::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Friday, November 28, 2008

solat jemaah 2

ok nk share lagi skit psl solat jemaah ni

satu kisah pasal solat jemaah..

Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri (guru Imam Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud) berkata: “Aku sama sekali tidak pernah meninggalkan jemaah sembahyang Isyak.

Pada suatu malam, aku kedatangan tamu, sehingga tidak dapat menunaikan sembahyang Isyak dengan berjemaah.

Sesudah tamu itu pulang, aku segera pergi ke masjid di Basrah, barangkali ada yang belum mengerjakan sembahyang jemaah Isyak.

Ternyata semua orang melakukannya, sementara masjid telah terkunci. Kemudian aku pulang, hingga kemudian teringat suatu hadis: “Sesungguhnya sembahyang dengan berjemaah itu dua puluh tujuh kali lipat darjatnya jika dibanding dengan sembahyang seorang diri.”

Lalu aku mengerjakan sembahyang Isyak dua puluh tujuh kali, kemudian tidur.

Ketika tidur aku bermimpi melihat sekelompok orang menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.

Ketika hampir terkejar, ada salah seorang di antara mereka berkata: “Kamu tidak mungkin boleh mengejar kami. Sebab kami mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid, sementara kamu mengerjakan sembahyang secara bersendirian (munfarid) di rumah.” Selepas mendengar ucapan itu, lalu aku terjaga dan berasa sangat susah sekali;


Pada zaman Rasulullah, kesemua orang Islam akan datang ke masjid solat berjemaah, kecuali mereka yang benar-benar uzur manakala golongan munafik pula tidak menyertai solat Isyak dan Subuh secara berjemaah kerana merasakan mereka tidak akan dapat dilihat pada dua waktu yang suasana harinya agak gelap itu.


Riwayat dari Abu Hurairah r.a. juga, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat lsyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu kebaikan yang ada padanya, mereka akan menghadirinya sekalipun dengan cara merangkak.



Kebanyakan kite lebih sibuk akan amalan2 sunat yg lain tetapi kite kne ingat

kita takkan dpt jadik org yg btul2 soleh slagi kita tidak mementingkan amalan yg sgt dititikberatkan oleh kekasih allah (Rasulullah saw) iaitu antaranya solat jemaah…

sehinggakan ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar…

Seorang general Yahudi yang tersohor bernama Moshe Dayan juga pernah berkata... "Jangan harap umat Islam akan dapat mengalahkan Yahudi selagi mana bilangan orang Islam yang bersolat Subuh di masjid-masjid sama dengan bilangan mereka yang bersolat Jumaat".

kerek btul kate2 pakcik nih..tp mmg btul pon..mcmane umat islam nk bersatu menentang musuh islam klo pi masjid berjemaah pon bape kerat jer...


Sy bkongsi kat sini bukan skadar menegur or len..tp lebih kpd diri sndirik..alhamdulillah kite2 yg dekat dgn surau..same2 la mengimarahkan surau dan masjid

…jomlah kite same2 ajak kwn2 kite…klo takle gi masjid pon..wat la smayang jemaah kt bilik..2 org sudah memadai utk berjemaah…lgpon…klo terlambat cane pon..insyaallah sempat nye berjemaah..smpai rakaat terakhir still boleh msk agi..plg pntg ..pegi dulu surau or masjid tuh..

….sye sndrik pon tgh cube rajinkan diri mengajak org solat jemaah..kdg2 rse segan n cam berat mulut je nk ajak kwn solat jemaah..tak tau apesal…ni tgh cube kikis sifat malas tuh..INSYAALLAH...!!

No comments: