::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Sunday, August 15, 2010

aMALAN YaNG TERbAIK!!



Bismilahirahmanirahim

Alhamdulillah syukur, bulan ramadhan ini suatu medan tarbiyah..membakar momentum  kita untuk terus istiqamah dalam perjuangan. Ramadhan ini  sebagai pesta ibadah, seluruh umat islam gembira akan kehadirannya.kita berlumba-lumba beribadah dan membuat amal kebajikan.. fastabiqul khairat !! daku ini, hamba Allah yang sangat dhaif amalannya..sangat fakir disisi tuhanNYA tersangatlah gembira menyambut kedatangan Ramadhan kerana dapat memberi fokus pada ibadah..kurangnya amalan membuat diri ini menanti2 hadirnya sang kekasih..yang mampu mberi ketenangan, penyejuk jiwa saat2 hati ini sarat dengan hal2 dunia..
 
Terus kita saling ingat-mengingatkan, tazkirah dalam dialog krew 3 iluvislam semalam menjentik diri ini untuk berfikir, adakah amalanku , amalan yang terbaik??

family ILI

“Dia lah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun,” al mulk ayat 2

Ayat ini memperingatkan kita supaya memperbaiki kualiti amalan atau ibadah bukan semata-mata melihat kuantitinya kerana ALLAH melihat pada amalan yang terbaik (ahsanu amala..)

Di bulan ramadhan ini, ada yang berkejar-kejar menghabiskan 30 juzuk al quran, tarawikh 20 rakaat…Alhamdulillah..namun..
Jika bertadarus alquran satu juzuk dengan bertartil, menghayati , mentadabbur ayat dan mengamalkannya.. adalah lebih baik daripada mengejar 3o juzuk namun tidak dapat memahami dan menghayati kalimah2 suci itu..

Juga adalah lebih baik tarawikh 8 rakaat dengan khusyuk dan tenang berbanding tarawikh 2o rakaat tetapi tergesa-gesa dan tiada kekhusyukan .

Semoga kita sama2 saling ingat meningatkan…disamping perbanyakkan kuantiti amal (aksaru amala), perhebatkan kualiti amal.. ahsanu amala..insyaallah!!
_______________________________________________________________________________________________

[dialog hati ]..realiti kualiti dan kuantiti..

Ya allah.. hamba ini lemah..namun terlalu banyak yang dia pikul sehingga tidak sedar, dalam perjalanan yang penuh liku dan duri..barang pikulannya ada yang tercicir..sangkanya banyak namun bila tiba di destinasi ..isinya tinggal  sedikit dan lebih menyedihkan jika ianya kosong..

Diri ini sedang meperbaiki kualiti amalan..namun aku tak mahu lemah dalam mengejar jannah.. taklifan yang pelbagai ini ku akui cukup menguji kekuatan akal jasadku..andai diturutkan kan hati, mahu saja kulepaskan segalanya namun menurutkan iman, aku mesti tetap thabat.

tidak mahu kujadikan alasan mengejar kualiti lalu ku kurangkan kuantiti..aku tak mahu jadi jiwa2 yang hanya cukup beribadah di masjid, setiap saat meratib tasbih..meratap tangis dosa2 sendiri namun umat diluar terus kacau dengan virus2 mazmumah..tapi aku..?? terus bersujud memekakkan telinga.

ya Allah.. kemampuanku pada kemurahanMU..
tiadalah aku mampu melainkan dengan belas ihsanMU..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. ~ Surah Al-Baqarah, ayat 286

Sungguh aku tak punya kekuatan untuk menghadapi segala dihadapanku.. gundah memikirkan beban2 yang terpikul di bahuku..sesak memikirkan masa2 yang terus berlalu.. takut memikirkan hari2 esok , tiada jaminan untuk terus thabat namun segala pengharapan hanya pada pemilik diri ini..YA ALLAH..tetapkan aku dalam perjuangan ini..matikanlah aku sebagai pejuang dalam agamaMU..

Moga segala amalku ini adalah amalan terbaik disisi MU..ya Allah..ameen

2 comments:

Cik Tulip said...

insyaAllah..semoga dipermudahkan perjuangan kita dalam menegakkan islam..lama x menjenguk blog ini..rindu kata2 hikmah hazy..melekat dalam jiwa..take care ya..

Anonymous said...

insyaallah..lama juga tak kontek ye..moga sentiasa dalam ingatan dan doa akak..