Bismillahirahmanirahim, Kali ni
nak berkongsi sedikit tentang kanak-kanak.Kenapa pilih tajuk kanak-kanak ye? mungkin sebab terasa nak
further psikologi kanak-kanak..banyaknya pilihan, kejap nak jadi kaunselor
rumahtangga, kejap nak wat konsultan, kejap nak jadi ahli psikologi klinikal ..pening-pening
Sebagai ahli psikologi , saya suka
wat eksperimen apa yang dipelajari dalam psikologi pada kanak-kanak kerana
mereka ni jujur dan kita sangat mudah melihat ekspresi dan respons mereka yang
ketara berbanding orang dewasa yang sangat sukar dibaca..memang rumit! Best belajar
tentang kanak-kanak. adakalanya tak faham, tapi bila belajar dalam psikologi perkembangan, jenis tangisan bayi pun dipelajari,
ada tangisan panjang, putus-putus, buat-buat ke, lapar atau sakit.
Kalau saya sedih atau rasa susah hati,
saya suka cari masjid ,tempat yang lapang dan satu lagi feveret adalah cari
kanak-kanak dan perhatikan mereka. Kalau
tak percaya, cuba try, rasa bahagia sangat kan?? kita akan gelak tak
henti tengok gaya mereka. Tempat kegemaran saya masjid uia..sebab ramai
sangat kanak-kanak..macam-macam gaya dan budaya ada ..meriah!
Tapi kanak-kanak zaman sekarang perkembangan
otak mereka agak cepat berbanding anak-anak kecil zaman dahulu. anak classmate baru
darjah 6. Dia dah pandai berbasa-basi n menjaga hati orang. Saya menjerit takut dengan lipas masa naik kereta ibunya..lepas tu adik tu terus cakap
“coooomel la kak hazirah ni”sambil cubit pipi saya geram..padahal dia nak cakap
“akak ni teruk betul lipas pun nak takut” tapi dia pandai cover ayat walaupun
terlihat ketara oleh kami. kami semua tergelak..pandai nya dia cover ayat..mak
dia pun mengakui..hurm,bijak-bijak!
~zaman kecik2:saya dan kak lang kat mekah~
Tarbiyah aulad
Sebab tu ibu bapa masa kini tak
boleh ambil remeh dalam mendidik anak-anak. perlu tuntut
ilmu sebab kanak-kanak masa kini lebih bijak berfikir bukan macam anak zaman
dahulu lebih suka ikut sahaja.. kena hormati dan bijak meraikan pandangan
anak-anak dan biar mereka explore sesuatu perkara tetapi dalam
pantauan kita supaya dia jadi orang yang kreatif dan berinisiatif besar nanti.
Boleh baca banyak buku-buku
psikologi ibu bapa dan anak-anak, dalam buku tarbiyatul aulad fil islam karangan
Abdullah Nasih Ulwan, beliau banyak menceritakan bagaimana kita nak mendidik
anak-anak cara islam.
Saya da try banyak kali pada
anak-anak sedara saya. Kenapa kita cakap dengan seorang budak sekali je dia dah
dengar berbanding orang lain yang guna leteran/marah2 /pukul dia pasti akan
berdegil, menjerit dan mengamuk..sebab kanak-kanak tu dah tahap boleh berfikir..kenapa tak petik
suis rasional dia..
Ada banyak perkara yang ibu bapa
perlu tahu tapi disini cuba tekankan satu perkara sahaja yang cukup penting Iaitu
konsisten! Ia sangat dititikberatkan
oleh pakar psikologi terhadap ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
kat bangladesh-lawat along
Konsisten
Konsisten ini sangat penting
dalam modifikasi tingkahlaku. nak buat peneguhan, dendaan, pelenyapan habit dan
apa jua tingkahlaku baik yang kita nak wujudkan dalam diri manusia semua boleh
guna teknik-teknik psikologi yang ada, tapi jika tak KONSISTEN (ISTIQAMAH)
semua teknik pun takkan berjaya. Dalam didik anak-anak, displin yang konsisten
memberikan mereka rasa perasaan selamat dan stabil. inkonsistensi pula akan membuatkan
anak-anak keliru dan dunia mereka jadi unpredictable.
Cth tak konsisten yang sering
dilakukan ibu bapa. :
1) cakap lain, buat lain- cth: kita cakap
pada anak“kalau tak makan sayur tak boleh main basikal”.tapi bila kita rasa
kesian, kita bagi jugak. patut kena tegas dan konsisten
2) buat kenyataan yang kita tak maksudkan-
cth: “kalau tak diam, abah berenti kereta, pi jalan kaki balik rumah!”-apa yang
kita cakap biar kita benar-benar maksudkan, kalau tak anak tu buat main-main je
nanti.
3) penyataan
yang berlebih-lebihan- cth: tak kemas mainan, tak boleh tengok tv sampai bila-bila (err..logic ke cakap gitu)
4) ubah ‘tidak’
kepada ‘ya”- ni terutamanya nak diamkan anak-anak yang menjerit-jerit kat
kedai. Kalau kita tak mahu belikan mainan tu pada dia..kena tegas, jangan lepas
tu bli pulak
5) tak cek samada anak tu dah buat apa yang disuruh-
cth: kita suruh dia kemas katil, terus gi cek, dan lagi baik terus bagi
peneguhan pada dia, cth cium atau peluk dia..jangan tangguh-tangguh..ni akan buat
anak sentiasa ambil serius dengan arahan
kita dan rasa dihargai
6) incongruen/peraturan bercanggah- abah
kasi makan askrim, ummi pula tak bagi..mana satu ni? patut pasangan kena
sama-sama setuju pada satu-satu peraturan dan hormati, jangan remehkan
peraturan yang ditetapkan pasangan anda kepada anak.
7) tak maknakan sesuatu yang dikatakan - anak-anak ni menunggu je bila mak abah dia akan maknakan apa yang
mereka kata. Cth :anak dia mencarut, “eippp, abah rotan kang”..tapi tak
buat-buat pun.esok dia buat lagi..abah dia cakap yang sama tapi tak buat pun..
8) respon berbeza pada tingkahlaku yang sama-
cth; adik sepahkan bilik, mak tak marah, kakak sepahkan bilik kena marah (ikut
mood mak ketika itu, kalau rasa nak marah baru marah.patut kena konsisten.siapa
pun sepahkan bilik kena marah)
pernah tgk
kejadian ni berlaku..abah dia tertumpahkan air kopi mak dia buat donno je, anak
dia tertumpahkan air kena tempeleng..eii geram rase tgk mak ayah camtu. Kesian budak
tu, konpius dia..padahal benda yang sama..dua-duanya tak sengaja..patut layan
anak tu cara yang sama..kalau nak nasihat anak, nasihat abah dia jugak..baru
konsisten.
>>masa belajar dalam
kuliah, dah berangan camna nak didik anak sendiri..uhuh..memang susah
sebenarnya nak didik anak, tanya mak abah masing-masing. Hebatnya mereka
berjaya besarkan kita! ALLAH2X..
kisah saya sendiri:kecik2 mak abah konsisten pakaikan tudung sejak 2 tahun lagi..sampai darjah satu nak masuk lumba lari..mak dandan rambut..tetiba tanya mak.."lari tak kena pakai tudung ke?"..mak saya senyum "owh, kakak nak pakai tudung ye?" gitula mak abah saya didik konsisten sampai bila nak buka rasa segan walaupun kecik lagi..
kdg2 terpikir, kalau dah ada anak
sendiri nanti, takmau langsung bagi mereka dijaga pada orang lain..sebab proses
pembesaran anak –anak tu penting sangat dipantau, hurm,,kalau gitu, adakah perlu jadi suri rumah spenuh masa? persoalan yang membelenggu diri saya~wallahualam
my brother-musthaqim^_^