::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Sunday, January 24, 2010

PRK dan APA PERANAN KITA ??

Bismilahirahmanirrahim....menjelang prk yg tiba..Insyaallah sedikit sumbang saran ..apa peranan mahasiswa dalam pilihanraya kampus??


Teringat saya semasa program bersama adik2 sekolah menengah agama yg lepas..ada adik muslimin yg bertanya kepada ustaz.. “saya nak tanya.. bila melihatkan kepincangan dalan pentadbiran negara..dengan rasuahnya,kepimpinan negara yg penuh penindasan,kemungkaran berleluasa..apa yg kami boleh buat dan sumbang sebagai pelajar sekolah menengah..?”


Jawab ustaz.. “imbas kembali kisah Nabi Ibrahim yg dibakar oleh raja Namrud. ada seekor burung..yg sangat kecil mainkan peranan dengan paruhnya ,menjatuhkan titis demi titis air.. burung sekecil itu cuba sedaya upayanya menyelamatkan nabi Allah Ibrahim..walaupun ia tahu titisan air itu tidak mampu memadamkan marak api yg membakar..Allahuakbar..namun ia tetap berusaha..


Saya meraikan jawapan ustaz yg cukup optimis.. beliau tidak terus menjawab soalan..namun ditinggalkannya dengan persoalan..


Burung sekecil itu dapat mainkan peranan..apakah kita sebesar ini tidak langsung dapat memberi sumbangan??jadi fikirlah apa peranan kamu….


Dari sekecil-kecil makhluk, hingga sebesar-besarnya..semua ada peranan..tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu sia-sia..


Siapa pun kita..kita tetap ada peranan dan tanggungjawab..lebih2 lagi orang muda..anda lah aset penting dalam pembentukan negara dan pembinaan umat islam pada masa hadapan....
nak lihat masa depan negara pada masa akan datang..lihat pemuda kita hari ini..


Begitulah juga realitinya kita disini sbg mahasiswa kampus.. dah nak prk ni..ramai yg btanye..nampak sibuk bagai..jadi calon ke?


Tak semestinya berperanan sbg calon aje..penyokong pencadang semuanya penting..agen tempat undi..teknikal .. ade peranan masing2..maka sumbanglah dimana-mana..mainkan peranan anda..


Malah..semua mahasiswa berperanan sebagai pengundi..kitalah yg paling penting..peranan besar dalam menentukan barisan kepimpinan pelajar yg bakal mencorakkan aspirasi universiti ..sisi pandang yang lain…sebagai org islam..pentingya kita untuk meletakkan islam ditempat yg sewajarnya..maka pilihlah pemimpin yg sewajarnya..sebab ini juga related utk saham anda diakhirat kelak..


Kalau anda masih merasakan anda tiada peranan,tidak mahu bertanggungjawab sbg mahasiswa..sebagai umat islam..malulah anda dengan burung kecil tadi..walaupun tubuhnya kecil namun jiwanya besar…anda???..fikir2kan..dan selamat mengundi..^_^



2 comments:

istisyad said...

salam hazirah....
saya copy idea awk eh psl prk...
sgt2 bernas...
boleh eh?
hehe...

hazyra said...

to istisyad..
boleh aje..
perkongsian idea
bersama..