Salam ceria kpd suma sahabat-sahabat..hari ni ramadhan yg ke 14…kita di dalam fasa kedua Ramadhan..apa khabar iman ada amal hari ini..??
Sekadar perkongsian buat kita semua dan muhasabah terutamanya buat penulis untuk hari ini, tentang think positif dan bersangka baik (husnu zhon)..moga ada manfaatnya~
Bberapa hari yang lepas saya naik bus, dah lama sebenarnya tak naik bus Rapid … baru tahu kena pakai kad sekarang ni..maka saya pun agak terkial-kial la nak scan kad tu..dalam kekalutan, encik driver tu bagitau…" cik, scan kat bawah ni..bukan kat ctu”..Dalam hati, "eiii..malunyer.." Masuk dlm bus, sume orang tengok..pastu semua lelaki pulak dalam bus ni..tak pernah naik bus suma laki, “err bapa kurun dah tak naik bus ni, ade pulak ke bus gender?? asing lelaki dgn perempuan..stakat yang tau, ktm je ada.”ngomel dlm hati. pelik-pelik aje. Sepanjang dalam bus, ada dua org lelaki ni asyik perati je daripada tadi. mesti nak gelakkan pasal kad tadi la tu…geramnye rase...ikut hati, mau je tempeleng manusia-manusie ni..
The power of thinking positif
Bila keluar daripada bus..baru terfikir, banyaknya lah yang saya fikirkan..cuba dari tadi saya fikir positif je..mesti takde perasaan tak senang pada org lain dan risau yang bukan-bukan..entah-entah, lelaki tadi bukan tengk kita..dia tengok tingkap tepi kita, atau mungkin dia senang tengok penampilan kita, mungkin juga lelaki tu perhati sebab rasa macam kenal, hmm..macam-macam kemungkinan..mungkin baik ,mungkin juga tak baik..tetapi kalau kita pilih untuk berfikir yang positif, ia akan jd baik pada diri dan emosi kita,kan?
Berjuta-juta informasi@ maklumat yg masuk dalam otak kita setiap hari..dan kita yang memilih untuk mengambil maklumat yang mana utk diproses..dlm banyak-banyak maklumat yang kita peroleh, ada 1001 sebab untuk kita gembira dan 1001 sebab utk kita sedih semuanya bersumber dari apa yang kita fikirkan
10 org memandang pada suatu lukisan yg sama..tapi semua melihat @ mentafsir perkara yg berbeza..ada yg lihat pada pokok, ada yg tengok cantiknya latar belakang, ada yg nampak kotoran pada lukisan, ada yg nampak atap senget..ada yg komen tangan manusia dalam gambar tak cukup..dan..semuanya pun betul, xda satu pun yg salah..
Husnu dzon vs su’u dzon
“Dan jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebagian prasangka itu adalah dosa” [Al-Hujurat : 12].
Dalam kebanyakan situasi kita selalu bermain dengan persepsi dan prasangka. Dalam kebanyakan situasi yg melibatkan prasangka, mana yg mendahului..husnu zhon (baik sangka ) atau su’ uzhon (buruk sangka)??
“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”. [HR Bukhari]
Kadang-kadang bila kita buat baik, ada org akan kata berlagak baik, ada juga yg akan senang dan memuji. kita tak perlu terlalu memikirkan apa yg orang lain akan fikir sebab kita tak boleh kawal semua persepsi orang lain tentang kita..
Seingat masa muda-muda dulu..jalan-jalan gi kedai dengan adik lelaki saya Musthaqim…kami terserempak grup budak-budak kecil.. anak jiran, dorang tersengih-sengih " ooo..abang ade awek ea..” tetibe budak tu ejek kami.. “pakai kopiah, tapi ade awek…!! eii..tak maluuu..” Tergelak besar kami. Pandainye budak2 ni!
Tahun lepas, teman pula dia gi Lowyat..dalam lrt, kmi duduk rapat, kadang-kadang tertolak bahu, terpukul lengan…almaklum, jarang lepak sama, bila bercerita, tak ingat dunia.. beberapa orang tengok pelik..tapi malas nak fikir sangat..sampaila terdengar budak2 perempuan satu group berborak smbil tengok kami “diorang tu pakwe makwe ke?” Mungkin mereka-mereka ni nak kata, budak tudung labuh pun bercouple..smpai saya pun terpaksa menguatkan volume pd perkataan2 ”kaklang, abah ,mama “..biar sume orang dengar, kami ni adik beradiklah.
Belum tambah lagi, kami jalan pi bazaar, terserempak dengan seorang budak perempuan .. dia senyum kat adik saya tapi bukan main tajm lagi dia jeling saya..saya pun cakap dengan adik. “asal perempuan tu jeling orang??". " kawan kim la..dia penah bg surat kat kim, tp kim xlayan..dia jeles la tu.. ingat kak zira makwe kim kot..” “ade-ade je ngko ni kim…”
Macam-macam kan persepsi orang, sampai budak-budak kecil pun ada persepsi sendiri tentang kita…kalau kita layan semuanya..alamat satu benda pun tak jalan dek memikirkan apa yg orang akan cakap tentang kita…yang penting, kita tahu apa yg kita buat. Moralnya.. banyakkan berfikir positif dan berbaik sangka pd org lain..kurangkan persepsi @ pemikiran yg negative tentang sesuatu perkara,, pastinya kita akan lebih ceria, bersemangat dan tenang(^_^).
****kebelakangani ni agak sedih kerana memikirkan persepsi dan pandangan orang lain yg kita rasa tak benar tentang kita..kadang-kadang rasa down sangat…bila da tulis ni, sekarang da x rasa sedih dah (^_^)**
6 comments:
artikel yang baik..setiap orang ada marhalah tarbiyahnya..terutamanya muslimat dan sentiasa menjadi fitnah bagi kaum lelaki..
Urm..menarik2... persepsi ap yg mnyedihkn sgt 2? huhu...xpe..juz thinking of me, then u'll smile..hehe
>>mr nawawi:stuju
>>bint mohammad:xda papala..bese la kkdg down, klu fikirkan kinah, bukan takat smile aje,,gelak besar~
nak 'like'..lama tak jejak kat sini..persepsi manusia itu berbeza mengikut tafsiran masing..cuma kita yang dpt jadikan persepsi positif atau sebaliknya :)
ukhwah fillah..mg kelak dapat bersua lg..rindu~~
lame x bce blog ateh..nice entry..
sedih ad, kelakar ad, terharu ad, geram ad bile bce kisah kamu ni..huhu
tp itula yg dinamakan manusia. sentiasa ad tanggapan/persepsi/thinking yg berbeza.. baik yg difikirkan, maka baik jugalah hasilnya..baik yg kita sangka, maka baik juga hati dan jiwa menerimanya..huhu
sekadar pandangan..^_^
aazar: like slalu..ukhwah fillah sokmo
k.ngah: macam2 ada..heehee
Post a Comment