::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Thursday, August 6, 2009

~Ukhwah itu indah~



Alhamdulillah..Jumaat yg lepas..amirah ngan kak acik datang ke bangi..gaye surprise je..sbb kbtulan kak cik nk jmpe kak na...seronok rse dpt jumpe shbt2 ktsn..terubat rindu..

Ikot la diorg g jalan..dalam kete dapat kami wat usrah..naqibahnye kak na ( cekgu yg berwibawa..dan rajin bercerite..ehem2)..mad’u nye..saye..amirah ngn kak acik yg tgh concentrate bawak kete..

Kisah 1

kisah sahabat Rasulullah iaitu Saad Bin Muaz. Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk di pinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 di layan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangka anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerna musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerna tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.

Kisah 2

kisah pelawak di zaman rasulullah saw.. abu nawas..

satu hari ade dua orang sahabat berjalan didalam hujan lebat..meraka melintasi rumah abu nawas.abu nawas nampak mereka berjalan didalam hujan tetapi tidak menjemput mereka masuk kerumahnya. Lalu mereka pun bertanya..”kenapa engkau tak ajak kami masuk kerumahmu..kamu tak nampak ke kami berjalan dalam hujan ni??”

abu nawas pon jawab “bukan aku tak nak jemput kamu masuk..tapikan..hujan ni rahmat allah..apa salahnya sesekali berjalan dalam rahmat allah..kan bagus..”

mereka pon pulang apabila mendengar jawapan abu nawas..

satu hari abu nawas pula berjalan dalam hujan lebat dan sahabat dua orang tadi nampak tapi kali ni diorang nak kenekan abu nawas pulak.

Abu nawas pon tanye pade dorg.. “kenape kalian tak jemput aku masuk..kan tgh hujan ni..?”diorang pon jawab “kan hari tu kamu yang kate hujan ni rahmat allah..kan bagus berjalan dalam rahmat allah..sbb tu kami tak jemput kamu masuk..”abu nawas pon jawab “bukan ape..hujan ni kan rahmat allah..takkan saye nak pijak rahmat allah..”

Emm..bgitulah kisahnye..ade lagi kisah 2 lain..tapi tak bpe ingat..hhee..

Emm..malam esok tu g konsert antara dunia..(raihan ,rabbani,hijjaz dan shoutul harakah)

Mmg jam mse nak g shah alam..sbb jalan lagi stu ditutup sbb demo bantahan isa..

~BEBASKAN MALAYSIA DARI ISA !!~(tahniah pada semua penggerak )

Sblm g konsert snggah masjid shah alam..da lame tak singgah masjid nih..

Emm..ade la jgk sye menguap-nguap dlm konsert ni..sbb gelap je kan..mau je lelap…amirah kat seblah kjap2 terlelap..hehhe..konsert ni lbih pade nak mengingatkan kite jasa2 ibu ayah kita..dan ingat mati~mati itu pasti~

Bile sampai part shoutul harakah je..sume smngat..baru perasan..knape muslimin ni cam bile lagu2 shoutul harakah je ..bru semangat ..rupenye..kita2 yang berjiwa muda ni sukakan lagu yg rentak rancak dan sukakan lagu2 yg bertemakan jihad..kbnyakan lagu2 nasyid kt msia ni lebih kepada muhasabah dan gaye2 slow..hemm..pas ni kne wat byk lagi lagu2 yg berunsur jihad..utk jiwa2 yg muda ni..bru mantap!!..

Spt kata ustaz dalam ummah talk semalam..

Kita perlu cari alternative utk pemuda2 yg sukakan hiburan yang melalaikan dan mengundang maksiat dengan membawa mereka kearah hiburan yg bermanfaat ..ni task utk kita semua sbg daie..insyaallah..!!

pas abis konsert ..tumpang umah kak madyt..kbtulan kak naimah pon ade skli..then sempat ag makan wlupon da pkul 1.30 pagi..time kasih pade tuan rumah..esoknye smpat balik ktsn..emm..rindu kat sume2 shbat n lebih2 ag surau g ngan f....smoge diberi kesempatan ag lain2 kali utk dtg ktsn..insyaallah..^_^


Tuesday, August 4, 2009

~ayuhai syabab II ~



sambungan..

bismillahirahmanirrahim..beberapa tazkirah dan program2 yg saye hadiri baru2 ni sentiasa menyebut kisah musab b umair..ayuh kita selak kembali lembaran sejarah..kisah mujahid muda yg kental semangatnya..jadikan beliau sbg obor pembakar semangat..bagi kita yg bergelar syabab..

Musab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya:

Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut.

Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:

Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.
Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.


Jadi sahabat2 sekalian..yg bergelar syabab..usahlah gentar atau goyah kerana cabaran2 yg baru bermula..siapkan ruh mu dan gerakkan seluruh jasadmu ..untuk berjuang demi islam..takbir..allahuakbar!!

~ayuhai syabab~



KHUTBAH JUMAAT :

bismillahirahmanirrahim..insyaallah

sedikit pengisian daripada program keris yang dianjurkan minggu lepas.

banyak isu yg diutarakan cume saye berminat nak sentuh tentang betapa tenaga pemuda diperlukan dalam memperjuangkan agama islam.

Kalau kita nak tengok masa depan islam..tengok pemuda islam kita hari ini..

Kerana sejarah tidak pernah lupa bahwa angkatan pemuda, sejak dulu hingga sekarang, merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Pemuda merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan ,malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Lihat saja kebangkitan mana-mana revolusi..revolusi iran,revolusi china dan sebagainya dipelopori oleh pemuda..(malas nak tulis cerita kbngkitan revolusi ni..nanti kite wat post baru pulak insyaallah)

Merujuk kepada sirah An Nabawiyyah, Nabi Muhamad S.A.W dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun.Saidina Abu Bakar ketika itu berumur 37 tahun , Umar Al Khattab berusia 27 tahun , Usman b Affan 34 tahun dan Ali b Abu Talib berumur 13 tahun.Boleh dikatakan pilihan Allah untuk mereka yang bergelar pemimpin Islam adalah dikalangan belia.

Usamah bin Zaid misalnya, diangkat oleh Nabi s.a.w. sebagai ketua untuk memimpin pasukan kaum Muslimin menyerbu Wilayah Syam (saat itu merupakan Wilayah Rom) dalam usia 18 tahun. Abdullah bin Umar pula telah memiliki semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan Islam sejak berumur 13 tahun.

Kite tgk jugak dalam sejarah2 perang badar,perang muktah dan mcm2 lagi pemuda ni jadi frontliners dan mmegang panji sebagai ketua angkatan perang.tapi kita baru nak suruh dok depan dalam dewan kuliah pon belum tentu berani..(sbb ape? antaranye..takut kne point ngn lecturer..atau tertidur depan lecturer..huhu ) lbih2 lagi muslimin..patut nye lelaki ni dok dpan dalam kuliah..tapi ade sesetengah tmpat da smcm trend student lelaki berlonggok kat blkg..isyh2

Malu sungguh rasanya bila pemuda zaman para sahabat telah berjaya menggenggam dunia..tetapi kita hari ini masih belum mencapai apa-apa..malah ..yg lebih comelnye..lepas 3 , 4 atau 5 tahun kat university kita hanya bercita-cita untuk menggengam segulung ijazah aje..tapi kita tidak peka..tak concern..tak ada langsung sensitivity pada isu-isu masyarakat dan permasalahan umat islam..


ni gambar sekeliling masjid wilayah..tmpat program dianjurkan..mmg hobi amik gambar2 masjid..

msjid ni byk function..ade tadika..tmpat nikah..dewan utk majlis kahwin..dewan utama..ade asrama..n mcm2 ag..bilik pon cam kat kolej kite2..selesa plus ade aircond..boleh la wat program ape2 kat sini..hhee..tukang promote..
bru2 ni tgk crite syurga cinta..mmg tamau tgk pon cite tu..tapi ade shbat yg kate ade unsur dakwah..make sy pon dlod la cite tu.. tgk2 ade part dlm cte tu..diorang gi masjid..umm..macam lawa masjid tu..tgk due kali..owh..masjid wilayah upenye..hero berdiri kat bhg sini...tapi bile tgk depan2 tade la lawa sgt..tp dalam movie tu macam cantik btul.^_^

smbung..

Friday, July 3, 2009

U:J:I:A:N dan I:M:A: N



“Ya allah..!! ujian datang lagi.. …”

Aku..gelisah… “mana iman ???iman di mana kau??”

Iman menyahut.. “aku disini..”

“Kau masih ada?”

“Ada..buat jiwa yang sentiasa mencariku..”

“Tapi..kenapa kau semakin menjauh..?”

“Tidak..aku sentiasa disini..”

“Aku tidak merasa kehadiranmu....”

“Masakan kau merasa kehadiranku apabila kau membenci ujian..malah kau tidak mahu menerimanya apabila ia datang..”

“mana mungkin aku akan bahagia menerima kunjungan ujian??!! malah jauh sekali untuk aku menjemputnya.. untuk apa??!!Tidak kah kau tahu ujian itu selalunya menyakitiku..!!”

“tidakkah pula kau sedar pada ujian itu akan hadirnya kekuatan iman?? jika kau benci ujian..mana mungkin kau dapat merasa nikmat iman..”

“..aku takut..aku tak mampu..aku tak mahu..knapa ada ujian....??”

“Aku benci ujian..aku hanya mahukan iman..tapi kenapa iman , kau selalu bersama ujian??”

“Kerana aku akan hadir pada jiwa yg diuji..dan jiwa yg diuji itu seharusnya menerima ujian ..maka disitu wujudnya iman..malah..betapa besarnya ujian yg tiba..akan mencerminkan iman yg benar-benar mantap..bila disertai dengan kesabaran..”

Dialog ini adalah analogi buat saye yg sentiasa berfikir inginkan kemanisan iman..mana mungkin iman itu dirasakan jika tidak hadir padanya ujian..ujian itu lah sebenarnya menguji sejauh mana keimanan kita..mana mungkin kita mengaku beriman sedangkan kita tidak diuji..

'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('Iam full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )

Alhamdulillah jalan kita tak pernah sunyi dari ujian..pastinya ia utk menguji keimanan kita... kadangkala tewas mentarbiah diri utk kuat menerima ujian..puas berfikir..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..tapi hati masih tak dapat mencerna baik apa yang ditafsir oleh fikiran..puas kita pujuk hati..selarilah dengan fikiran..tapi..gagal..akhirnya air mata tetap mengalir..walau minda kita sedar..ini hanya ujian semata-mata dari allah..

UJIAN DAN IMAN INI BEGITU BERKAIT..ADA UMAT ISLAM YANG BILA DATANGNYA UJIAN..IMANNYA MAKIN BERKURANG..KERANA ASYIK MENGELUH MALAH TIDAK REDHA DENGAN UJIAN YANG TIBA..ADA JUGA YANG BILA DATANGNYA UJIAN..IMANNYA MAKIN BERTAMBAH ..MAKA

BERSABARLAH KITA DENGAN UJIAN YANG TIBA..

JIKA KITA SEDIH..MENGADULAH DALAM SUJUD DAN DOA..

APABILA KITA JATUH ..BERUSAHALAH BANGUN SEMULA..

BILA KITA TERLEKA.. SEDARLAH KITA DENGAN AMARAN PENCIPTA..

BILA KITA MERASA DUNIA ITU NERAKA..INGATLAH BAHAWA SYURGA ITU INDAH.. ^_^


~in the middle of difficulty lies oppurtunity~=)