::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Tuesday, January 18, 2011

~bukan CINTA biasa~




Bismillahirahmanirahim, kebelakangan  ni saya asyik memikirkan tentang hati je..ntahlah, agak pening dgn orang2 yang mengharap hati org lain untuknya dirinya, kenapa  dia tak jaga saja hatinya dulu?? sibuk meminta- minta hati orang lain..bila orang tak bagi, mula kecik hati, padahal hati sendiri belum tentu terjaga..(isy..apa yg dirapikkan nie??)


Adakalanya, rasa sedih tak menentu,hati rasa terluka..jalan ini tak pernah sunyi dari ujian.. kadangkala tewas mentarbiah diri utk kuat menerima ujian..puas berfikir..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..tapi hati masih tak dapat mencerna baik apa yang ditafsir oleh fikiran..puas kita pujuk hati..selarilah dengan fikiran..tapi..gagal..akhirnya air mata tetap mengalir..walau minda kita sedar..ini hanya ujian semata-mata dari Allah.

 “Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

++peringatan:  Hati yg sya maksudkan ni ni bukan organ hati kita ,LIVER tu ye… apa2pon, liver kita ni pon perlu jaga sbb ia memainkan peranan penting dalam penyahtoksikan serta metabolisma badan..so sayangi hati anda++

bicara tentang hati..masuk pula bab cinta.
kerana saya pelajar psikologi, ramai yang bercerita masalah, kebanyakan tentang hati dan cinta,malah hal rumahtangga pun ada sedangkan saya sendiri tiada pengalaman, bukan pula kaunselor rumah tngga..tapi mereka masih meminta pandangan. Dalam psikologi pun, ada teori cinta..Sternberg..ada 3 komponen..intimacy, commitment  dan passion..(jgn main2, cinta pon ada teori tau!).. nak terangkan pada yang meminta nasihat saya ni..serasa saya la, suma ni bakal menserabutkan.. “cinta bukan sahaja kena ada intim dan ghairah..tetapi perlu komitmen..” itula yg diterangkan oleh lecturer…dan pelbagai lagi.. dengan macam2 masalah cinta yang diutarakan, sya rasa sampai tak tahu nak jelaskan macamana cinta yang sepatutnya..

sebutlah berapa banyak teori pon, cinta ni mmg tak pernah selesai..Nak faham apa tu cinta,, cuba kenal pencipta..
Lagi2 pulak, yang sudah mula nak mengenal komitmen dalam bercinta,sebaiknya belajar dari pencipta. Nak jadi pengurus cinta yg terbaik..??cintakan dulu pencipta..baru kamu mampu urus cinta2 yg datang selainnya..

Hari ni…ada satu kisah cinta yg nak saya kongsikan.. tak malu untuk saya mengaku saya berusaha cintakan DIA walaupun sya ni tak layak dan tak mampu, sedang DIA terang-terangan cintakan sy. Semakin bertambah usia  yang DIA beri, semakin matang  saya meraikan makna cinta,..masing2 punya definisi pelbagai tentang cinta, manifestasi cinta yg juga pastinya berbeza…

Semua makhluk punya rasa cinta…lihat disekeliling kamu,penuh dengan tanda2  cinta dan kasih sayang. Lihat mak kucing menyusukan anak dia, tengok  alam ini ada tanda2 cinta daripada tuhan. tngok saja diri sendiri, kita ada kerana cintaNYA, kerana sifatnya AL RAHMAN AR RAHIM.. 

“Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar.” ( An-Nur:14)
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl: 18).
Saya sendiri tak tahu menilai CINTA..Tapi yg saya tahu dan sangat pasti, ADA yg mencintai saya..jadi saya tak rasa sedih atau hampa bila ada orang tak suka saya…sbb saya ada DIA yang MAHA MENCINTAI…

Penah satu ketika, sy diuji akan sesuatu..hampir setiap hri sy menangis..tak dpt lelapkan mata kerana terlalu memikirkan perkara tu..setiap kali saya tanya DIA..kenapa kau bagi aku rasa sakit sangat ni??sampai rasa tak tertahan dah..tidur sentiasa tak lena, .4.3o pagi je..sy sudah tersedar, tak mampu nak sambung tidur semula kerana suma rasa telah diatasi perasaan sedih tu..walau kadangkala hnya melelapkan mata dalam sejam, wlupon sgt2 letih, pasti akan gagahi jua untuk bangun mengadu pada DIA..perasaan  teramat sedih pada masa tu  tak ada satu org pon mampu pujuk sy sebagaimana DIA....hampir setahun lebih saya merasakan derita sangat..sepanjang waktu tu,sy tak pernah lewat temujanji ..dan DIA sentiasa ada..

Hari ini…sysudah perolehi apa yang saya mahu,DIA mendengar pemintaan sy..tapi sy  terfikir..adakah DIA gembira dgn apa yg di beri pd saya..adakah DIA redha atas kegembiraan saya??Kerana selepas doa saya dimakbulkan, tidur saya semakin lena…tidak ditemani air mata seperti malam2 sebelumnya..malah,berat sungguh sy nak bangun malam.. temujanji sy lewat, tapi dia tetap ada macam biasa.. Malah, sy jarang dah merayu pada DIA, sy tak tertunggu2 temujanji sbb sy dah dpt apa sy nak..

~~~~~~~~~stiap hari saya baharui rasa cinta saya dengan kisah cinta ni..~~~~~~~~

kadang2 Allah beri kita ujian yg sakit sgt rasanya smpai tak tertanggung, smpai tak dpt tidur,stiap hri rasa nak mengadu pd DIA…supaya kita sentiasa ingat pada DIA…aduhai cinta sungguh DIA pada kita..DIA rindu tangisan kita, rayuan kita pd NYA, sbb itu DIA sakitkan kita..sengaja DIA biar kita terluka kerana DIA mahu jadi pemujuk yg setia, DIA mahu kita sedar DIA sentisa ada utk kita..tapi  apabila kita dah dapat apa yg kita mahu, kita selalu lupakan dia..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Stiap hari saya bernafas atas cinta DIA.. harini saya merungut sbb penat kena berjalan jauh....opss.. sy  baru tersedar DIA sentiasa  ada disisi..mesti la DIA dgr kan..sedang apa dlm hati sya pon dia boleh baca. DIA mesti tak suka saya merungut.. seolah2  apa yg dia beri pada saya tu takda apa2 makna buat saya .. sy tunggu2, apa bahasa DIA pada saya.. “awak ni kan..tak tahu bersyukur..!!” tapi DIA diam aja.. sntiasa tunjukkan kasih sayang..sy monolog dalam hati, “awak ni tak serik ke cintakan saya?? lepas ni.. lepaskan jelah saya..”tapi DIA masih di sisi sy , teman saya dan pimpin perjalanan sy smpai destinasi..agaknya2 msti DIA marah kan..kenapa DIA tak lepaskan je sy???biar sy jatuh tergolek dan semua org ketawakan. tak pon lempang je saya biar sy sedar..tapi tidak,DIA simpan je rasa itu buat sya malu sendiri kerana  smpai hari ni sya masih baik2 aja..ohooo..malunya sya..bila ada yg mencintai sy smpai macam tu..

 “whai DIA, trima kasih atas segala CINTA..terima kasih kerana cinta kan sy…sy ni buta, sy slu tak sedar..maafkan sy kerana perasan dan tak tahu malu mengatakan kamu cintakan saya,tapi sy tak tahu nak rasa apa dah..sbb KAMU terlalu pengasih dan pemurah  pada saya..mstila kamu cinta saya kann??” 

Sy sbnrnya malu2 kucen nak mengaku sbb saya sgt tak layak cintakn DIA. Tapi, macamana saya tak cinta, kalau DIA  sering buat saya jatuh cinta…cinta yg saya lafaz ni mybe sma je macam orang2 lain..tak ada yang istimewa utk saya persembahkan sbagai tanda cinta saya..temujanji datang  dtg lambat.sy ni cepat gelabah, bila ada mslh, sy sibuk cari2 org nak cerita suma mslh sy..sdgkan DIA sntiasa tggu sy cerita kat DIA. Sebenarnya,sya tak payah cerita pon DIA da tahu..tapi DIA nak jugak dgr..apa punya baikla DIA ni smpai sy tak nampak..isk2

Kadang2,saya lupa nak sebut nama dia stiap kali bngun tido atau nak tido sdgkan lelap mata sy ni pon dia bagi...Sy  hidup  dengan cintanya, sya kuat kerana ada yg sentiasa perhatikan sy..
Korg pcaya tak ade yg CINTA smpai camni skli..????punya beruntunglah sya…mmg bodohla sy tak kejar  cinta DIA ni.. mmg butalah sya jika tak nampak DIA cinta sejati saya..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

**cerita sya ni analogi cinta pencipta..DIA= ALLAH..lihatlah cinta ALLAH pada hambanya walau hambanya sering mungkir janji,..sering saja buat maksiat, tapi dia tetap memberi..dia tak balas dosa hambanya secara direct dan DIA sentiasa beri peluang buat hambanya..

“Dan Tuhanmulah yang Maha Pengampun, lagi mempunyai rahmat. Jika Dia mengazab mereka kerana perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka.” (QS Al-Kahfi: 58)

Subhanallah, Cantiknya cinta ALLAH..kan??so…berusahalah menjadi KEKASIHNYA walau kita tahu kita tak mampu mencapai tahap itu..DIA sangat cintakan hambanya yang beriman..jadi jangan sedih bila diuji atau disakiti, jangan gundah bila dibenci manusia kerana menegakkan agamanya,percayalah, disisi Allah kalian sgt berharga..

pada orang2 yang meminta advise saya, maaf..sebenarnya saya pun tak tahu sepak terajang dalam cinta ni..jadi saya cuba menulis agar kita berusaha kenal cinta pencipta..apa yang saya tahu, apabila kita mencintai AL-KHALIQ, insyaAllah, kita mampu urus cinta2 yang lain..

Buka mata, buka hati..ada yg sangat mencintai kita..moga2 pada hati kalian ada rasa cinta itu…semoga kalian merasai cinta itu…semoga kalian berbahagia dengan CINTA itu..Cinta manusia selalu menyakitkan tetapi cinta ALLAH penawar…semoga kita tak terlewat menyedari CINTA itu…

Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)

7 comments:

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

SubhanAllah..
Indah sungguh cerita cinta hazy :)
Nak linkkan ke blog amal nnt ye..moga kelak kita setia dengan cinta Agung, InsyaAllah.

Syukran dear..
InsyaAllah jumpa masa cuti nnt..

Hikari J said...

benar apa yg kau cuba katakan di sini... terkebil-kebil ke hulu ke hilir mengemis minta diberi hati kepada diri sedangkan hati milik Tuhan yang Dia beri tak pernah dijagai...
Syukran atas penulisan entri yang mengesankan ini

Mr Nawawi said...

teruskan berkarya..

hazyra said...

amal:silakan..hrp crita ini mjdi pengajaran buat kita.insyaAllah,moga CINTA ini smakin bbunga..jgn lupa roger bila blik cni ye..

jawahir:jom jaga hati..ok,sama2^_^

nawawi: syukran

Anonymous said...

nak cinta Allah belajar drpd seseorang yg telah cintakan Allah~
HArapkanlah dan carilah GURU yg boleh membawa kita menjadi kekasihNYA~

hazyra said...

ano:lontaran, bagaimana utk kita pastikan seseorg itu telah cintakan Allah atau tidak..sedangkan hnya Allah saja yg dpt menilai..

Anonymous said...

Sentiasa berDoa dan berharap kepadaNYA agar ditunjuki siapa orangnya... dengan Rahmatnya jalan cahaya akn terbuka luas tanpa disangka2..
Insyallah lambat laun enti akan menemuinya...
diharapkan enti adalah org terpilih~