::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Wednesday, September 30, 2009

RasIONALisME vs IsLAM ??



Alhamdulillah..hari ni hadam rasenye bbrape falsafah pemikiran yang dipelajari...syukran pd lecturer yg bsusah pyah nk pahamkan kitorg..tapi , i'm very sceptical about this lecturer.. risau + conpius.. nape lecturer ni bercakap asyik nak ikut logik akal jer..?? lecturer ni rationalist ke ??

No offense, sbb saye pon seorang rasionalist..sbg pljr aliran sains..sy juge ade smngt empirism dan skeptism...everything mesti ade bukti.. tapi saya tak menolak wahyu..

Rasionalism ni ape??rasionalism adalah satu teori falsafah ataupon satu kaedah penyelidikan yg mengatakan akal adalah sumber utama pengetahuan.pegangan ni menggangap autoriti akal adalah sumber tertinggi utk dptkn kebenaran n sgala ilmu.Rasionalism yg berasaskan ilmu saintifik menolak revelation/mukjizat/wahyu yg dianggap tak logik.

perintis awal aliran rasionalisme ni Heraclitus, yang meyakini akal melebihi pancaindera sebagai sumber ilmu.. zaman pertengahan rasionalisme Yunani berkembang di tangan Socrates, Plato dan Aristotle dan kemuncaknya mase zaman Aristotle. Rasionalisme telah menguasai tamadun Yunani sehingga zaman Hellenistik. Antara aliran moden yang berpaksi kepada rasioanalisme ialah aliran idealism yang dipelopori oleh Spinoza dan Leibniz dan jgk si renee Descartes yg skeptical tak habis2..

Lecturer ni pnah crite.. “sy suka tgk national geographic sbb byk bnde yg kite boleh dapat. u all tgk la sekali sekala. Yg amaizingnye saye tgk about near death phenomena..”

“Ade bbrapa patient yg mengalami near death …pastu hidup semula.. diorg cerita pengalaman mase hampir mati tu nampak benda putih terbang..malaikat or something like that..so after sedar balik..diorg ni mmg insaflah..”

“But ada saintis barat yg hebat diorg buat satu brain machine.dan diorg uji pada patient yg pernah alami near death tu..entah macamane saintis tu buat gegaran..tapi diorg dapat hasilkan gambaran yang betul2 sama macam experience near death tu..patient tu kate mmg btul2 same..”

So kesimpulannya..saintis ni kata “apa yg patient2 nampak ni hanyalah satu proses otak dan kirenye macam tak wujud la..malaikat ke hape tu sume..sumenye boleh dijelaskn dgn sains..”

At last lecturer tu kate.. “saye kagum sgt2..dan mmg betullah eksperimen tu..diorg dpt buktikan..!!”

Ape yg betul wahai lecturer??apa yg dpt dibuktikan??kamu tak percaya adanya kematian??adanya malaikat??

Nampak sgt saintis barat..atau orientalis barat berjaya menyusupkan fahaman atheism..malah rasionalisme yg hanya ikut logik akal dan teori sains semata.

yusuf qardhawi ada menyebut

"kita, kaum Muslimin tidak takut kepada akal, bahkan sebaliknya kita menyambut akal, dan di dunia ini tidak ada kitab suci yang memuji dan memuliakan akal sebagaimana Al-Qur'an Al-Karim.

"Katakanlah : Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang-orang yang benar" (surah Al-Baqarah:111)

Ayat ini menunjukkkan bahwa sebarang masalah tidak akan dapat diterima melainkan dengan bukti. Oleh karena itu kita mendapati al-Qur'an mengembangkan rasionalisme ilmiah dan memerangi rasionalisme khurafat yang membenarkan dakwaan sembarangan. Rasionalisme ilmiah menolak kejumudan terhadap apa saja yang dilakukan oleh nenek moyang, yaitu rasionalisme taqlid

“Kita adalah penyeru rasionalisme … Kita, kaum Muslimin mengajak kepada rasionalisme. Kita menolak khurafat dan kepalsuan. Melalui rasionalisme dan dibawah naungannyalah peradaban Islam berdiri megah dengan memadukan ilmu dan iman, antara akal dan naql."

Islam menghendaki agar seseorang berpikir dan mempergunakan akalnya namun akal masih perlu dibantu oleh wahyu agar terselamat dari kejahilan dan kelemahan..

Jd agk kecewa bila blaja falsafah..pemikiran pensyarah gaya liberal semacam jer..Walaupon takde niat nak sebarkan apa2 fahaman sklipun..pensyarah sbnarnye mguasai kelas..semangat pensyarah bila bersunguh-sungguh mengajar sgt dikagumi namun apalah kirenye yg dapat andai tokoh barat shj yg diagungkan..alih2 fahaman2 barat aje yg memonopoli.

Pelajar2 skrg msti cakna dgn ancaman fahaman2 atau gerakan2 yg bmtlmt menghancurkan islam..kita kini dalam zon perang saraf..ghuzwatul fikr..so kne alert slalu.fahaman2 ni boleh mempengaruhi meskipun dalam kelas2 yg kelihatan mcm innocent jer.

Bila blaja falsafah pemikiran ni..terase elok juga diwajibkn semua pelajar mempelajari ilmu teologi..study of religion..bukan studi agama islam je..tapi sume agama yg ade seluruh dunia..sbb umat islam khususnya berada dalam keadaan kritikal yg amat .Kite nih da termasuk habes2 dalam agenda yahudi.. mcm2 gerakan ..freemasonry..zionisme..illumanity .. dll yg dah berjaya menguasai dunia sejak dulu lagi..tapi kite smpai skg tak sedar2 lagi..takut2 bila prg dunia ketiga berlaku hasil agenda mrka..umat islam masih lagi terkial-kial mencari punca..

Jadi..Umat islam harus bangkit dan sedar..jgn tertipu dgn agenda2yahudi dan kristian..jom, kenali musuh2 islam yg berada disekeliling kita..!!


Sunday, September 27, 2009

~eid ul fitr o9~



Alhamdulillah..raye sudah ckup sminggu..ape kisah disebalik raya thn ni..pakai baju same lagi..sume bangah yg sponsor..tema biru..penat dgr sedare mare mengusik..baju bundle..tensen2..family bangah kaler oren..comeinye amin ngn anas bbju mlayu oren..



apa yg syahdunye..family along takde..tak dpt jmpe anak sedare yg dirindui mardiah ngn mawaddah.abah dorg diperantauan..sedey2…tetibe nmpk muke along kat surat kaba..itupon gambar tepi je....haaha..kecoh benar along soh tgk muke dye kat berite…ktowg kate..maapla yek..sume org smyg trawikh ..takde sape pon tgk brite.. “takpe2,along kua tv 9..minggu dpn..along ceramah..tgk taw!!”alahai long..ktowg sume da blk hostel da pon..kat uma pon tv9 rosak..hee..sian along..penat promote diri..sengaja sume
nak mengusik along.

raye thn ni agak happening sbb cucu cicit atuk pilus buat band nasyid..siap gitar ngn sgale mcm percussion..kecoh sekampung..hhaa..tapi lagunye sempoi ..keluarga bahagia ..layan ajer..



bebudak band nasyid

Alhamdulilah ..tahun ni..dapat berkumpul sahabat2 lame smksp..3 tahun berlalu tapi masih lagi berhubungan..dpt jmpe yg kat mesir, jordan,uia,kuis, upnm, uitm, uum, unimas dll.dgr cite tahun ni konvoi plg ramai..34 org ..8 kete.??.hemm..syukur sgt2..kredit to sahabat2 yg anjurkan konvoi raye ni..semoga ukhwah kite bpnjgn..

Diakhirnye..bile kite nak stat puase enam??mari kita sama-sama ambil keberkatan syawal dan merebut ganjaran ibadah sunat puasa 6 .semoga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa Ramadan..^_^

Tuesday, September 15, 2009

yang penting USAHA



Bila kita sebut usaha, pasti ramai yang mengukur kadar usaha itu dengan kejayaannya. Kalau dia berjaya dengan cemerlang, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu berusaha bersungguh-sungguh. Kalau dia tidak berjaya, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu tidak berusaha bersungguh-sungguh. Ini kebiasaan mentaliti insan.

Tetapi saya berpendapat, usaha tidak berkadar terus dengan hasil. Usaha adalah satu perkara lain, dan hasil itu adalah satu perkara lain.

Kenapa?

Sebab usaha di tangan kita, tetapi hasil tetap di tangan Allah SWT.

Sebahagian manusia, ada yang faham akan hal ini. Tetapi mereka berkata pula:

"Kalau macam itu, tak payah usaha. Semua Allah dah susun"

Em… Betul ke?

Saya setuju bahagian yang Allah susun itu. Tapi bahagian `tak payah usaha' itu, saya tak setuju.

Sesungguhnya, orang beriman itu amat dikasihi oleh Allah SWT. Kenapa?

Kerana keimanan mereka telah mendekatkan jarak mereka dengan Allah SWT. Orang yang beriman, dia sentiasa yakin kepada Allah SWT, dia sentiasa bersangka baik, dia tidak akan sesekali menyangka bahawa Allah SWT itu menzaliminya.

Jadi, apabila Allah SWT mengarahkannya untuk berusaha, maka orang beriman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam lapangan pekerjaannya. Tanpa, meletakkan natijah sebagai matlamat utamanya.

Ada perbezaan antara dua manusia ini:

1. Kenapa studi? "Saya studi sebab nak dapat 11 A1"

2. Kenapa studi? "Saya studi sebab Allah suruh, dan belajar itu difardhukan di dalam Islam"

Bagi orang 1, apabila dia tidak mendapat 11 A1, dia akan menghadapi satu kejatuhan. Dia merasakan dia tidak berjaya. Dia merasakan usahanya selama ini adalah sia-sia.n Secara tidak langsung, sedih akan menyentuhnya.

Tetapi, bagi orang 2, jika dia menyebutnya dalam keadaan dia faham dan beriman, keputusan apa pun yang dia dapat, dia tetap akan tenang dan bersangka baik kepada Allah SWT. Berbelas/berpuluh A bukan matlamatnya studi, tetapi dia studi kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai hamba kepada Allah SWT. Maka, hasil di akhir usahanya, itu semua adalah pemberian Allah SWT. Dan dia tahu, Allah SWT itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba- Nya, dan Allah SWT itu tidak akan sesekali menzalimi hamba-hamba- Nya. Tidak akan ada kekecewaan dalam kehidupannya.

Itu contoh rekaan saya. Saya hendak mengajak anda melihat beberapa figur dalam kehidupan manusia, yang menjadi contoh kepada analogi orang 2 saya.

Kita lihat Utusan Allah SWT Nuh AS dan Rasulullah SAW. Mereka berdua ini, ada persamaan dalam kekuatan penyebaran agama Allah SWT kepada ummah.

Nabi Nuh AS menyebarkan dakwah 950 tahun tanpa jemu, dan Rasulullah SAW pula menyebarkan dakwah tanpa henti-henti walaupun diancam, diseksa, ditekan dari pelbagai arah.

Kalau kita perhatikan, dari manakah sumber kekuatan mereka untuk berusaha?

Iman. Kekuatan para Nabi adalah keimanan mereka yang tinggi. Keimanan ini yang tidak menggugah dan tidak menggoncangkan pendirian mereka.

Mereka faham bahawa, tugas mereka adalah menyampaikan, bukannya memberikan hidayah. Memberikan hidayah adalah urusan Allah SWT. Tanggungjawab mereka adalah menyampaikan amanah Allah, dan mentarbiyah insan. Sebab itu, mereka tidak mengalah apabila manusia menjauhkan diri dari mereka, memusuhi mereka, dan berusaha membunuh mereka.

Nabi Nuh tidak menyatakan usahanya selama 950 tahun itu sia-sia hanya kerana, dalam 950 tahun itu, 83 orang sahaja mengikutinya. Dia telah menjalankan tugasnya. 83 itu adalah natijah yang Allah SWT berikan kepadanya. Dan itulah yang terbaik. Kenapa terbaik? Kerana ia datang daripada Allah SWT.

Orang biasa, mungkin akan melihat angka 1000 itu lebih baik dari 83. Tetapi apalah ukuran manusia jika hendak dibandingkan dengan ukuran Allah SWT? Allah SWT Maha Tahu dan kita adalah hamba-Nya. Kita beriman kepada Allah SWT, dan segala natijah yang diberikan oleh Allah itu kita redhai. Kerna kita tahu bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi kita, dan kita yakin Allah SWT itu Maha Tahu akan segala hal, baik dan buruknya.

Rasulullah SAW pula tidak berputus asa pada awal period dakwahnya yang sukar. Dia tidak mengalah selepas dibaling batu di Taif. Dia tidak pula rasa ralat dengan keadaan keluarganya dari Bani Hasyim, bani Quraisy, penduduk Makkah yang memusuhinya hanya kerana dia membawa agama Allah SWT. Hal ini kerana, Rasulullah SAW faham bahawa tanggungjawabnya adalah berusaha. Natijah adalah daripada Allah SWT.

Sebab itu, Rasulullah SAW mampu menerima pemergian Abu Talib dalam keadaan tidak beriman kepada Allah SWT. Kesedihannya, bukan kerana dia tidak redha kepada Allah SWT yang menarik Abu Talib dalam keadaan tidak beriman. Kesedihannya ketika pemergian Abu Talib itu, adalah kerana baginda sesalkan yang Abu Talib tidak akan ada sesiapa mampu membelanya di hari kiamat nanti. Sebab itu Rasulullah SAW berkata kepada Abu Talib dengan kata-kata yang sebegini:

"Wahai bapa saudaraku, katakanlah satu kalimah yang membolehkan aku membelamu di hari akhirat nanti. Katakanlah Lailahaillah"

Baginda tidak berkata: "Masuklah Islam wahai bapa saudaraku, atau selama ini usahaku kepadamu adalah sia-sia"

Tiada usaha yang sia-sia, apabila kita menggerakkan diri kita untuk berusaha. Segala usaha dikira oleh Allah SWT. Natijah, itu adalah hadiah daripada Allah SWT untuk kita. Apa pun natijah yang Allah berikan, itu adalah yang terbaik untuk kita.

Sebab itu, kita lihat pula akan beberapa tokoh yang hidup sezaman dengan kita.

As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pengasas Hamas yang dibom oleh helikopter Apache di Palestin pada tahun 2004. Adakah kematiannya, tanpa melihat Palestin itu dibebaskan, membuatkan usahanya selama ini adalah sia-sia?

Pada saya, tidak. Dia telah berusaha. Natijah yang Allah berikan kepadanya adalah, dia tidak mampu melihat Palestin itu dibebaskan pada masa kehidupannya. Dia ditakdirkan Allah, pergi dahulu. Namun As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin telah menyelesaikan tanggungjawabnya. Yakni berusaha.

Kita lihat pula As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Beliau membawa gagasan untuk mengembalikan Daulah Islamiyyah, dengan bermula atas jalan dakwah dan tarbiyah. Beliau akhirnya mati ditembak oleh manusia-manusia yang berhati busuk, tidak mahu daulah Islamiyyah itu menjadi realiti. Adakah kematiannya, tanpa melihat daulah Islamiyyah itu menjadi realiti, membuatkan usahanya sebelum itu adalah sia-sia?

Pada saya tidak. Dia telah berusaha. Natijah yang Allah berikan kepadanya adalah dia tidak mampu melihat daulah islamiyyah itu terbina semasa hidupnya. Dia ditakdirkan Allah, pergi dahulu. Namun, Imam Hassan Al-Banna telah menyelesaikan tanggungjawabnya. Yakni berusaha.

Dua tokoh ini, mereka berusaha. Namun mati sebelum hajatnya menjadi realiti. Apakah, mereka kecewa? Saya tak rasa mereka kecewa. Sebab saya nampak, kedua-dua tokoh ini adalah amat yakin bahawa natijah itu datang daripada Allah SWT. Saya yakin mereka bukan mengambil analogi orang 1 dengan berkata:

"Saya membina Hamas, kerana hendak membebaskan Palestin"

"Saya membina Ikhawanul Muslimin, kerana hendak membina daulah Islamiyyah"

Tidak. Ada kemungkinan Hamas dan Ikhwanul Muslimin akan hancur.

Tapi mereka ini sebenarnya, mengambil analogi orang 2.

"Hamas adalah usaha saya, ke arah membebaskan Palestin. Saya hendak membebaskan Palestin, kerna Palestin itu adalah satu tuntutan dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah"

"Ikhwanul Muslimin adalah satu bentuk usaha, ke arah pembinaan daulah islamiyyah. Daulan Islamiyyah ini perlu dibina, kerna ia adalah satu tuntutan Allah SWT, agar manusia boleh hidup mengangkat perintah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya"

Kita telah melihat hari ini, Hamas dan Ikhwanul Muslimin, hidup di merata dunia, dengan pelbagai nama. Sebenarnya, manusia tidak nampak Hamas atau Ikhwanul Muslimin sebagai matlamat. Tetapi mereka nampak hala tuju yang dibawa oleh dua organisasi ini, yakni mengembalikan manusia, sistem hidup itu, ke arah yang Allah redha, membuatkan manusia juga bergerak ke arah yang sama. Dan kalau anda hendak tahu, Hamas itu pun datangnya dari Ikhwanul Muslimin.

Dua manusia ini, semasa kehidupan mereka, bergerak melakukan sesuatu yang mereka mampu. Yakni usaha. Mereka melangsaikan tanggungjawab mereka untuk Allah memberikan natijah, yakni usaha.

Kalau mereka ini tidak berusaha? Kalau Syeikh Ahmad Yassin tidak mengasaskan Hamas? Kalau Hassan Al-Banna tidak mengasaskan Ikhwanul Muslimin? Adakah anda merasakan bahawa dunia hari ini akan jadi sebegini? Adakah anda merasakan Palestin akan bertahan sehingga hari ini? Adakah anda merasakan, tatacara hidup Islam itu akan diterima ramai seperti hari ini?

Sebab itu saya yakin, di ambang kematian dua tokoh ini, mereka tersenyum gembira. Kenapa? Kerna usaha mereka disambung orang lain, mereka ada pewaris, mereka ada pelapis. Mereka telah menyelesaikan tanggungjawab mereka, yakni berusaha. Natijah seterusnya adalah urusan Allah SWT.

Usaha mereka tidak sia-sia. Tiada usaha yang sia-sia. Cuma susunan Allah SWT itu juga yang terbaik. Kita manusia, tugasnya berusaha sahaja. Natijah, kita serahkan kepada Allah SWT bulat-bulat, dan segala apa yang Allah berikan kepada kita, adalah yang terbaik.

Kenapa? Kerna kita beriman kepada Allah SWT, dan amat yakin Dia tidak akan mengecewakan kita.

Justeru, apakah anda masih merasa malas untuk berusaha?

Berusaha mencapai kecemerlangan, berusaha mencapai yang terbaik, berusaha menjadi hamba Allah SWT yang terbaik, adakah anda masih merasa malas?

Tahukah bila seseorang manusia itu boleh berhenti berusaha?

Selepas dia mati.

Ps: teringat kata-kata seorang manusia: "Mati dalam keadaan berusaha, lagi bagus dari mati tak buat apa-apa"

~ remaja masjid~

Wednesday, September 9, 2009

MeMoiR bUAt ' PyA'~



Bismillahirahmanirahim..

hari ni sensitip smcm jer..rse sume bnde tak mnjadik..gara-gara nikmat mata yg da hilang…so skrg ..Tgh fikirkn nikmat mata nie..ade shbt kate..fikirlah nikmat tu masa ia ada.bru kita tahu erti syukur ..skrg ia dah takde..bru kita terase..bukan takde “mata”..actually takde spek mate..sbb nye da pecah..waa..spek mata pon boleh pngaruh emosi..

rase sedih tadi tak dpt g msjd dgr ceramh..sbb hilg mate..payah pulak nk gi sowg2..nak ajk kngkwn..sume busy..bile takde "mata" ni..rse handicapped plak..kne harap kt org len nk gerak mmne

Dgn sedeynye..Buat ler assignment..diari individu..kne gne teori 2 ahli psikologi Barat..lbih2 ag si Sigmund freud tuh..langsung la takder ilham..sbb ape si Sigmund ni teori dye agk hampeh ...teori yg ikut emosi..agk mngarut je rse..

Jadik..terase nak mnulis tntg sahabatku..Nur Sofia Diana Azmi yg kini bermastautin di bumi poland.. telah mncpai umur 20 tahun semalam..sanah helwah ya sodiqoti....maka berakhirlah zaman kegemilangan kanak-kanak kiter..alhamdulillah..da lapan tahun kite bersahabat sejak form 1 ag..


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Peringatan: Okeh..diingatkan awal2..part ni..shbt2 jgn la BUANG MASE bace sbb ni hnyalah kisah seorang makhluk allah yg famous ngn gelaran mak piah mase kat hostel dlu..jadi part ni khas utk makcik tu sempena hari jadinya..tp klo ade shbt2 yg nak mengimbau kenangan..mari kita singkap bersame..


form one..mase tu mak piah rapat ngan mcd..atau name lainnye mcdah aka majidah..tetibe dgn rase tak malunye..ade sorg budak yg comel nie join da grup..namenye hazy..lalu..mak piah dan mcdah pon mgalu- alukan kdtgn hazy ngn paluan kompang dan red carpet..hahha..

Hazy ni bukan suker pon dgn name tu..tapi mak piah ni suke ati jer letak name hazy kpd budak yg comel tu...dan smpai matrik org panggil budk comel tu..hazy..maka hazy pon tpakse bersabar..nasib la di bumi ukm dah takde org panggil hazy lagi..alhamdulillah..


Rumah Pyah ngn hazy dekat je..jadi klo pape2 hal slalu hang on bersame..antare bnde yg diorg slu buat adalah..gi supermarket dan aim mknn free.si hazy ni sbnaye pemalu dan suke cover tapi oleh kerana pngaruh piah mmbuatkan hazy ni jadik tak tau malu..sowi piah..yg benar tetap benar..hhee.mrk ni pon ade minat yg same iaitu melukis n suke tgk kartun..skrg minat tbaru ske tgk cte jpun, anime ngn cte korea..tapi hazy ni da taubat sket..pyah tak tau la plak..hazy ngn piah ni slu join pertndgn melukis..tapi pnah skli prtndgn tu..piah menang..tapi hazy tak menang..hazy sedey sbnanye..pstu piah pon blanje la hazy makan aiskrim..


Hazy ni sgt kagum ngn piah sbb ape piah ni ade strong personality..dye ni berani,slamber dan tak kesah pon ngn caci maki org len..antaranye mase form 1.. ade sorg ustaz nih..suke dok kutuk geng2 puteri islam..sbb dye kadet polis..jadi hazy, piah ngn mcdah ni mmg org kuat PPIM..maka slalulah kne provokasi hebat dr ustaz ni..antaranye..piah slalu dikutuk ngn ustaz akibat ke ‘rendah’ an ktinggian nye..tetapi piah cool je..dye digelar “gangster” oleh ustaz krna satu satunya makhluk yg berani melawan ckp ustaz..sbb mmg ustaz ni ske tak puas hati ngn geng2 puteri islam.tak lame pastu sume org panggil piah gangster..namun piah ttp bertahan..!!

Ustaz plak suke buli hazy yg penakut ni..stu hari ustaz nak baling bola kat hazy ni..tapi si hazy ni da cuak abes..padahal bola ping pong jerr..hhaa..maka piah sbg power puff girl yg gangster trus mmback up dan menyerang ustaz dgn ayt2 yg laser..


Hazy dan piah ni suke wat kje2 underground dan wat kepale sendrik..ade satu hari tu..ustaz siap nak naik tangan kat mereke sbb tak tolong jage gerai mase hari kantin..mrke mase tu mmg blur dan tak tau pape pon..siap smpat lagi tgk crite hantu sdgkn kawan2 lain btungkus lumus jage gerai..

Mase tu hazy dah rase nak nangis tapi oleh sbb smngt piah yg radikal nih..hazy pon smngt balik..ade skli tuh..hazy dan piah main sepak tin dari tingkat atas sampai bawah..mse tu pkul 10 malam lepas prep..then bru tau ade klas tgh tuisyen kat bawah..cikgu yg mengajar tu geram sgt..dan dye jerit stu sekolah “sape yg sepak tin tu..??!!”piah dan hazy terus lari lintg pukang dan menyorok kat bangunan sekolah.kawan2 yang lain tau hazy dan piah pnye angkara tapi nasib baik dorg back up dan pure2 tak tau sape dak2 nakal tuh..


mereka ni dkt asrama slu digelar geng kanak-kanak ribena..geng yg tak matured ..sbb ape ..hazy ngn pya ni slu main kejar2..sdgkn girls lain sume da advance mmbncgkan isu boys..beauty dn sbgnya..tapi geng kanak2 ni..mmg sibuk ngn dunie diorg..geng ni tak hot mcm geng girls yg len..bleh dikatakan geng yg low profile..mse form 3 dorg wat club kanak2 iaitu anggotanya zul,awin tasha ngn mai..yan jd pngurus smntare..


Pya ni adlh seorg yg motivated, kuat azam..bercita-cita tinggi..mase kat asrama dlu..dye slu cakap kt hazy dye jeles tgk si hazy ni blaja....piah dan hazy slalu bersaing..piah ni mmg envy tgk hazy blaja padahal piah ni mmg da hebat..hazy ni tak bpe pandai jadi kne blaja hard..smpai satu hari si piah ni nangis tanak join bola jaring pnye game sbb die kate nak blaja mcm hazy.si hazy ni tak macam piah..piah terer main netball..slalu jadi center sbb dye lincah..maka setiap kali riadhah..hazy slalu bawak buku..dan jarang join sukan..bila tgk hazy blaja..dia rase envy teramat..smpai kwn2 kne pujuk piah main..pastu kawan2 lain..marah kat hazy..dorg kate time riadhah ..kne la riadhah..smate2 nak pjuk si piah main..hazy rse kecik jantung ssngt..


Lepas dpt result pmr ,hazy ngn piah je tak dpt tawaran SBP lagi..mase tu piah ngn hazy mmg rase annoy abes la..sdgkan dak2 lain yg dpt 9A sume da dpt tawaran ..tak lame pastu.. hazy dan piah dapat 2nd take pnye twrn..mreka dpt sbpi Gombak..mase tu..piah mmg conpem tanak gi…tapi si hazy berbelah bagi..ayah hazy harap sgt hazy pegi..percaya tak??..hazy tak pegi sbpi Gombak mase tu salah stunye sbb piah…huh..btape bpngaruhnye si piah nih..


Then bila naik form 4..pya ni hebat btul..biologi, fizik, kimia ngn add math sgt la terrer..maklumlah piah ni cite2 dye nak jadik astronomer..hazy pon berguru la ngn si piah nih..tapi stiap kali blaja fzik or kimia..terutamanye..add math jer..msti kne bebel ngn piah..ayat piah slunyer laser sampai rase cam nak menitis air mata..piah ni klo mngajar tak kire la sape pon.. msti habes org tu kne marah smpai dapat..nak taknak..layan jela..pandailah korg tadah telinge..hhaha


stu bende yg hazy paling tak puas ati ngn pya.. dye nih ego..hheeh..sbnanye si hazy ni pon 2kali seploh egonyer..dalam byk2 kawan hazy..si piah ni la tak penah cakap dye rindu or syg ke or ape2kat hazy..wlupon ramai org kate makcik 2 org ni besh fren..kamceng jer

yg paling teringat skli ade kem motivasi..then pnceramah tu kate la.."oke,sape2 yg saye point..tolong bagitau siapa kawan baik awak..!!"

then si piah yg ego ni pon kate la.."weh..hazy..aku bantai jela cakap ko kawan baik aku..sbb aku malas la nak pikir.."

then..si hazy yg asyik cover ni pon..katela.."haahla..aku pon cakap jela ko kawan baik aku..senang skit!!"


itula bnde yg paling tensen psl piah ni..egonye melangit..kawan2 hazy yg lain tak pnh lagi seego tu..ade yg bru knal seminggu da ckp rindu..ade yg bru knl setahun..da declare hazy ni kwn baik..tapi si piah yg 8 tahun nih..uisyy..


Bersambung…

lps ni nk buat entry psl awin plak ke..laaagi interesting..tggu besday dye pulak..