Pada suatu hari terjadi perbualan antara nabi SAW dan Abu Bakar As-Siddiq.sahabat-sahabat lain pon ada mendengarkannya.
“wahai Abu Bakar, begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwan),” berkata nabi SAW
“wahai Rasulullah bukan kami ini teman-teman engkau?”jawab Abu Bakar
“Mereka belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai rasulullah dan mereka mencintaiku.aku dicintai melebihi anak-anak dan orang tua mereka.”
“ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?”bertanya sahabat baginda.
“Kamu semua adalah sahabat-sahabat aku”jelas nabi
“wahai abu Bakar , adakah engkau tidak akan merindui kepada ikhwanku itu? kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam suatu waktu lain..baginda ada membicarakan lagi tentang kemurnian iman ikhwan itu dan sekali lagi sahabat-sahabat
“siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?nabi SAW bertanya pada sahabat.
“malaikat”jawab mereka
Bagaimana malaikat tidak beriman pada Allah sedangkan mereka hampir dengan Allah? Jawab baginda
“para nabi” jawapan mereka lagi
“bagaimana para nabi tidak beriaman pada Allah sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?nabi menolak jawapan mereka.
“kami” jawab sahabat lagi.
“bagaimana engkau tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?” jawab nabi saw
“mereka yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku.mereka membaca Alquran dan beriman dengan semua isinya”
Nabi SAW pernah menegaskan lagi kemurnian ikhwan ini dalam sabdanya. “berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku.dan berbahagialah tujuh kali orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku.”
Demikianlah nabi mencintai ikhwan itu..
Dan itulah cita-cita kite nak jadi ikhwan yang dimaksudkan oleh nabi SAW..INSYAALLAH
No comments:
Post a Comment