::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Friday, November 19, 2010

~tadhiyah dalam perjuangan ISLAM~


Bismillahirahmanirahim..

Salam Eid Adha..
Mengambil ibrah sempena pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail ..sdikit perkongsian yg diperolehi drpada usrah hari ini..
Sunnatullah dalam berjuang, pasti tak lepas dari mehnah dan tribulasi ..segalanya menuntut pengorbanan dari segenap sudut….

Jika kita lihat pengorbanan nabi Muhammad yg sanggup dihina utk menyebarkan islam, mengambil risiko dibenci penduduk Mekah sedangkan sewaktu itu dia sangat2 dikasihi..hatta Abu Jahal sendiri begitu gembira menyambut kelahirannya. kata Nabi SAW. “Meskipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, agar aku meninggalkan seruanku. Sungguh, sampai mati pun tidak akan kutinggalkan !”
Musab B. Umair.. pemuda yg sangup meninggalkn kekayaan demi iman..Muaz bin Jabal yg diminta Rasulullah  SAW utk ke Yaman ..menangis kerana terpaksa meninggalkan Rasulullah SAW, bimbang jika tidak dapat bertemu lagi ..begitulah beliau berkorban rasa kasihnya..

Pengorbanan ini  seuatu yang besar dan dalam sungguh pengertiannya..
Jika kita hanya memberi sesuatu dari pada apa yg kita ada..itu hanya dikira sumbangan..tetapi pengorbanan ni sesuatu yg  kita tidak ada..tetapi kita cuba berikan juga..
Cth..masa lapang yg kita ada..kita sumbangkan utk membuat gerak kerja islam..ini dikira sumbangan
pengorbanan pula , .kalau kita ada 100, kita peruntukkan 20 ringgit utk belanja rumah. 80 lagi tiada kegunaan,utk simpanan..bila diminta untuk infak pada perjuangan islam..kita memberikan 80..dikira sumbangan..tetapi apabila kita korbankan 10 daripada 20 ringgit tadi..itu baru dikatakan pengorbanan..

kalau hari ini kita merasa cukup dengan duduk di masjid2 dan beramal ibadat tanpa berjuang dan berkorban untuk islam..kita silap kerana gagal menilai dan menghayati sirah baginda dan para sahabat.mereka melalui segala macam bentuk mehnah..apakah cukup kita hnya..mewakafkan diri di masjid ?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sdikit ulasan..realiti hari ini kebanyakan kita jarang mahu berkorban utk islam..tak perlu lihat jauh2..cukup saja pada diri ini..

Astaghfirullahal azim..byk sungguh alasanku..

 bila kita susuri pengorbanan kekasih  yg dicinta Allah itu, kita malu sendiri..sedang dia yg sungguh dikasihi itu tegar meniti pahit getir  dan siri2 pengorbanan yg amat dahsyat..kita yg entah siapa2 di sisi Allah..cukup berkira2 bila di minta berkorban sedikit untuk perjuangan islam..

belum lagi kita berada di barisan hadapan medan peperangan, belum lagi kita berhadapan bilahan pedang yang menyilau tajam,  dahagakan darah sebagai korban..belum lagi kita diancam kematian kerana menegakkan kalimah LA ILA HA ILAALLAH..namun hari ini..kita lebih suka merungut dan cepat mengalah atas alasan2 yg cukup mudah..

apakah syurga Allah itu murah? Sehingga kita boleh tawar menawar untuknya??

Ya allah..ampunkan hambamu ini..teguhkan hati ini untuk berusaha mencontohi tadhiyah yg ditunjukkan oleh nabi Muhammad,sahabat2 baginda dan para kekasih Allah dalam menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini..ameen.

1 comment:

loyar tua said...

Sesudah mengerti dan tahu makna pengorbanan, mudah-mudahan Allah membuka pintu hidayahnya untuk kita semua agar turun sama-sama secara berjemaah menyebarkan dakwah Islam dengan apa sahaja cara menurut kemampuan kita. Insya-Allah.
Jika setakat menyatakan kita perlu berkorban untuk Islam, rasanya ramai yang telah menyatakannya. Turunnya tidak juga.
Jika mahu seribu usaha. Jika tidak mahu seribu dalih.