bismillahirahmanirahim..kenapa nak cakap pasal teruja ye?? Tak tahulah tapi inilah
perasaan saya hari-hari dalam sebulan ni. Saya hanya mampu huraikan tentang
teruja sebab saya tak dapat nak gambarkan perasaan-perasan lain yang terlalu
banyak muncul akhir-akhir ni. perasaan teruja ni kadang-kadang buatkan kita ‘stuck’ & hilang punca kerana terlalu excited.
Contohnya, nak tulis blog tapi tak tahu kenapa saya tak dapat
nak menulis sebab terlampau teruja. Mungkin banyak sangat nak cerita, tak tahu
nak mula kat mana. Especially kehidupan bpraktikal di psikiatri ni terlalu menarik ! hari-hari ada sahaja benda baru, berhadapan dgn pelbagai manusia di wad & komuniti,
pelbagai cerita kisah hidup orang yang buatkan saya terkesima! terlalu banyak yg
nak dikongsikan supaya kita sama-sama ambil pengajaran. Sisi-sisi hidup orang
lain buatkan saya semakin mengerti apa rasanya ‘bahagia’ dan berulang kali saya
ucapkan syukur kerana nikmat DIA yg terlalu bnyak buat saya..
sebenarnya kita ni sgt bertuah jika nak bandingkan dengan hidup orang lain yang kadang2 tak capai dek akal kita nak terima..apatah lagi menanggungnya..jadi marilah kita jadi hamba yang bersyukur,,
وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. ( Saba’ : 13 )
Hidup ni hari-hari sudah berkisarkan org lain sampai saya pon dah
tak tahu saya ada masalah ke tak. orang lain disekeliling saya menanggung
masalah yang terlalu berat sehingggakan rasa macam saya ni sbnrnye takde masalah
langsung atau masalah saya selama ni macam takda apa-apa. Bermuhasabah dan terinspirasi dgn pengalaman hidup
orang lain. Sebulan ni rasa gembira sebab berpeluang terlibat dengan kerja-kerja bantu
orang lain walaupun tak berapa pandai melayan orang, tapi memang sangat suka kerja dengan manusia sebab masing-masing unik dengan cerita tersendiri. hari2
tersenyum melihat kerenah orang. Best sangat.^_^
Insan yang teruja~ sekian.
(apa2 je post ni..sbb tak tahu nak kata apa..teringin kalau
dapat share kisah patient2 kat sini, exciting sgt! nntilah kalau ade kekuatan, smpi sekarang dah hmpir sebulan tapi cam xhbis2 lagi terujanya sebab setiaphari ade je kes2 baru)
Gambar ni tkde kaitan..tapi ade kene ngena ngn teruja sbb bru2 ni setelah cube bjam2..baru pandai kaler lukisan sndri gune photoshop..selalu jeles camne orang boleh kaler gmbar..dah reti dah skit2 ^_^
No comments:
Post a Comment