::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Monday, February 27, 2012

~HAti KaTA RinDu~



Bismillahirahmanirahim~
Jarak 7 hari ini sedang menghantar saya ke daerah berbeza, menitipkan suatu perasaan aneh!  Rasa tenang, namun jiwa ini seakan-akan sunyi.. Mungkin suasana berbeza agaknya~ 
Ada sesuatu yang amat terasa kehilangannya..masakan tidak, setiap kali bertemu, ada sahaja buah bicaranya, tidak pernah kekontangan. Malah, hampir setiap malam di datangkan ‘penceramah bebas’ berbeza-beza memberi ‘tazkirah’ agar warga rumah beringat-ingat dengan masa dan mengurangkan amplitud suara masing-masing..dan kini saya jadi ralat bila suara-suara yang menghiasi awal pagi sehingga lena itu tiada..

sahabat meluahkan tadi, dahulu, selama  ni dia selalu rasa geram kerana suasana yang bising tapi kini, bila dah tak kedengaran, rasa macam tak lengkap~ saya tersenyum bersetuju^_^

Sehari sebelum berpindah, Sakinah minta temankan meeting “ hari ni mungkin hari terakhir orang menyusahkan zi, lepas ni takda dah…"
“Janji ke..hari ni je hari terakhir menyusahkan?? lain kali tak buat dah?’’ sengaja membalas sedang hati mula terjentik dengan kesedihan apabila mengitung hari. Fikiran saya mula terlontar jauh, pasti saya antaranya yang akan merindu kalian bila terpisah nanti. Rela kiranya esok dan hari- hari mendatang  untuk terus-terusan ‘disusahkan’, seandainya saban masa bisa bertemu kalian semua..

Bila sahabat-sahabat datang bilik semalam dan solat jemaah sama2, saya terharu sebenarnya, kami sentiasa meratib perkataan ‘rindu’ sahaja..sedangkan hari-hari jumpa. Tak dapat bayang bila betul2 berpisah nanti, insyaALLAH ..moga bila bertemu tidak jemu,  bila berpisah tidak gelisah~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ukhwah
Pernah seorang  sahabat saya berkongsi, kita takkan rasa ukhwah bila kita tidak pernah memberi..
Fikiran saya menerawang memikirkan apakah selama saya bersahabat, saya banyak memberi atau saya hanya sekadar menerima..

Usrah bersama adik-adik baru-baru ini, buat  saya  menilai semula sejauh mana ukhwah kami...banyak rupanya yang masih tidak tahu tentang ‘ahli keluarga’ saya ni..baru kini, kami mula berkongsi hati ke hati… namun, ade juga yang berkisar tentang jodoh..isyh2 (padahal belum tahun akhir lagi^_^)

Bincang pasal tolong memasak waktu cuti je..namun dapat mencungkil pelbagai kisah yang tersimpan.. tabahnya adik-adik saya ni menghadapi kehilangan dalam hidup mereka..kenapalah ceritanya semua sedih-sedih, lebih-lebih lagi kami bakal berpisah kerana ada yang akan sambung belajar di mesir.. kalau tidak, setiap kali usrah asyik gelak aje..kali ni, suasana haru je..akhirnya, saya yang pertama  mengalirkan air mata,..semoga semua ‘ahli keluarga’ saya ni kuat-kuat aje, insyALLAH! 

Mungkin pengaruh perpisahan dengan teman-teman serumah membuatkan saya agak sensitif bila cerita tentang perpisahan..balik kolej, tiba-tiba Allah takdirkan jumpa rakan lama, rumate, kawan sekaki yang sentiasa lepak bersama zaman muda2 dulu..ukhwah dengan rakan-rakan yang satu ini laiiin sikit..kebetulan mereka semua ajak kenduri magi berjemaah....walaupun makanannya agak ‘grand’ dan ayat rutin  yang mereka suka pulangkan, “susah nak jumpa..maklumla orang sibuk..” rasa nak berdarah telinga dengar, namun perasaannya cukup menghiburkan ,hampir setahun lebih tak bersama.. mode sedih tadi bertukar ceria seketika ..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perjuangan~
Kebelakangan ini, butir bicara kami senantiasa sahaja berkisarkan ukhwah, perjuangan, perpisahan. gumpalan kerisauan membayangi langkah ke medan akan datang, lebih-lebih lagi di tahun akhir pengajian, harapan untuk terus thabat dan istiqamah walau nanti watak-watak, plot dan latarnya pasti saja berbeza. 

Seputar  hampir  4 tahun dalam jemaah , saya tak tahu apa yang saya dah berikan.. Apa yang saya tahu, saya beruntung menerima begitu banyak kebaikan, bersyukur sangat-sangat kerana ALLAH beri peluang pada insan yang kerdil ini untuk bersama dalam gerakan ISLAM..pun begitu adakalanya rasa teruji dan diuji itu ada, namun ikatan rabithah inilah yang sentiasa menjadi nadi kekuatan dalam perjuangan..

Buat sahabat2 yang dikasihi, akhir-akhir ini, kalian sering menduga apa perasaan masing-masing kini setelah berjauhan dengan pertanyaan-pertanyan yang mengharukan..biar saja saya mengaku mungkin sayalah yang pertama merasa rindu dan saya hanya mampu mencoretkan dengan tulisan ini.. Biar  saja cinta ALLAH jadi penghubung cinta kita. Pasti hati kita senantiasa dekat walau jasad jua jarak kita terpisah jauh.

~Moga bunga-bunga ukhwah kita yang bertangkaikan aQidah dan berhiaskan perjuangan ISLAM ini sentiasa segar mewangi dalam jambangan cinta NYA~


~~mode penulis: tengah rindu jemaah talam, usrah, halaqah ilmi, leteran, riuh rendah suara sahabat2 ms~ moga saat indah ini akan berulang lagi ^_^

2 comments:

Hamiza Hani Omar said...

sedihnya.. touching sungguh..!

Unknown said...

sedihnya zi....kalam ikhlas dri hati... :( nak mnyushkn dn dsusahkn lg...

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me