Bismilahirahmanirahim
Seminggu pelajar2 baru diorientasi..moga2 orientasi yang berjalan mematangkan dan membuka paradigm baru kepada pelajar2 yang bergelar mahasiswa. Mahasiswa ni ada visi ada misi besar..bukan sekadar pelajar yang hanya belajar di universiti tiga empat tahun demi memegang segulung ijazah semata tetapi membawa harapandan agenda besar buat ibubapa, masyarakat, agama dan Negara.
Musim pelajar baru orientasi, kedengaran juga khabar2 yang kurang enak bila dengar semacam ada ‘doktrinisasi’ kepada mereka. Seolah2 olah ada persepsi buruk yang dilabelkan pada persatuan islam yang bergerak di ukm. Hati mana yang tak terasa bila kita turut bersama2 dengan persatuan itu,di pihak kami sangat jelas niat utama hanyalah untuk misi dakwah..
Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka yang demikian itu adalah orang yang berjaya. (ali-Imran: 104)
Agak sedih mengenangkan keadaan semasa di kampus, bila ada golongan2 yang susah payah berjuang menegakkan islam ..ada golongan lain pula seolah-olah mempersendakan, menyekat dan menentang usaha2 dakwah, bukan golongan kafir tetapi umat islam seakidah…sudah lupakah ‘mereka2’ bahawa terpikul di pundak kita amanah dari ALLAH dan kita telah berjanji untuk memikul beban dakwah ini..
Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah iaitu tugas2 keagamaan kpd langit,bumi dan gunung2,maka semuanya enggan utk memikulnya dan khuatir akan mengkhianatinya,dan dipikullah amanah itu oleh manusia.sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.(surah Al-Ahzab:72)
Namun, tak mahu rasa pelik atau rasa gundah. Sesungguhnya dari zaman rasulullah lagi telah wujud golongan2 munafiq yangsentiasa menentang perjuangan islam. Nabi Muhammad SAW sendiri telah melalui dan merasai kepahitan tuduhan dan tohmahan yang di lemparkan oleh golongan tersebut. Mereka cuba menghitamkan sirah Rasulullah SAW dan cuba menjatuhkan martabat Baginda sekaligus menjauhkan manusia dari dakwah dan jihad yang dibawanya. Mereka telah menyakiti Baginda sepertimana orang kafir Quraish menyakiti Baginda dengan mengeluarkan Baginda dari kampung halamannya sehingga Baginda terpaksa meninggalkan semua harta benda dan rumah tangganya.
Tradisi perjuangan Rasulullah bila kita susuri kelihatan serupa dengan perjuangan menegakkan islam hari ini..Ada umat islam yang mengaku Islam namun cukup menentang usaha2 dakwah, usaha2 menegakkan biah solehah. golongan ini sangat tidak suka program2 islamik, program2 berbentuk dakwah sangat sukar untuk diluluskan. Namun program2 berunsur hiburan yang melalaikan, maksiat. Cepat saja mendapat kelulusan, mudah saja mendapat dana yang besar. Bila difikir2 kan Islam ini sangat sukar disebarkan oleh kerana adanya golongan2 munafiq seperti Abdullah bin ubai dll.
Menginsafi realiti masyarakat hari ni, semoga kita semua termasuk dalam golongan yang menjadi penerus mata2 rantai perjuangan dakwah rasulullah dan terus berusaha mengIZZAH kan ISLAM. Buat mahasiswa2 baru , ahlan wasahlan..diucapkan. Semoga kalian sedia menyambut seruan dakwah di bumi UKM.. Semoga ISLAM terletak di tempat yang paling tinggi…dimana bumi ku pijak, disitu ISLAM kujunjung..Ya allah ampunkanlah kami..kau bantulah usaha kami menegakkan agamaMU..AMIN
~tak lupa juga pada adikku Musthaqim yg kini sedang berorientasi kat UNIMAP..nak tanak pegi jugak.hurmm. takda kemudahan la..pedalaman lar..haii..macam2 komen budak bandar tu..huh!~