Bismillahirahmanirahim,syukur Alhamdulillah kelapangan yang sebentar ini sempat berBBQ dan rehlah bersama sahabat2 Gombak tepi tasik ditemani burung berkicauan dan angin sepoi-sepoi bahasa bak kata ustaz ^_^. Terima kasih pada sahabat2 kerana sentiasa menguatkan dan saling mengingatkan untuk sama2 terus thabat dalam perjuangan..Taujihat ketua pemuda mengimbau kembali sirah perjuangan nabi Muhammad SAW agar kita sentiasa bersiap siaga dalam perjuangan yang sentiasa menuntut segala macam pengorbanan lebih-lebih detik ‘peperangan’ yang semakin hampir.
Mengharapkan penghayatan maulidur rasul kali ni lebih terkesan, saya berusaha menghabiskan buku yg agak tebal, biografi nabi Muhammd SAW dlm supaya dapat perbaharui semula kronologi sirah perjuangan baginda ~
Saya highlightkan beberapa kisah-kisah yang amat terkesan... bagaimana perang Badar Allah sebutkan sebagai Yaumul Furqan, Kisah perang uhud, saidina Hamzah r.a, Hanzalah , Musab b Umair antara sahabat yang terkorban sebagai syuhada, sahabat-sahabat yang ketika itu sanggup membela baginda semasa beliau terjatuh di dalam lubang, antaranya Abu Dujanah yang sanggup menutup lubang dengan tubuhnya sehingga seluruh tubuhnya di penuhi panah, dan sahabat yang syahid kerana 83 tikaman. tragedi perigi Maunah yang menyebabkan 69 huffaz terkorban. Kisah sahabat2 yang terpaksa berjalan terlalu jauh sehingga pecah tapak kaki perang itu digelar zat’ al riqai’, dan di dalamnya menyebut tentang sahabat yang begitu khusyuk solat malam sehingga tidak mengendahkan anak panah yang berulang kali menembusi tubuhnya. Kisah perang Khandak yang menceritakan kekuatan pergantungan sahabat2 yang berperang dengan rasa takut dan cemas apabila pakatan Ahzab bani Khuraizah yang khianat pada perjanjian. Perang ini juga menyebut kisah serikandi, soffiyyah ibu kepada zubair bin awwam seorang pahlawan perang yang hebat, kerana kebijaksanaan dan keberaniannya menyelamatkan kubu wanita dan anak-anak. Kisah perang Mu’tah dimana 3 orang sahabat yang bermati-matian mempertahankan panji Islam, Zaid bin harithah, jaafar yang dipotong kedua belah tangan serta bahunya dan Abdullah ibn rawahah. Akhirnya Strategi Khalid al walid yang licik membuatkan mereka dapat berundur dengan selamat kerana tentera islam ketika itu hanya 3000 orang melawan 200000 tentera. Perang Hunain menyebut bagaimana bilangan tentera islam yang lebih ramai dari musuh 12000 melawan 10000 diuji dengan ketakutan dan kecemasan sehingga ramai yang lari meninggalkan medan perang sehingga tinggal 100 orang sahaja yang mempertahankan nabi. Dalam perang ini juga malaikat turun membantu sebagaimana perang Badar. Kisah perang Tabuk iaitu sahabat2 diuji dengan kepanasan yg amat,kemarau dan rasa berbelah bagi kerana menentang rom yang merupakan kuasa besar ketika itu. Perang ini dapat memperlihatkan begitu ramai golongan munafiq yang sengaja tidak ikut berperang. …..
Semoga sirah perjuangan nabi Muhammmad SAW ini dapat menguatkan motivasi kita untuk terus berjuang kerana suatu masa dahulu, saya juga pernah rasa teruji, menyampaikan kebenaran itu memang pahit. Apabila dimarahi dan dipulau rakan-rakan lain, saya jadi gundah, kecewa dan putus asa yang tak tergambar. Rasa hilang kekuatan bila kawan-kawan yg kita harapkan menyokong dan membela kita tiada. Malah, ketika itu kawan baik kita sendiri pula yg sanggup menengking kita dihadapan orang lain. cuba pujuk diri dan mencari kekuatan namun tak jumpa malah tak tahu kenapa air mata tak berhenti-henti tumpah. saya hanya berhenti menangis selepas teringat peristiwa nabi dihina, disakiti sehingga terluka, menitiskan darah ketika menyebarkan Islam, bagaimana sukar beliau diuji sedang beliau kekasih Allah yang dijanji syurga.. Lalu apakah layak diri ini menitiskan air mata oleh kerana terguris hati yg baru sekecil ini. ..Allahurabi..ketika itu, saya terus terdiam dan berhenti menangis….
Betapa besarnya motivasi dan ibrah yang kita boleh ambil dari sirah nabi sebagai kekuatan, pendorong dalam perjuangan. Kita sebagai hamba Allah yang lemah pasti tidak lari dari rasa kecewa, cemas, sedih dan sebagainya jadi cepat-cepat kita imbas perjuangan nabi Allah Muhammad, kekasih tercinta supaya kita tak terus-terusan rasa lemah. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment