::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Monday, February 27, 2012

~HAti KaTA RinDu~



Bismillahirahmanirahim~
Jarak 7 hari ini sedang menghantar saya ke daerah berbeza, menitipkan suatu perasaan aneh!  Rasa tenang, namun jiwa ini seakan-akan sunyi.. Mungkin suasana berbeza agaknya~ 
Ada sesuatu yang amat terasa kehilangannya..masakan tidak, setiap kali bertemu, ada sahaja buah bicaranya, tidak pernah kekontangan. Malah, hampir setiap malam di datangkan ‘penceramah bebas’ berbeza-beza memberi ‘tazkirah’ agar warga rumah beringat-ingat dengan masa dan mengurangkan amplitud suara masing-masing..dan kini saya jadi ralat bila suara-suara yang menghiasi awal pagi sehingga lena itu tiada..

sahabat meluahkan tadi, dahulu, selama  ni dia selalu rasa geram kerana suasana yang bising tapi kini, bila dah tak kedengaran, rasa macam tak lengkap~ saya tersenyum bersetuju^_^

Sehari sebelum berpindah, Sakinah minta temankan meeting “ hari ni mungkin hari terakhir orang menyusahkan zi, lepas ni takda dah…"
“Janji ke..hari ni je hari terakhir menyusahkan?? lain kali tak buat dah?’’ sengaja membalas sedang hati mula terjentik dengan kesedihan apabila mengitung hari. Fikiran saya mula terlontar jauh, pasti saya antaranya yang akan merindu kalian bila terpisah nanti. Rela kiranya esok dan hari- hari mendatang  untuk terus-terusan ‘disusahkan’, seandainya saban masa bisa bertemu kalian semua..

Bila sahabat-sahabat datang bilik semalam dan solat jemaah sama2, saya terharu sebenarnya, kami sentiasa meratib perkataan ‘rindu’ sahaja..sedangkan hari-hari jumpa. Tak dapat bayang bila betul2 berpisah nanti, insyaALLAH ..moga bila bertemu tidak jemu,  bila berpisah tidak gelisah~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ukhwah
Pernah seorang  sahabat saya berkongsi, kita takkan rasa ukhwah bila kita tidak pernah memberi..
Fikiran saya menerawang memikirkan apakah selama saya bersahabat, saya banyak memberi atau saya hanya sekadar menerima..

Usrah bersama adik-adik baru-baru ini, buat  saya  menilai semula sejauh mana ukhwah kami...banyak rupanya yang masih tidak tahu tentang ‘ahli keluarga’ saya ni..baru kini, kami mula berkongsi hati ke hati… namun, ade juga yang berkisar tentang jodoh..isyh2 (padahal belum tahun akhir lagi^_^)

Bincang pasal tolong memasak waktu cuti je..namun dapat mencungkil pelbagai kisah yang tersimpan.. tabahnya adik-adik saya ni menghadapi kehilangan dalam hidup mereka..kenapalah ceritanya semua sedih-sedih, lebih-lebih lagi kami bakal berpisah kerana ada yang akan sambung belajar di mesir.. kalau tidak, setiap kali usrah asyik gelak aje..kali ni, suasana haru je..akhirnya, saya yang pertama  mengalirkan air mata,..semoga semua ‘ahli keluarga’ saya ni kuat-kuat aje, insyALLAH! 

Mungkin pengaruh perpisahan dengan teman-teman serumah membuatkan saya agak sensitif bila cerita tentang perpisahan..balik kolej, tiba-tiba Allah takdirkan jumpa rakan lama, rumate, kawan sekaki yang sentiasa lepak bersama zaman muda2 dulu..ukhwah dengan rakan-rakan yang satu ini laiiin sikit..kebetulan mereka semua ajak kenduri magi berjemaah....walaupun makanannya agak ‘grand’ dan ayat rutin  yang mereka suka pulangkan, “susah nak jumpa..maklumla orang sibuk..” rasa nak berdarah telinga dengar, namun perasaannya cukup menghiburkan ,hampir setahun lebih tak bersama.. mode sedih tadi bertukar ceria seketika ..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perjuangan~
Kebelakangan ini, butir bicara kami senantiasa sahaja berkisarkan ukhwah, perjuangan, perpisahan. gumpalan kerisauan membayangi langkah ke medan akan datang, lebih-lebih lagi di tahun akhir pengajian, harapan untuk terus thabat dan istiqamah walau nanti watak-watak, plot dan latarnya pasti saja berbeza. 

Seputar  hampir  4 tahun dalam jemaah , saya tak tahu apa yang saya dah berikan.. Apa yang saya tahu, saya beruntung menerima begitu banyak kebaikan, bersyukur sangat-sangat kerana ALLAH beri peluang pada insan yang kerdil ini untuk bersama dalam gerakan ISLAM..pun begitu adakalanya rasa teruji dan diuji itu ada, namun ikatan rabithah inilah yang sentiasa menjadi nadi kekuatan dalam perjuangan..

Buat sahabat2 yang dikasihi, akhir-akhir ini, kalian sering menduga apa perasaan masing-masing kini setelah berjauhan dengan pertanyaan-pertanyan yang mengharukan..biar saja saya mengaku mungkin sayalah yang pertama merasa rindu dan saya hanya mampu mencoretkan dengan tulisan ini.. Biar  saja cinta ALLAH jadi penghubung cinta kita. Pasti hati kita senantiasa dekat walau jasad jua jarak kita terpisah jauh.

~Moga bunga-bunga ukhwah kita yang bertangkaikan aQidah dan berhiaskan perjuangan ISLAM ini sentiasa segar mewangi dalam jambangan cinta NYA~


~~mode penulis: tengah rindu jemaah talam, usrah, halaqah ilmi, leteran, riuh rendah suara sahabat2 ms~ moga saat indah ini akan berulang lagi ^_^

Sunday, February 26, 2012

~ape-ape je~


Salam alaik....baru tadi membelek-belek isi perut laptop sebelum di format, terjumpe gambar-gambar komik yg dilukis sem lepas..jadi  saje2 postkan di cni.. (ntah ape je tajuk die kan..xde idea sebenarnya (^_^)...moga ada manfaatnya, insyaALLAH~










Tuesday, February 14, 2012

RASIONAL VS EMOSI





Kita selalu berbahas mengenai rasional dan emosi, kerana dua-dua kompenen ni saling berkaitan dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Setiap hari kita berhadapan dengan proses pembuatan keputusan, boleh jadi setiap minit dan saat. Bermula bangun tidur pagi tadi kita sudah perlu memilih, nak terus tarik selimut atau bangun..klo tak bangun, alamat terlepasla qiamulail..


.. .jadi saya cuba ulas sedikit supaya kita jelas  tentang emosional dan rasional ni memandangkan dalam kelas psikologi kami belajar tajuk ni dalam subjek decision making and problem solving..rugi rasanya kalau belajar tapi tak share~


kita secara commonnya, selalu underestimate, kuasa yang terdapat pada emosi..kata orang kebanyakan,,, “kalau ikut emosi ,kita jadi tak rasional.”..disitu kita telah silap menilai emosi. sebenarnya emosi adalah komponen yg sangat perlu dalam membuat keputusan rasional sehinggakan tanpa emosi  keputusan kita langsung boleh jadi tak rasional.


Cth kes phineas gage, dan kajian kes damasio tentang pesakitnya, Elliot yang mengalami kerosakan pada bahagian otak frontal-yang mana kat bahagian tu sangat terlibat dalam ekspresi emosi. Elliot ni orang yang sangat pandai ,IQ dia sangat tinggi namun akibat kerosakan itu, dia ada masalah dengan perasaan sehingga dia kurang dan hampir tiada perasaan. Dia seumur hidupnya menjadi orang yang sangat bermasalah dalam membuat keputusan sehingga nak decide makan kat restoran mana pun sangat sukar.   Sepatutnya apabila dah takda komponen emosi, Elliot patut boleh buat keputusan yang rasional namun dia gagal.Banyak lagi kajian kes yang telah membuktikan komponen emosi tu sangat perlu dalam buat keputusan yg rasional. 


Dalam cerita movie ‘I robot’ yang lecturer saya tayang dalam kelas, ada satu part ni, kemalangan brlaku dimana seorang lelaki agen fbi dan sorg budak kecik tenggelam dalam air..robot ni perlu selamatkan salah satu daripada mereka. Oleh kerana robot ni punya calculation guna statistik, logic dan hape2 lagi ) lelaki fbi tu yang patut diselamatkan.. so dia selamatkanla lelaki tu. lelaki tu frust ‘gila-gila’ apasal robot tu kejam sangat..tapi betullah, robot tu kan takda otak, mana dia ada emosi, jadi dia hanya guna logik. 


saya berbual dengan rakan sekelas..adik perempuan dia tak boleh pregnant atas faktor suami dia takda benih..tapi adik dia tu sangup amik anak angkat, dia tak sanggup tinggalkan suami dia
Kawan saya kata: “tapi kalau lelaki kan.. lain tau! Diorang  sanggup  ceraikan isteri diorang..kalau isteri dia mandul…


Saya jawab: “ ahah..sebab lelaki kan lebih rasional..betul la tu tindakan dia, kalau ikut logik, memikirkan untung rugi kahwin dengan perempuan yang tak boleh beri zuriat..


Kami jawab sama-sama ..”Err…RASIONAL la sangatttt”~


Apabila kita terlalu pntingkan rasional dan logik, kita sampai hilang hati perut..dan akhirnya keputusan tu langsung jadi tak rasional.


Sebab tu la ada banyak perkara dalam membuat keputusan,ada masanya kita tak boleh bagi jawapan logik, tapi  mudah kata ia bergantung pada hati perut shaja!


Contoh syura, kita berbahas dalam memilih calon kepimpinan, kenapa orang nak sangat letak seseorang itu, sampaikan satu tahap kita sudah beri pelbagai fakta logik yang mampu menolak seeorang itu, namun semua orang tetap pilih orang berkenaan. Adakalanya xda sebab kukuh pun…lecturer saya menjelaskan, faktor mudah sebenarnya..adalah EMOSI..jawapannya kerana  kita suka pada orang itu!!..


Senang ceritala, nak pilih calon suami... calon A hensem, kaya , bijak , baik..calon B pula, hensem sikit, duit tak seberapa, baik jugak…tapi wanita ni pilih calon B pula.. bila ditanya apa sebabnya, dia tak dapat jawab dengan jelas..sebenarnya faktor mudah, sebab dia SUKA orang tu..!ha..kan senang~


Jadi tanya pada diri kita..adakah bila kita guna komponen emosi atau perasaan..kita terus jadi tak rasional???dan bila kita guna logik, adakah kita sudah cukup rasional??


Tambahan..Dalam membuat keputusan rasional, kita juga mementingkan kepuasan..adakala sesuatu pilihan itu bukan yang paling optimum namun cukup sekadar kita puas hati..ini yang disebut dalam teori kepuasan herbert simon~
  “people satisfice rather than optimize” 


Penulisan ni hanya nak buat pencerahan supaya  kita tidak terlalu stereotaip pada  istilah emosi sebab emosi itula membuatkan manusia lebih rasional, Namun perlu berhati-hati bila menggunakan emosi secara berlebihan, adakalanya kita tak sedar kita sudah berlaku tidak adil pada orang lain..

jadi belajarlah seimbangkan rasional dan emosi secukup rasa supaya kita menjadi seorang pembuat keputusan yang bijak!

Saturday, February 4, 2012

salam maulidur rasul~


Bismillahirahmanirahim,syukur Alhamdulillah kelapangan yang sebentar ini sempat berBBQ dan rehlah bersama sahabat2 Gombak tepi tasik ditemani burung berkicauan dan angin sepoi-sepoi bahasa bak kata ustaz ^_^. Terima kasih pada sahabat2 kerana sentiasa menguatkan dan saling mengingatkan untuk sama2 terus thabat dalam perjuangan..Taujihat ketua pemuda mengimbau kembali sirah perjuangan nabi Muhammad SAW agar kita sentiasa bersiap siaga dalam perjuangan yang sentiasa menuntut segala macam pengorbanan lebih-lebih  detik ‘peperangan’ yang semakin hampir.

Mengharapkan penghayatan maulidur rasul kali ni lebih terkesan, saya berusaha menghabiskan buku yg agak tebal, biografi nabi Muhammd SAW dlm supaya dapat perbaharui semula kronologi sirah perjuangan baginda ~







Saya highlightkan beberapa kisah-kisah yang amat terkesan... bagaimana perang Badar  Allah sebutkan sebagai Yaumul Furqan, Kisah perang uhud, saidina Hamzah r.a, Hanzalah , Musab b Umair antara sahabat yang terkorban sebagai syuhada, sahabat-sahabat yang ketika itu sanggup membela baginda semasa beliau terjatuh di dalam lubang, antaranya Abu Dujanah yang sanggup menutup lubang dengan tubuhnya sehingga seluruh tubuhnya di penuhi panah, dan sahabat yang syahid kerana 83 tikaman. tragedi perigi Maunah yang menyebabkan 69 huffaz terkorban. Kisah sahabat2 yang terpaksa berjalan terlalu jauh sehingga  pecah tapak kaki perang itu digelar zat’ al riqai’, dan di dalamnya menyebut tentang sahabat yang begitu khusyuk solat malam sehingga tidak mengendahkan anak panah yang berulang kali menembusi tubuhnya. Kisah perang Khandak yang menceritakan kekuatan pergantungan sahabat2  yang berperang dengan rasa takut dan cemas apabila pakatan Ahzab bani Khuraizah yang khianat pada perjanjian. Perang ini juga menyebut kisah serikandi, soffiyyah ibu kepada zubair bin awwam seorang pahlawan perang yang hebat, kerana kebijaksanaan dan keberaniannya  menyelamatkan kubu wanita dan anak-anak. Kisah perang Mu’tah dimana 3 orang sahabat yang bermati-matian mempertahankan panji Islam, Zaid bin harithah, jaafar yang dipotong kedua belah tangan  serta bahunya dan Abdullah ibn rawahah. Akhirnya Strategi Khalid al walid yang licik membuatkan mereka dapat berundur dengan selamat kerana tentera islam ketika itu hanya 3000 orang melawan 200000 tentera. Perang Hunain menyebut bagaimana  bilangan tentera islam yang lebih ramai dari musuh 12000 melawan 10000 diuji dengan ketakutan dan kecemasan sehingga ramai yang lari meninggalkan medan perang sehingga tinggal 100 orang sahaja yang mempertahankan nabi. Dalam perang ini juga malaikat turun membantu sebagaimana perang Badar. Kisah perang Tabuk iaitu sahabat2 diuji dengan kepanasan yg amat,kemarau dan rasa berbelah bagi kerana menentang rom yang merupakan kuasa besar ketika itu. Perang ini dapat memperlihatkan begitu ramai golongan munafiq yang sengaja tidak ikut berperang. …..

Semoga sirah perjuangan nabi Muhammmad SAW ini dapat menguatkan motivasi kita untuk terus berjuang kerana suatu masa dahulu, saya juga pernah rasa teruji, menyampaikan kebenaran itu memang pahit. Apabila dimarahi dan dipulau rakan-rakan lain, saya jadi gundah, kecewa dan putus asa yang tak tergambar. Rasa hilang kekuatan bila kawan-kawan yg kita harapkan menyokong dan membela kita tiada. Malah, ketika itu kawan baik kita sendiri pula yg sanggup menengking kita dihadapan orang lain. cuba pujuk diri dan mencari kekuatan namun tak jumpa malah tak tahu kenapa air mata tak berhenti-henti tumpah. saya hanya berhenti menangis selepas teringat  peristiwa nabi dihina, disakiti sehingga terluka, menitiskan darah ketika menyebarkan Islam, bagaimana sukar beliau diuji sedang beliau kekasih Allah yang dijanji syurga.. Lalu apakah layak diri ini menitiskan air mata oleh kerana  terguris hati yg baru sekecil ini. ..Allahurabi..ketika itu, saya terus terdiam dan berhenti menangis….

Betapa besarnya motivasi dan ibrah yang kita boleh ambil dari sirah nabi sebagai kekuatan, pendorong  dalam perjuangan. Kita sebagai hamba Allah yang lemah pasti tidak lari dari rasa kecewa, cemas, sedih dan sebagainya jadi cepat-cepat kita imbas perjuangan nabi Allah Muhammad, kekasih tercinta supaya kita tak terus-terusan rasa lemah. Wallahualam..