Apakah fiqh aulawiyat ni?
Usrah yg lepas2 ada mmbincangkan tntg tajuk ni..tapi tak brape mndalam sgt..cume yg asas .. sye share skit ye..tntg fiqh aulawiyat ni
Fiqh bmaksud kefahaman..dn pengetahuan tentang hukum syarak dan cara pengambilan hukum daripada nas-nas
ilmu fiqh ni amat pnting untuk kite faham secara mendalam supaya selari dengan kehendak syariat
Aulawiyat mksudnye keutamaan/priority/first thing first
Persoalannya kita laksanakan fiqh tapi ada antara kita kurang bijak dalam aplikasinya..yang mane lebih aula untuk dilaksanakan…
Untuk lebih terperinci dicadangkan membaca kitab fiqh al-aulawiyyat karangan dr yusuf al qaradawi
Kepentingan mengetahui fiqh aulawiyat ni supaya kita tahu meletakkan sesuatu adil dari peringkat hukum dan nilainya..cth apabila kita berhadapan dengan dua perkara yang mempunyai kebaikan dan keliru mana yang perlu diutamakan..lihat pada hukum ,pahala dan pelaksanaannya..
Cth mudah..solat sunat dan fardu.. mstila solat fardhu lbih penting apabila lihat pada hukum
Solat jemaah dari solat bersendirian..mstila solat jemaah sebab nilai pahala lebih tinggi
Cth lain yg rumit skitt..imam syafie pernah berkata “belajar ilmu lebih baik daripada solat sunat seribu rakaat
Kenyataan ini nampak janggal tetapi kita kena faham statusnya.. kerana solat sunat adalah perkara sunat manakala mempelajari ilmu adalah wajib..
-menolong saudara islam dibosnia hendaklah didahului daripada mengerjakan fardhu haji ketika peperangan berlangsung
-Memberi nafkah tanggungan keluarga lebih baik daripada bersedekah
-Membayar hutang lebih baik daripada bersedekah
-Belajar ilmu fardhu ain lebih baik daripada belajar ilmu fardu kifayah
suatu kisah yg telah diceritakan oleh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya tarbiyah al aulad..ada menyebutkan abdullah ibn mubarak ingin menunaikan haji bersama sahabatnya tetapi terserempak dengan wanita dan saudaranya yang sangat miskin.lalu beliau memberikan perbelanjaan haji pada wanita itu dan beliau tidak pergi mengerjakan haji pada tahun itu.
Disini terlihat kebijaksanaan ..untuk mendahulukan perkara yg lebih darurat..dan lebih memerlukan.kita juga harus sedar jika ada kaum kerabat atau saudara mara terdekat yang memerlukan..adalah lebih baik jika kita menolong mereka terlebih dahulu daripada kita menderma untuk orang lain..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Ilmu fiqh aulawiyat ni sangat menarik untuk dibincangkan kerana ia juga berkait rapat dalam kehidupan seharian kita.jadi sye bawa kuar topik ni lbih kpd apa prioriti atau keutamaan kita sbg umat islam yg hanya ditakdirkan allah utk hidup sementara didunia ini ~mari kita fikir ~
Kadang-kadang kita telalu sibuk memikirkan perkara-perkara sampingan sehingga mengabaikan perkara asas..kita terlalu mementingkan perkara cabang sehingga melupakan perkara pokok..
Cth kita tertlalu sibuk berhabis jutaan ringgit mendidik anak-anak bangsa dengan ilmu-ilmu dunia..tetapi pendidikan ilmu –ilmu agama diremehkan. Para cendekiawan sibuk memikirkan mengapa anak bangsa kita tidak maju kehadapan.rupanya..ketandusan ilmu..tetapi tidak pula risau ..mengapa anak bangsa kita ketandusan akhlak dan agama...mungkin kita boleh berjaya mengejar kemajuan dunia tetapi kita gagal membentuk insan yang soleh dan berakhlak mulia..
Seharusnya individu yang berjaya itu perlulah dinilai soal dunia dan akhiratnya..tetapi kini..kita seolah-olah mengira kejayaan individu itu pada nilai-nilai keduniaan semata. ibubapa yang mencari calon suami buat anak masing-masing sibuk bertanya....gaji berapa..kerja ape..bape phd nye..kete bape bijik..kaye ke tidak..tapi tidak pula ditanya..bole mengaji ke ..solatnya dijaga atau tidak..macamane akhlaknya.jangan pula bertanya..mana yang patut didahulukan..saya nak hanta anak umur 5 tahun.. kelas fardhu ain atau kelas taekwando?.tak payahla kita buat2 konfius..mestila kelas fardhu ain yg patut diutamakan dahulu..
Seharusnya kita sebagai umat islam ni semak balik tujuan kita hidup kat dunia..malah kaji semula apa sebab Allah ciptakan kita didunia ni..untuk ape ye?kire bijak atau berjayakah kita jika tujuan dan matlamat kita adalah syurga tetapi halatuju bersifat dunia semata....nampaknya..matlamat dan halatuju kita bercanggah…analoginya..apabila kita berasa lapar sudah tentu kita sepatut nya makan..tetapi kita pergi tidur..adakah kita menyelesaikan matlamat kita ??
as a conclusion..kita mesti la bijak dalam membuat pertimbangan dengan mengutamakan yg utama dan mementingkan yang penting.. tak kire dlm ape jua perkara sekalipun..ok..SELAMAT BERAMAL ^_^
No comments:
Post a Comment