::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Sunday, January 24, 2010

PRK dan APA PERANAN KITA ??

Bismilahirahmanirrahim....menjelang prk yg tiba..Insyaallah sedikit sumbang saran ..apa peranan mahasiswa dalam pilihanraya kampus??


Teringat saya semasa program bersama adik2 sekolah menengah agama yg lepas..ada adik muslimin yg bertanya kepada ustaz.. “saya nak tanya.. bila melihatkan kepincangan dalan pentadbiran negara..dengan rasuahnya,kepimpinan negara yg penuh penindasan,kemungkaran berleluasa..apa yg kami boleh buat dan sumbang sebagai pelajar sekolah menengah..?”


Jawab ustaz.. “imbas kembali kisah Nabi Ibrahim yg dibakar oleh raja Namrud. ada seekor burung..yg sangat kecil mainkan peranan dengan paruhnya ,menjatuhkan titis demi titis air.. burung sekecil itu cuba sedaya upayanya menyelamatkan nabi Allah Ibrahim..walaupun ia tahu titisan air itu tidak mampu memadamkan marak api yg membakar..Allahuakbar..namun ia tetap berusaha..


Saya meraikan jawapan ustaz yg cukup optimis.. beliau tidak terus menjawab soalan..namun ditinggalkannya dengan persoalan..


Burung sekecil itu dapat mainkan peranan..apakah kita sebesar ini tidak langsung dapat memberi sumbangan??jadi fikirlah apa peranan kamu….


Dari sekecil-kecil makhluk, hingga sebesar-besarnya..semua ada peranan..tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu sia-sia..


Siapa pun kita..kita tetap ada peranan dan tanggungjawab..lebih2 lagi orang muda..anda lah aset penting dalam pembentukan negara dan pembinaan umat islam pada masa hadapan....
nak lihat masa depan negara pada masa akan datang..lihat pemuda kita hari ini..


Begitulah juga realitinya kita disini sbg mahasiswa kampus.. dah nak prk ni..ramai yg btanye..nampak sibuk bagai..jadi calon ke?


Tak semestinya berperanan sbg calon aje..penyokong pencadang semuanya penting..agen tempat undi..teknikal .. ade peranan masing2..maka sumbanglah dimana-mana..mainkan peranan anda..


Malah..semua mahasiswa berperanan sebagai pengundi..kitalah yg paling penting..peranan besar dalam menentukan barisan kepimpinan pelajar yg bakal mencorakkan aspirasi universiti ..sisi pandang yang lain…sebagai org islam..pentingya kita untuk meletakkan islam ditempat yg sewajarnya..maka pilihlah pemimpin yg sewajarnya..sebab ini juga related utk saham anda diakhirat kelak..


Kalau anda masih merasakan anda tiada peranan,tidak mahu bertanggungjawab sbg mahasiswa..sebagai umat islam..malulah anda dengan burung kecil tadi..walaupun tubuhnya kecil namun jiwanya besar…anda???..fikir2kan..dan selamat mengundi..^_^



Tuesday, January 19, 2010

~peranan mahasiswa~




Bismillahirahmanirrahim…sedikit perkongsian dari program Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) selama 2 hari bertempat di hotel Blue Wave Shah Alam.Terima kasih diucapkan kepada YB Dr.Halimah yang berusaha menganjurkannya, kak Mastura (ketua nisa )dan fasilitator2 terlibat. Agak ralat juga saya berprogram  dalam keadaan yg serba mewah.Memang ujian.namun agak pelik sedikit..program kali ni mahasiswa 2kali ganda ramai dari mahasiswi..namun laungan muslimat power3x tetap bersemangat..

Program ni agak sinonim dengan SPIES dan ESQ..Namun saya melihat kecenderungan program ini lebih kepada motivasi dan tertumpu kepada para mahasiswa dalam jemaah.
Dalam konteks sebagai seorang mahasiswa yang berperanan sebagai pelajar,ahli gerakan islam,daie dan juga pemimpin ,mesti bina sikap positif( bina networking,hubungan mencapah, luaskan pengaruh& jadi belia yang “think others”).Selain itu mahasiswa itu pelajar dan seharusnya memcapai akademik cemerlang dalam menjadi graduan “wanted”.
Beberapa gagasan idea yang dibentangkan bagi membina akademik cemerlang  dalam konteks mahasiswa  jemaah yg  diadaptasi dari Program Jejak Ilmuan Selangor di bawah inisiatif Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali spt program jelajah ilmuwan, program pementoran IPT, progam tunas ilmuwan dan sbgnya.
Saya melihat usaha ini sangat optimis  bagi meningkatkan taraf ilmu, mendekatkan masyarakat dengan ilmuwan (asyik artis je ade tour..sekarang kita tour academician pulak,golongan bijak pandai..baru  wujud  masyarat yang membudayakan ilmu..)
Dalam konteks mahasiswa sebagai daie pula .. jadilah tokoh masa.keaslian dalam menafsir, semasa dalam pemikiran..ilmu yang berpijak pada fakta..dan paling penting..berhikmah. Hikmah adalah anugerah ,kerana  banyak org berilmu tetapi tidak berhikmah.
As daie sendiri, sikap perlu positif. menjadi idol dan ikon kepada mahasiswa lain..malah..tak boleh wujud double standard, jangan memilih orang yg kamu nak dakwah..as stated in surah abasa..
Dalam konteks mahasiswa sebagai  pemimpin..be a servant leadership..siapa tokoh terbaik??Rasulullah SAW.Cth yg boleh diambil, Kisah Hasan Al-Banna yang turut sama menyusun kerusi  lalu ada orang  bertanya “kenapa tuan menyusun kerusi sedangkan tuan adalah ketua dan  pemimpin??”
Jawab Hassan al banna “saya tidak tahu amalan mana yang diterima Allah”
Disini terserlah ciri pemimpin yang hebat..dari sebawah-bawah kerja sehingga paling atas sanggup dilakukan…pemimpin berjiwa hamba..
Pesan puan mas sendiri..jadilah ketua yg baik,jaga hati orang yg paling dekat..yg bekerja dengan kita... Jangan sampai kita melukakan hati sahabat2 sendiri semata-mata untuk mengambil hati orang lain yg jauh  untuk mendapatkan pengaruh.
Lastly..positif selalu..berani gagal..Pelajaran paling besar adalah belajar dari kejatuhan..namun apabila kita sebagai orang islam tidak belajar dari kejatuhan kita ..maka kitaberada dalam kerugian yg nyata.