::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Friday, July 3, 2009

U:J:I:A:N dan I:M:A: N



“Ya allah..!! ujian datang lagi.. …”

Aku..gelisah… “mana iman ???iman di mana kau??”

Iman menyahut.. “aku disini..”

“Kau masih ada?”

“Ada..buat jiwa yang sentiasa mencariku..”

“Tapi..kenapa kau semakin menjauh..?”

“Tidak..aku sentiasa disini..”

“Aku tidak merasa kehadiranmu....”

“Masakan kau merasa kehadiranku apabila kau membenci ujian..malah kau tidak mahu menerimanya apabila ia datang..”

“mana mungkin aku akan bahagia menerima kunjungan ujian??!! malah jauh sekali untuk aku menjemputnya.. untuk apa??!!Tidak kah kau tahu ujian itu selalunya menyakitiku..!!”

“tidakkah pula kau sedar pada ujian itu akan hadirnya kekuatan iman?? jika kau benci ujian..mana mungkin kau dapat merasa nikmat iman..”

“..aku takut..aku tak mampu..aku tak mahu..knapa ada ujian....??”

“Aku benci ujian..aku hanya mahukan iman..tapi kenapa iman , kau selalu bersama ujian??”

“Kerana aku akan hadir pada jiwa yg diuji..dan jiwa yg diuji itu seharusnya menerima ujian ..maka disitu wujudnya iman..malah..betapa besarnya ujian yg tiba..akan mencerminkan iman yg benar-benar mantap..bila disertai dengan kesabaran..”

Dialog ini adalah analogi buat saye yg sentiasa berfikir inginkan kemanisan iman..mana mungkin iman itu dirasakan jika tidak hadir padanya ujian..ujian itu lah sebenarnya menguji sejauh mana keimanan kita..mana mungkin kita mengaku beriman sedangkan kita tidak diuji..

'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('Iam full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )

Alhamdulillah jalan kita tak pernah sunyi dari ujian..pastinya ia utk menguji keimanan kita... kadangkala tewas mentarbiah diri utk kuat menerima ujian..puas berfikir..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..tapi hati masih tak dapat mencerna baik apa yang ditafsir oleh fikiran..puas kita pujuk hati..selarilah dengan fikiran..tapi..gagal..akhirnya air mata tetap mengalir..walau minda kita sedar..ini hanya ujian semata-mata dari allah..

UJIAN DAN IMAN INI BEGITU BERKAIT..ADA UMAT ISLAM YANG BILA DATANGNYA UJIAN..IMANNYA MAKIN BERKURANG..KERANA ASYIK MENGELUH MALAH TIDAK REDHA DENGAN UJIAN YANG TIBA..ADA JUGA YANG BILA DATANGNYA UJIAN..IMANNYA MAKIN BERTAMBAH ..MAKA

BERSABARLAH KITA DENGAN UJIAN YANG TIBA..

JIKA KITA SEDIH..MENGADULAH DALAM SUJUD DAN DOA..

APABILA KITA JATUH ..BERUSAHALAH BANGUN SEMULA..

BILA KITA TERLEKA.. SEDARLAH KITA DENGAN AMARAN PENCIPTA..

BILA KITA MERASA DUNIA ITU NERAKA..INGATLAH BAHAWA SYURGA ITU INDAH.. ^_^


~in the middle of difficulty lies oppurtunity~=)

Monday, June 22, 2009

fIQH aulaWIyyat / FIrsT thINg firST/ prIOriTI


Apakah fiqh aulawiyat ni?

Usrah yg lepas2 ada mmbincangkan tntg tajuk ni..tapi tak brape mndalam sgt..cume yg asas .. sye share skit ye..tntg fiqh aulawiyat ni

Fiqh bmaksud kefahaman..dn pengetahuan tentang hukum syarak dan cara pengambilan hukum daripada nas-nas

ilmu fiqh ni amat pnting untuk kite faham secara mendalam supaya selari dengan kehendak syariat

Aulawiyat mksudnye keutamaan/priority/first thing first

Persoalannya kita laksanakan fiqh tapi ada antara kita kurang bijak dalam aplikasinya..yang mane lebih aula untuk dilaksanakan…

Untuk lebih terperinci dicadangkan membaca kitab fiqh al-aulawiyyat karangan dr yusuf al qaradawi

Kepentingan mengetahui fiqh aulawiyat ni supaya kita tahu meletakkan sesuatu adil dari peringkat hukum dan nilainya..cth apabila kita berhadapan dengan dua perkara yang mempunyai kebaikan dan keliru mana yang perlu diutamakan..lihat pada hukum ,pahala dan pelaksanaannya..

Cth mudah..solat sunat dan fardu.. mstila solat fardhu lbih penting apabila lihat pada hukum

Solat jemaah dari solat bersendirian..mstila solat jemaah sebab nilai pahala lebih tinggi

Cth lain yg rumit skitt..imam syafie pernah berkata “belajar ilmu lebih baik daripada solat sunat seribu rakaat

Kenyataan ini nampak janggal tetapi kita kena faham statusnya.. kerana solat sunat adalah perkara sunat manakala mempelajari ilmu adalah wajib..

-menolong saudara islam dibosnia hendaklah didahului daripada mengerjakan fardhu haji ketika peperangan berlangsung

-Memberi nafkah tanggungan keluarga lebih baik daripada bersedekah

-Membayar hutang lebih baik daripada bersedekah

-Belajar ilmu fardhu ain lebih baik daripada belajar ilmu fardu kifayah

suatu kisah yg telah diceritakan oleh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya tarbiyah al aulad..ada menyebutkan abdullah ibn mubarak ingin menunaikan haji bersama sahabatnya tetapi terserempak dengan wanita dan saudaranya yang sangat miskin.lalu beliau memberikan perbelanjaan haji pada wanita itu dan beliau tidak pergi mengerjakan haji pada tahun itu.

Disini terlihat kebijaksanaan ..untuk mendahulukan perkara yg lebih darurat..dan lebih memerlukan.kita juga harus sedar jika ada kaum kerabat atau saudara mara terdekat yang memerlukan..adalah lebih baik jika kita menolong mereka terlebih dahulu daripada kita menderma untuk orang lain..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ilmu fiqh aulawiyat ni sangat menarik untuk dibincangkan kerana ia juga berkait rapat dalam kehidupan seharian kita.jadi sye bawa kuar topik ni lbih kpd apa prioriti atau keutamaan kita sbg umat islam yg hanya ditakdirkan allah utk hidup sementara didunia ini ~mari kita fikir ~

Kadang-kadang kita telalu sibuk memikirkan perkara-perkara sampingan sehingga mengabaikan perkara asas..kita terlalu mementingkan perkara cabang sehingga melupakan perkara pokok..

Cth kita tertlalu sibuk berhabis jutaan ringgit mendidik anak-anak bangsa dengan ilmu-ilmu dunia..tetapi pendidikan ilmu –ilmu agama diremehkan. Para cendekiawan sibuk memikirkan mengapa anak bangsa kita tidak maju kehadapan.rupanya..ketandusan ilmu..tetapi tidak pula risau ..mengapa anak bangsa kita ketandusan akhlak dan agama...mungkin kita boleh berjaya mengejar kemajuan dunia tetapi kita gagal membentuk insan yang soleh dan berakhlak mulia..

Seharusnya individu yang berjaya itu perlulah dinilai soal dunia dan akhiratnya..tetapi kini..kita seolah-olah mengira kejayaan individu itu pada nilai-nilai keduniaan semata. ibubapa yang mencari calon suami buat anak masing-masing sibuk bertanya....gaji berapa..kerja ape..bape phd nye..kete bape bijik..kaye ke tidak..tapi tidak pula ditanya..bole mengaji ke ..solatnya dijaga atau tidak..macamane akhlaknya.jangan pula bertanya..mana yang patut didahulukan..saya nak hanta anak umur 5 tahun.. kelas fardhu ain atau kelas taekwando?.tak payahla kita buat2 konfius..mestila kelas fardhu ain yg patut diutamakan dahulu..

Seharusnya kita sebagai umat islam ni semak balik tujuan kita hidup kat dunia..malah kaji semula apa sebab Allah ciptakan kita didunia ni..untuk ape ye?kire bijak atau berjayakah kita jika tujuan dan matlamat kita adalah syurga tetapi halatuju bersifat dunia semata....nampaknya..matlamat dan halatuju kita bercanggah…analoginya..apabila kita berasa lapar sudah tentu kita sepatut nya makan..tetapi kita pergi tidur..adakah kita menyelesaikan matlamat kita ??

as a conclusion..kita mesti la bijak dalam membuat pertimbangan dengan mengutamakan yg utama dan mementingkan yang penting.. tak kire dlm ape jua perkara sekalipun..ok..SELAMAT BERAMAL ^_^



Saturday, June 20, 2009

UmAt baru Telah laHIR

Bismillahirrahmanirrahim..sibuk sungguh beberapa minggu ni..walaupun dlm mode cuti ....alhamdulillah syukur ..anas telah selamat dilahirkan..btambah sowg lagi anak sedare..itu tak pntg..yg dihighlightkan..bertambah seorang lagi umat nabi Muhammad saw..semoga membesar dengan limpahan rahmat dan kurniaNya..menjadi insan yg berperibadi unggul ..umat yg berkualiti ..bukan hanya menambah kuantiti umat islam yg semakin ramai tetapi rapuh..goyah.. tandus akhlak serta iman..

Um..berperang mulut juge bila nak namakan si kecil nie..nama empat hurup je..ANAS..berkeras abangah nak name tuh..

Ramai yg bertanya..aik..nama abangnye panjang bukan main.. muhd amin asy' syarawi..nama adik anas je..

Takpelah. nama yg baik..suatu nama yang unggul ketika zaman rasulullah saw…anas ibn malik..seorang perawi hadis yg hebat..tinggi nilai iman dan taqwa…itulah harapan abahnye…semoga anak ni suatu hari nanti..peribadinya macam anas ibn malik..

Dalam kecoh-kecoh nak bagi name..muhd amin bru umo 3 thn ni tetibe ulang-ulang lagu bahasa arab yg dipelajarinya..a..ananasun.... ertinye nenas..semua orang gelak.. ibu die pon tegurla“nama adik amin anas lah..bukan nenas..”

Mase mule2 dpt adik..gaye jeles je si muhd amin ni..ibu asyik ngn adik bru..tapi bile da bpe2 hari pstu..dye yang tukang pujuk bila anas menangis..tersenyum bile melihat budak-budak kecik ni..suci dpd dosa..putih bersih je..terbayang sume dosa yang dlakukan ..tak terhitung banyaknya..

semoga kalian membesar menjadi muslimin yg soleh..aminn..


Sunday, May 24, 2009

JaDIKAn IA teMAN setIA




Bismillahirahmanirrahim..mndgr ceramah bbrp hari lepasdlm tv..tajuk ape tak pasti..sbb pasang telinge je sambil basuh pinggan.. tntg al quran.. penceramah mengatakan ade antara kita yg jadikan alquran hnye perhiasan ..sbg pendinding uma..xbace pon n simpan aje..AstaghfirullahalLazim..ampunkan dosa-dosa kami..smoga kita terhindar dari mjd sebahagian org yg dimaksudkan oleh penceramah..
Tp realitinya mmg perkara ni terjadi..


Nape ade antara kita bile tak baca quran slamber je..tak bace 3 hari ..rilek lagi..bpe minggu nauzubillah..ade masih tak rase pape..rase biasa je..


~boleh makan dgn rileks walau tak bace quran 3 hari


~boleh wat keje lain...bace quran tade mase..ape yg sibuk sgt pada dunia?bila Allah tarik nikmat..ummm..satu keje pon takle wat..


~boleh bace komik,majalah..novel yg tebal2 ..buku anatomi yg tebal pon boleh habis..Alquran xble nk bace walau sepotong ayat


~buka tenet stiap hari on9..mcm suatu kemestian..tp Alquran..tak bace sminggu pon tak kisah


~jadikan surat khabar bacaan wajib stiap hari..klu takde..rse mcm tak senang duduk..tapi bila tak bace quran..mcm takde ape2 terjadi


Alquran ni risalah dari Allah..petujuk dan khabar gembira buat mereka yang beriman..itu sumber rujukan kita yg paling penting..kitab Allah yg lengkap ,syumul dan Rasulullah SAW sndrik menyebut bepeganglah pada Alquran dan Sunnah nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya..tapi apa jadi pada umat kini? Nampak sgt kita tak bace Alquran..kite baca tapi tak amalkan..


Saya mmbuat andaian ade sesetgh org tak minat baca al quran krn mslh tak paham tafsir..Alhamdulillah bg sstengah kite yg blaja bahasa arab..prnah bbrp kali mnunaikan solat di UIA..ade foreigner arab seblah sye ni sampai menangis mndgr ayat2 bacaan imam..sdgkan sye tak bleh tangkap maksud ayat yg dibaca..hnye sesetgh..yg bleh paham..wlupon pnah laja arab..


rse cam trkilan skit..sbb xphm..tapi takpe..itu bukan alasan untuk kita tidak membacanya..marilah kita sama2 berusaha..mencintai al quran..dan beramal dengannya..^_^




ni beberapa cadangan dri saye supaye kita thabat dan istiqamah dlm mbace al quran


a)DISPLIN DIRI..plg penting skali..


b)stiap hari msti bukak al-quran..sibuk mcmane pon..bace walau tiga ayat


c)baca tafsir..MESTI....translatekan satu2 ayat...mgkin sukar skit bg yg tak blaja arab..sbb ade ayat da tuka jd feel mudarik, amar..bile bace skli mcm tak pnah tau meaning ayat tu..bile pusing2 pada kata dasar n buang tambahan pd ayat… tgk maksud… “lah..ayat ni upenye..”


d)Antara solat maghrib n isyak..jgn gerak mane2..stay dlm masjid ke..kat uma ke..amik quran..BACA


e)amalkan bawa tafsir quran dimana-mana ..sbb mse2 fre bleh bace..


f)klo bleh..wat summary stiap hari pada tafsir yg dibaca..tlis dlm buku o diary..lbih seronok sbb cm ade guideline..nanti nk rujuk balik senang..rse cam bace buku cerite..bile da bjaye summary kan..cth..summary surah al-baqarah..ade hukum ape..(hukum hrm makan bngkai,hukum puasa, lrgn riba n mcm2)..pd ayat ke bape..ape kisah2 yg ade(dlm surah baqarah..cth pasal sapi betina yg diperintah allah utk disembelih oleh yahudi..kisah org yahudi.btape truknye prangai dorg,kitab taurat, kisah nabi adam,nabi Ibrahim ..


Ps: jgn trlalu mndlm..jus summary asas yg btul2 ade dlm quran..sbb dibimbangi kita tersilap mnilai n.. xle suke ati ikut kefahaman sndrik..cth cam sbb nuzul ayat..kisah disebalik nape ayt dturunkan..ade yg tak bape dijelaskan dlm quran..perlu berguru..n ikut kelas tafsir.


Okeh..SLAMAT MEMBACA ALQURAN dan SLAMAT BERAMAL..jadikan ALQURAN kawan baik kite =)

Wednesday, May 20, 2009

CiNtA tAk bERSyaRaT


Bismillahirrahmanirrahim..lamenye tak update blog..cuti ni byk bnde nk wat..dgn laptop blank stat exm rituh..alhamdulillah..cuti ni bru de mase nk g acer centre ....ade hikmahnye laptop rosak tyme exam...takde la terbuang mase ngadap laptop..

bberape hari lepas..Kawan saye cite..kecik ati la ngan mak ayah ....Hurm..bile dgr cite kawan saye ni..tak reti nak komen camne..


Kdg2 mngkin kite rase tak puas hati ngan mak ayah..lbih2 ag perbezaan umo yg jauh..pastilah pndpt pon sumtime different..sbb perspektif berfikir masing2 berbeza..

Macam adikku ngan mama…xsependapat..suka berdebat..hehe..kalau masuk prtndngan debat ni..konpem menang due-due..kdg2 gelak je tgk dorg.. kite yg jd pnonton tak tau nak sokong yg mane.. si ibu naluri suka menasihat ..anak pulak.. pantng kne tegur..menjawab aje..ayat si ibu pedas ..maka..si anak pon panas telinge.. “name ..elok2 Musthaqim.. yg lurus..tp orgnye mnuju jalan yg bengkok..!!” rse nk tepuk tgn menyokong..huh..mantap2!!

kdg2 pulak.. ckp kim ada betulnye..tapi..hnye nilah modal yg sye boleh kate pade adik saye nih.. “ko ni....cube mengalah..mama ckp tu dgr ajela..ni takde..menjawab je kjenye..kirenye mak kite la jugak yg menang..

lgpon mak ayah ni da susah payah besarkan kite..macam2 dowg buat utk kite..kite blum tentu sanngup berkorban mcm tu utk mak ayah kite bile mrk da tua nnt..fikirkan same2..


Mcm saye sndrik..tak abes2 susa kan mak ayah..penah satu ari tu..sakit perut sgt2..rse pedih..mmg tige jam tahan..kwn kite pon msti la tak reti nak wat ape..sbb da tak tahan sesangat..call jugak mak saye..ayah yg bru blk keje penat2 tpakse gak dtg ngn mak..last2 ble da msk dlm kete elok la pulak..tapi dorg soh gak cek kat spital..rse bengang jgak mule2..tadi sakit bukan main lagi..bile mak ayah smpai..elok pulak..

Bile fikir2 balik..ade hikmahnye..dapat jumpa mak ayah yg dirindui..sbb mmg agak lame tak balik sbb ade je hal pdhal umah takde la jauh pon..siap malam tu..borak la dgn kwn..rindunye nak jmpe mak ayah..tp segan nak mntak dorg datang..esok2 dpt gak jmpe..berkat sakit perut..rupenye sakit perut tu sbb rindu la kot..hehe..


Itula anak2 bile susah msti crik mak ayah..mse kat asrama dlu kawan saye ni sakit..die pon cakap.."eish tak sampai hati nak bagitau mak ayah..nanti susahkan dorg.."pastu ade akak ni cakap.. “ape pulak susahkan mak ayah..sememangnye kite ni dari kecik da susahkan mak ayah..smpai kita besar..klo kite sedar la..”

Mse tu saye sedar..btul sgt kate akak tu..mmg anak2 ni dri kcik susakan mak ayah..stat dr kandungan lagi..nak lahirkan susah..sakit pulak..kecik2 mcm2 kerenah..msk skola..keje..smpai kawin pon..klo susa msti carik mak ayh..sbb kite tau mak ayah je yg sanggup susa payah utk kite..


Cth mcm semalam..laagi best.. .. along call abah..mintak tlg teponkan receptionist hotel..kesnya along kuar bilik..sbb ingtkan ade org ketuk bilik dye..upenye blik seblah..tetibe pintu bilik terkunci..kunci tggl kat dlm..menggelabah la along sbb anak2 dye ade kt dalam..nak turun kat kaunter segan sgt2..sbb pakai sua pendek je..kak mas pulak tgh seminar..abah soh gak along turun kaunter..msti la dye taknak..last2 abah jgk kne call hotel tu..

kak mas ade seminar sminggu ...kerjye sbg doctor mmg byk bkorban mase ..suami pon kne la same2 bkorban ..bru la jd suami mithali..merungut la jugak along...cuti sminggu.. dtg dpd Kelantan ke kl..tp jage anak je..anak 2 org pulak mcam2 perangai..

Mama pon kate kat along.. “ko ni bru sehari jage anak..da kecoh sedunie..”along pon gelak jerla.. “tu la korg ingat senang ke jage anak..tgk btape pnting nye ibu ni..nak harap suami jage anak.”.

umm tadah telinge je la..mama pon ulang2 cite mlm tadi.. kata mama“nasib along tak trun bwh pakai suar pendek je..klo tak trkejut org..ha??..ustaz pkai suar pndek ..emm.. elok klo ade org tangkap gmbar ni.....”ktowg tukang gelak .along tersengih je..

Mcm tu la mak ayah susa jage anak..Sbb tula kalau kite2 ni ade rase kecik ati ngan mak ayah..besar ati ke atau saiz hati kita tak berubah pon ...cpt2 buang perasaan tu..cube rewind2 balik jasa2 dowg kat kite..konpem rase itu hilang..



So..tajuk sye nih..cinta ibu ayah..cinta yg tak bersyarat ..cinta pd mereka juga bawa kita ke syurga..so berusahalah carik cinta ni lepas cinta allah dan rasul..sbb cinta dr mereka tidak pernah meminta malah sentiasa memberi..cinta pada mereka konpem tak rugi..so..cintalah pada mereka yang sentiasa mencintai kita..hati mereka sentiasa ada ruang buat kita..tapi kita??jangan sampai terlewat untuk mencintai mereka.. ^_^