Bismillahirahmanirahim..beberapa
hari lepas, ada orang tanya saya, dalam psikologi ni, ada tak belajar teknik2
nak pujuk orang atau buat orang ikut cakap kita? saya jawab ada..tapi general
la. takla belajar direct tapi asasnya ada. cuma nak kne interpret dan olah
semula ikut situasi kita. Sebenarnya kita biasa dah gune teknik2 ni cuma kita tak
perasan je dan tak tahu nama-nama teknik dia..tapi, sedar tak sedar kita dah
gne pon hari2..
Hmm..ramai juga yang
tanya macam-macam berkenaan psikologi ni. Banyak faedahnya belajar ilmu psikologi
ni, kita lebih banyak pengetahuan tentang tingkahlaku dan pemikiran manusia. Bila
belajar dalam psikologi social, akan ada salah satu tajuk compliance ni..iaitu PATUH.
Bahasa mudahnya.. “apabila kita terpaksa tunduk kepada permintaan seseorang
yang mempunyai sedikit atau tiada langsung kuasa atau autoriti terhadap kita”
So kat sini nak cerita
sikit beberapa teknik yang boleh digunakan untuk membuatkan orang turut pada permintaan
kita walaupun kita sebagai yang membuat permintaan tiada autoriti langsung
terhadap orang tersebut...
Tapi, kalau orang yang
manipulatif, dia akan sentiasa guna teknik2 ni untuk capai matlamat dia dan bijak
mengambil ruang & peluang..lebih2 lagi politician/salesman
the foot in the door
effect>> bila seseorang bersetuju/ dah terlibat dengan permintaan kecil seseorang,
dia akan lebih cenderung untuk patuh pada permintaan yang lebih besar orang
tersebut
jiran1:cik
tolong tengokkan kucing saya boleh?
Jiran2:
isy, boleh je..
Jiran
1: em kalau boleh, tolong bagi dia makan skli..boleh?
Jiran
2: em..boleh lah..
·
the door in the face effect>> kecenderungan
seseorang yang telah menolak permintaan yang besar untuk bersetuju dengan
permintaan yang kecil sbb tak sampai hati.
cthnyala,
nak mintak beli baju harga RM 100 mesti mak tak bagi..so kite mintak lagi beli
yang harga RM 50..mesti dia tak sampai ati nak tolak sebab dia dah tolak yang
besar tadi. Klo dia tak bagi, rendahkan lagi harga spy dia stuju.. (taktik
mudahnya, kalau kita nak sesuatu tu, kite try mintak yang tinggi sikit. nnti
msti org tak dpt tolak bila kita rendahkan pulak)
·
low ball teknik>> sebaik sahaja
kita terikat atau komited terhadap sesuatu tindakan, kita tidak akan mengubah
keputusan tindakan kita walaupun terdapat rintangan, ni biasanya time jual
barang, biasanya dia meletakkan harga terendah, namun apabila pembeli dah
bersetuju, dia akan bagitahu harg sebenar..(cth dah nk beli, ade pulak caj
tambahanla, bayar ni lain, bayar tu lain ).
·
teknik that’s not all>> Contohnya meletakkan
harga yang tinggi pada sesuatu barang. Kemudian diletakkan harga diskaun
sebanyak berapa peratus. Pembeli akan merasa berbaloi untuk membeli juga kerana
potongan diskaun
Norm of reciprocity>> teknik ni dimana prinsipnya, orang cenderung akan balas semula. Kepatuhan akan berlaku apabila orang yang meminta telah menunaikan permintaan orang itu sebelumnya.
Norm of reciprocity>> teknik ni dimana prinsipnya, orang cenderung akan balas semula. Kepatuhan akan berlaku apabila orang yang meminta telah menunaikan permintaan orang itu sebelumnya.
Cthla:
kita dah tolong orng tu ..msti bila kita minta tolong dia, dia akn tolong.
>>Ok..banyak lagi
teknik-teknik lain. kebanyakan teknik compliance ni diaplikasikan dalam
marketing. .kalau nak tahu lebih dalam..bolehcari2 kat internet tajuk social
psychology>> further lagi tajuk compliance, conformity to norms dll..
>>da lame tak
menulis. Ada sahabat saya kata, apa yang kita belajar tu, sharela dalam blog
ke..sambil menulis tu, kite boleh revise semula..hm..setuju sangat, rugilah
kalau belajar tapi tak berkongsi ilmu..jd sye berusaha juga menulis spye ilmu
sye tak berkarat walaupun susahnya nak istiqamah..^^