::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Tuesday, April 24, 2012

BaHAgiA itU piLIHaN~



Kerap kali manusia merasakan bahawa orang lain lebih bahagia daripadanya. Pepatah inggeris menyebut ‘rumput di seberang sana kelihatan lebih hijau’. Manusia memang tidak pernah puas. Hidup dilihat sebagai suatu pertandingan dan perbandingan. Bukan suatu kesyukuran untuk dikongsikan

Suatu hari, seseorang bertanya..adakah kamu bahagia?

Persoalan datang menerjah, hati mula terusik .Saya terhenyak ke penjuru jiwa, mencari kata menggambarkan rasa. Semakin diselam, semakin dalam. .Bahagia itu apa? 

Manusia menilai bahagia itu dari ‘materi’. Sedangkan bahagia itu subjektif dan relatif sifatnya.

Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang segar mengingati Allah, hidup dilalui dengan penuh kesyukuran, hari–hari mendatang dihiasi dengan harapan yang membunga pada sang pencinta. Bersangka baik. Seringkali ujian datang menerpa, silih berganti, namun semuanya suatu kenikmatan..

Ah, bicara tentang bahagia..sukarnya menggambarkan rasa. Cukuplah dikatakan dalam ketenangan jiwa seorang hamba, datanglah kebahagiaan. Dia patuh pada tuhannya. Musibah melanda, dia tidak pernah merajuk atau mempersoalkan pada tuhannya. Ada kesedihan pada riak wajahnya, ada tangisan terlerai dipipinya namun tidak ada seguris luka pada hatinya..jiwanya pasrah, redha dan menerima. Katanya, semuanya pasti baik-baik sahaja.

Katanya lagi ada natijah dan hikmah tersembunyi disebaliknya, cuma lambat dan cepat saja kita melihatnya kerana pengetahuan yang amat terbatas, ilmu kita yang sedikit. Sukar kita membaca percaturan tuhan..namun yakinlah tiap-tiap yang DIA didatangkan, pasti itu yang terbaik..

Bila DIA membuat pilihan..

Adakalanya kita merasakan pilihan kita itu yang terbaik,.bukan seperti yang DIA caturkan seolah-olahnya kita lebih tahu dari DIA. lantas jiwa meronta-ronta menggugah teguhnya keimanan. Dimana letaknya keyakinan pada sang pencipta?
Kata kita ‘jika bukan yang itu..pasti tidak buat yang lain..’ kita sedang berkira-kira dan bertarik tali dengan DIA. Sedang pelbagai ‘ruang dan ‘peluang’ yang terbuka cuma kita ‘buta’ hati untuk melihat...dengan  menyedari dan menginsafi akan hakikat kehambaan ini membuatkan kita tidak dapat untuk bersedih lama. Atas pengetahuan kita yang terlalu sedikit, dangkal dan amatlah dhaif..tidak wajar kita menangisi akan suatu yang kita tidak tahu!


Wahai orang-orang yang beriman. Yakinlah hari ini pasti ada bahagia dan begitulah hari-hari yang mendatang..pasti..!! Telah datang ribuan hari ..kita menikmati ‘ cinta’ nya. Ujian datang dan pergi namun kita masih ‘bahagia’ kerana maha adil Allah tidak meletakkan bahagia itu pada kekayaan kerana si miskin pasti terasa diabaikan, tidak juga diletakkan pada rupa paras kerana yang kurang pasti merasa dipinggirkan namun diletakkan kebahagiaan itu di HATI..ya, hati yang tenang ~tiada seorang pun didunia ini dinafikan haknya untuk tenang bukan? Jadi semua orang mempunyai peluang untuk bahagia.

…………………

sekali lagi ditanyakan..adakah kamu bahagia?
riak-riak resah mula bertamu..namun biar kutanyakan pada ketenangan jiwaku..kali ini aku menjawab pasti..
"ya, saya bahagia..saya pasti bahagia.. dan senyuman mula menguntum..~insya ALLAH!^_^

~YA ALLAH, indahnya kebahagiaan yang kau hadiahkan~terima kasih~