::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Friday, October 29, 2010

berita 'BAIK', ekonomi Malaysia bakal melonjak..!!




PM mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)..

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan , ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaanLangkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020,
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus. (malaysiakini)
_____________________________________________________________________________________

Astaghfirullahalazim..mahu jadi apa Malaysia ni? Di corakkan dengan pemerintahan yg ‘jahil’..bbrapa hari lepas tentang penganjuran  festival busana muslimah IFF..yg jelasnya menghina dan memalukan islam..kali ini rancangan pertambahan kelab malam pula..
Transformasi apakah ini?? Tarnsformasi ekonomi la..tak faham lagi ke??

Kenapa pemimpin (tak mahu sebut siapa) sibuk2 nak buat pusat perlindungan remaja hamil, nak buat sekolah mengandunglah..kononnya prihatin nak menangani isu buang anak yg semakin serius..padahal ‘merekalah’ segala nenek moyang  yg beria-ia galakkan remaja2 yg belum nikah hasilkan ‘anak haram’..jangan nafi jika sudah jelas lagi bersuluh..lucu2 sahaja mereka ni..ada2 aja polemiknya..

cuba jawab soalan mudah ni..
Penambahan kelab malam+ penganjuran konsert2 hiburan melampau + filem2songsang dan gejala sosial = ?
Sila pilih satu daripada pilihan jwpn dibwh..
a)remaja bersahsiah tinggi, soleh solehah
b)remaja  rosak akhlak, zina, dadah
c)semua diatas
d) tiada satu pon diatas

hairan sungguh, nak tambah kelab malam ni..sama macam tambah sekolah ke??sama ke? Kenapa mereka ambil mudah aja ye?

Sekolah yg banyak ..lahirl ramai ilmuwan dan bijak pandai..
Kelab malam yg banyak pula??? Lahir ape ye???..fikir 2 kan..

Tak sanggup bila stu hari ni ade yg tanya..majula Malaysia ni..kaya raya pulak..macamana malaysia boleh kaya begitu?
Hasil penubuhan kelab malam yg bnyk la..bila tubuhnya kelab2 malam ni..bnyka la pelancong asing datang..byk  pelaburannya, banyak la pula peluang kerjanya( tang byk peluang keja ni  yg paling lucu sekali)..

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Al-Jathiyah:23)

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit,bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya [berat],lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh..” (Al-Ahzab : 72 )

Ya Allah ..selamatkan negara kami..peliharalah kami dari kejahilan dan kezaliman  yang datang dari diri kami sendiri mahupun daripada orang yg memimpin..amin..

ps: biarpun anda rasa kelakar atau lucu sangat bila dapat tahu  betapa 'bijak' nya idea pemimpin kita ni..sila jangan ketawa banyak sgt (gelak sikit cukup).. kerana kita adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia ..paling tidak..kitalah yg bakal merasai 'lonjakan ekonomi'  hasil pertambahan kelab malam ni jika ia benar2 direalisasikan..nampaknya,bukankah kita akan jadi diantara orang2 yg paling sedih mengenangkan kejahilan ini?


No comments: