism)-kesempurnaan meliputi everything. If there is good, mesti ada juga evil..barulah tuhan itu smpurna..

4)contrast theodicy- evil ni hanyalah sebagai keperluan untuk yang baik..tanpa ada kejahatan bagaimana kita nak tahu apa itu kebaikan..logik rite??everything msti ada contrast..nak tahu seseuatu tu betul2 baik..mesti ada kejahatan..barulah nilai baik itu difahami..baru boleh kelaskan kebaikan..

yg menariknya segala teori ni digoreng dengan pelbagai  hujah revealation..suka ati ajerr..dah lecturer kata "bagi la segala hujah yg kamu nak bagi. Saya takkan kata salah..sume pn betul..."Maka..slamber je menambah dgn segala ayat Quran bagai..

Bila dah blaja relativisme etika ni..terasa macam takda satu pun yang benar2  salah..takda satu pun yg betul2 betul..huh..apa ayat ni??..Masa  blaja pasal retorik dulu, dikatakan bhw  betul atau salah itu tak penting, menang atau kalah bergantung kpda bagaimana kamu berhujah…(hehe..sangtla menariknya retorik ni pada org yg suka menggoreng..lebih2 agi dalam exam..)

Bagi sya..blaja falsafah ni best sbb dapat meningkatkan kefahaman agama itu sendiri bila kita nampak segala macam bentuk pemikiran dengan rasionalisnya, skeptical, empiricistnya, hujah agamawan..hujah akal..hujah revealation..hujah yg menyokong dan hujah yg berlawanan.. akhirnya menjadikan kita jelas apa yg mendasari pemikiran msia ni..orang tak boleh kata kita pilih ISLAM kerana ikutan semata..tapi kita berFIKIR!!
Biarlah org dengan pelbagai bntuk skema pmikiran, stereotype atau prejudis tang falsafah ni..sye tetap appreciate ilmu falsafah yg kdg2 nmpak byk sampah sarapnya..namun falsafah ni lah byk buat kita berfikir dan berhujah..

Lebih2 lagi falsafah ni buat sy lebih suka rujuk quran sebagai hujah..humm..hbis dah blaja philosophy sem ni..i gonna mis it..Apa2 pun umat islam mesti yakin berhujah dengan AlQuran..wlupon takde dlm skima jwpn..uuhuukk..da namanya pon falsafah kann.. 

Camne pakcik Aristotle, Plato, Rene Descartes, Machiavelli, segala pakcik2 yg ada dlm falsafah ni boleh confident ngan hujah2 akal masing yg kdg2 merapu..merapik segala bagai..why not kita pon yakin 100% utk berhujah dgn AL Quran ..

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.
(Surah Al-Furqan, Ayat 50)

Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Surah Sad, Ayat 29)
 

Slmt tggl falsafah..lege sbnrnye tak ya blaja dah..ohhoohoo..boleh focus subjek2 psikologi jer pasni..^_^

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments: