::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Sunday, January 25, 2009

jihad mana lebih besar?




Hari tuh bru blk ktsn..pstu dgr le ceramah free dpd abangah..

ade hadis yg mengatakan jihad akbar adlh jihad melawan hawa nafsu
hadis yang menceritakan bahwa setelah pulang dari Perang Badar,
Rasulullah bersabda, "Kita baru pulang dari perang yang kecil, menuju
perang yang besar." Sahabat bertanya apakah jihad yang lebih besar..Kemudian Rasulullah saw. mengatakan bahwa jihad
yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu.
Hadis ini adalah hadis palsu yang tidak memiliki sanad yang "bersambung" kepada Rasulullah.

Ada yg mengatakan jihad hawa nafsu pastilah tidak sebesar jihad (perang di medan
perang). Kalah dalam jihad nafsu masih ada kesempatan untuk bertaubat,
nyawa tidak melayang, tetapi kalau mati dalam di medan perang
umur akan terhenti, kesempatan bertaubat juga telah terputus. jihad di medan perang sudah tentu lebih besar dpd jihad melawan nafsu kerana apabila berjihad dimedan perang dan andai kita ditakdirkan mati..maka mati itu adalah mati syahid..yang terus dijanjikan syurga

klo lah kita hanya berjihad melawan hawa nafsu sahaja yang dikatakan jihad terbesar..tak perlulah rasulullah saw keluar berperang dan sahabat2 berjuang bermati-matian..sampai ade putus tangan kaki..bersimbah darah demi menegakkan syiar islam..tak perlulah saudara2 muslim kita yg lain mengorbankan nyawa demi membela islam..duduk sahajalah mereka menadah tangan dan berdoa..apatah lagi doa nabi muhammad saw..pastilah akan dimakbulkan..!!
kate abangah dgn smangatnye..


jadi jihad ni bukan sekadar berdoa ,duduk di tikar sembahyang dan hanya membetulkan diri sendiri..tanpa mempedulikan umat islam yang lain..kalau camtu la caranya..tak sampai pon islam ni pada kita kalau bukan usaha rasululah dan sahabat2.. jadik kite pon kne lah menyambung mata rantai perjuangan nih..smpai hari kiamat nnti..


suatu kisah yg sy dgr dlm ceramah …tntg org yg bjihad di medan perang dgn org yg jihad dengan diri sendiri iaitu jihad hawa nafsu..

Al-Imam Abdullah bin mubarak pernah mengutus surat kepada sahabatnya Al-Qadhi Fudhail Bin Iyadh yang beriktikaf di Makkah dengan meninggalkan tugas jihad …didalam surat itu terdapat untaian syair


Wahai ‘abid Al-Haramain,
seandainya engkau memperhatikan kami,
engkau pasti tahu bahwa selama ini
engkau hanya bermain-main dalam beribadah.
Kalau pipi-pipi kalian basah dengan air mata
maka leher-leher kami basah bersimbah darah.
Kalau kuda-kuda kalian letih dalam hal yang sia-sia,
maka kuda-kuda kami letih di medan laga.
Semerbak wanginya parfum, itu untuk kalian,
sedangkan wewangian kami pasir dan debu-debu.
Telah datang Al-Qur`an kepada kita menjelaskan,
para syuhada tidak akan pernah mati, dan itu pasti.



kte tahu betapa besarnya ganjaran org yg berjihad dimedan perang tapi utk kite yg blum ade kesempatan nak jihad smp di medan perang..jihadlah dgn apa yg kita mampu dimana2 tempat kite berada..sbb kemungkaran ade dimana2..

Ayuh kita berjihad semampunya…takbir!! allahuakbar!!


marilah berjihad




“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu bentuk perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab api neraka yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah & Rasul berjihad di jalan Allah dengan harta kamu & jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” As-Saff, ayat 10-11


Canmne nak berjihad ye?Sebenarnye sume org muslim diperintahkan berjihad.jihad ni bukan sahaja jihad (qital) mengangkat senjata tetapi juga jihad melawan hawa nafsu,jihad menentang masiat dan ade mcm2 cara untuk kite berjihad cth dgn harta, pndidikan dll


jihad yang konfem2 dituntut dlm kehidupan kite seorang muslim adalah jihad menentang maksiat sbb kalau kita nak gi perang membela saudara2 seislam kita spt di Palestin, Afganistan, Bosnia, Chechnya, Kosovo dan iraq agak sukar dilaksanakan..sbb nk smpai sana pon susah sbb ade mcm2 halangan.xtau lah dpt smpai ke tak..


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “ Sekiranya kamu melihat kemungkaran di hadapan kamu, hendaklah menegahnya dengan tangan, jika tidak mampu tegahlah ia dengan lidah, sekiranya tidak mampu tegahlah ia dengan hati,kerana itulah selemah-lemah iman.” Hdis riwayat muslim


Jadi klo kita melihat maksiat dihadapan kita hendaklah kita tegah dgn tangan….xmampu gne lisan..klo xmmpu gak tegah dgn hati..dgn cara berdoa..
tapi kan mmg susah tol nk jihad wlupon dgn lisan..lebih2 agi dgn org yg terdekat dgn kite..ditambah lagi dgn dri sndrik yg amln tak ckup smpurna..rse kdg2 nk tegur org sndrik pon blum ckup bgus..tapi kan klo la kite2 sume asyik pikir camni…takdelah org y nk sampaikan kbnaran..sbb kita ni mmg tak akan pernah sempurna..xlepas dr kesalahan…nk tunggu sempurna..alamat ntah bile la kite nak sampaikan yg haq..wallahualam.. ^-^

Wednesday, December 17, 2008

Rahmat ujian

Bila kau letih dan hilang semangat,

Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya.

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,

Allah telah mengira titisan air matamu.

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,

Allah setia di sisimu.

Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian.

Bila segalanya tiada bererti buatmu, keliru dan kecewa,

allah adalah jawapannya..





kenape ye kite diuji?


Apakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan begitu sahaja utk berkata kami telah beriman sdgkan mereka tidak diuji..( Surah al ankabut ayat 2 )


kita sering menangis memikirkan persoalan yang telah dan akan terjadi.... tinggalkan rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila.. kelmarin Tuhan telah menolongmu.. percyalah,esok pun Dia tetap akan menolongmu.....

- Imam Syafie



Peliharalah Allah,
nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau.
Kenalilah Allah ketika senang,
nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah.
Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak
menimpamu,
ia tidak akan menimpamu.
Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap
menimpamu.
Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran,
terlepas dari kesempitan itu
ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan

Kdg2 bile ujian dtg kite..terus marah2..or tak puas ati..kite slalu tak redha dan slalu bersangka buruk pada allah..kita jarang pon nk pikir bukankah disebalik apa yg diciptakan ..terdapat hikmah yg tersembunyi?

Bila allah cepat makbulkan doamu.maka dia menyayangimu,

bila dia lambat makbulkan doamu maka dia ingin mengujimu

Bila dia tidak makbulkan doamu maka dia merancang sstu yg lebih baik

untukmu

Maka bersangka baiklah kita pada tuhan yg menciptakan..


ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,......
Tetapi memberi apa yang kita perlukan,......

Kadang kala kita sedih,kecewa,terluka......
Tapi ketahuilah
DIA sedang mengatur yang terbaik untuk kehidupan kita..

Kau yg mengutuskan duka
Dan engkauah yg mengirimkan hampa
Namn padamu jua diadukan
Merebahkan keresahan
Dan tangisan

Aku tahu inilah kasihmu
Aku tahu inilah cintamu
Dan kutahu
tiap yg terbaik untukku
tak semuanya yg ku mahu…


Bile dgr lagu mestica..segalanya milikmu ni..terpikir sye..btul gak…DIA yg mencipta duka dan DIA yg mendatangkan mslh pd kite tapi kpd DIA jualah kita mengadu dan bergantung harap…

Pstu…msj pnting..nye lagu nih.. tak semestinye apa yg kita nak itu yg terbaik utk kite..

Mcm ayt surah al baqarah ..ayt 216

Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadik kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.allah maha mengetahui sedang kamu tidak tahu..


lagu rahmat ujian..klu cam rse sedih je msti dgr lagu nih...

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu tak siapa pinta ujian bertamu..

Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang..mempunyai pelbagai tafsiran..

Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
walau tersiksa ada hikmahnya ..

Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma ..
Itu jelaslah membuktikan allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan .
hanya yng terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya

Allah rindu mendengarkan..
Rintihan mu berpanjangan..
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi..
Segala ujian diberi..
maka bersyukurlah selalu…



..saat 'kekalahan' itu bermula apabila kamu merasai 'lemah' dalam 'perjuangan' dan saat 'kemenangan' muncul apabila kamu sentiasa melawan rasa 'lemah' itu..-syed qutub


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (QS; Al-Baqarah:286)

Friday, November 28, 2008

solat jemaah 2

ok nk share lagi skit psl solat jemaah ni

satu kisah pasal solat jemaah..

Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri (guru Imam Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud) berkata: “Aku sama sekali tidak pernah meninggalkan jemaah sembahyang Isyak.

Pada suatu malam, aku kedatangan tamu, sehingga tidak dapat menunaikan sembahyang Isyak dengan berjemaah.

Sesudah tamu itu pulang, aku segera pergi ke masjid di Basrah, barangkali ada yang belum mengerjakan sembahyang jemaah Isyak.

Ternyata semua orang melakukannya, sementara masjid telah terkunci. Kemudian aku pulang, hingga kemudian teringat suatu hadis: “Sesungguhnya sembahyang dengan berjemaah itu dua puluh tujuh kali lipat darjatnya jika dibanding dengan sembahyang seorang diri.”

Lalu aku mengerjakan sembahyang Isyak dua puluh tujuh kali, kemudian tidur.

Ketika tidur aku bermimpi melihat sekelompok orang menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.

Ketika hampir terkejar, ada salah seorang di antara mereka berkata: “Kamu tidak mungkin boleh mengejar kami. Sebab kami mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid, sementara kamu mengerjakan sembahyang secara bersendirian (munfarid) di rumah.” Selepas mendengar ucapan itu, lalu aku terjaga dan berasa sangat susah sekali;


Pada zaman Rasulullah, kesemua orang Islam akan datang ke masjid solat berjemaah, kecuali mereka yang benar-benar uzur manakala golongan munafik pula tidak menyertai solat Isyak dan Subuh secara berjemaah kerana merasakan mereka tidak akan dapat dilihat pada dua waktu yang suasana harinya agak gelap itu.


Riwayat dari Abu Hurairah r.a. juga, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat lsyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu kebaikan yang ada padanya, mereka akan menghadirinya sekalipun dengan cara merangkak.



Kebanyakan kite lebih sibuk akan amalan2 sunat yg lain tetapi kite kne ingat

kita takkan dpt jadik org yg btul2 soleh slagi kita tidak mementingkan amalan yg sgt dititikberatkan oleh kekasih allah (Rasulullah saw) iaitu antaranya solat jemaah…

sehinggakan ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar…

Seorang general Yahudi yang tersohor bernama Moshe Dayan juga pernah berkata... "Jangan harap umat Islam akan dapat mengalahkan Yahudi selagi mana bilangan orang Islam yang bersolat Subuh di masjid-masjid sama dengan bilangan mereka yang bersolat Jumaat".

kerek btul kate2 pakcik nih..tp mmg btul pon..mcmane umat islam nk bersatu menentang musuh islam klo pi masjid berjemaah pon bape kerat jer...


Sy bkongsi kat sini bukan skadar menegur or len..tp lebih kpd diri sndirik..alhamdulillah kite2 yg dekat dgn surau..same2 la mengimarahkan surau dan masjid

…jomlah kite same2 ajak kwn2 kite…klo takle gi masjid pon..wat la smayang jemaah kt bilik..2 org sudah memadai utk berjemaah…lgpon…klo terlambat cane pon..insyaallah sempat nye berjemaah..smpai rakaat terakhir still boleh msk agi..plg pntg ..pegi dulu surau or masjid tuh..

….sye sndrik pon tgh cube rajinkan diri mengajak org solat jemaah..kdg2 rse segan n cam berat mulut je nk ajak kwn solat jemaah..tak tau apesal…ni tgh cube kikis sifat malas tuh..INSYAALLAH...!!

jom solat jemaah...

Fadhilat solat berjemaah ni sebenanye amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Ni hadis riwayat bukhari dan muslim…)

Sebenarnye..fadhilat solat jemaah ni sgt byk ..sbb kite bukan je dpt stakat 27 darjat tp insyaallah la dpt fadhilat lain..antarenye..bila kita berjalan ke masjid..tak kisah la jalan or naik kerete ker..pastu… mase kite kat dlm masjid tu…banyak fadhilat dan kelebihannye…

Itu belum campur lagi kelebihannye dlm unsur2 sains..(pasal cas2 tu sumer..-malas nk tulis)

27 darjat ni…ummm..besa ke?kecik je?or banyak ke sikit?sbnanye itu bukan persoalan…yg pentingnye usehe kita utk solat jemaah tu..utk dpt keredhaan allah (mardhatillah)…

Tp kan..klo diikutkan kite-kite ni..kite cam anggap 27 darjat solat jemaah tu cam 27 sen je banding dgn solat sendirik iaitu sbnyk 1 sen…jadik cam tak banyak beze sgt kan?..btol tak..??? sbb tu kite amik remeh je soal solat jemaah ni…cube la kite anggap ganjaran solat jemaah ni cam RM1000 lawan RM27 000 pastinye kite berebut2 solat jemaah smpai tak muat masjid..


Dalil-Dalil Solat Berjemaah & Solat Di Masjid


cube sahabat2 check surah al nisa ayat 1o2
Allah SWT berfirman:

"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) beserta mu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siap dan menyandang senjata

Hem..klo ikut ayat diatas dlm keadaan perang..masih lagi dituntut menunaikan solat jemaah apatah lagi kite dlm keadaan aman damai ni.. cube pikir mereka berlawan dgn musuh islam…kite pulak masih lagi terhegeh-hegeh bertarung dgn nafsu malas sendirik yang entahkan menang atau kalah..



Dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, bahawasanya ada seorang buta yang berkata:

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak ada orang yang memimpinku ke masjid, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumahku?"

Maka Rasulullah SAW menjawab:

"Apakah kamu mendengar seruan azan?"

Orang itu menjawab: "Ya".

Maka Nabi bersabda: "Kalau begitu penuhi seruan itu."


Um..betape dituntut nye solat jemaah tu smpai org bute pon kene gi solat jemaah selagi die dgr azan..maksudnye die dekat dgn kwsn masjid apatah lagi kite ni yg dekat je ngan surau tuh..



Sunday, September 28, 2008

peristiwa penting dibulan ramadhan

Sedikit perkongsian dri kawan…dpt kite menghayati akhir2 ramadhan nie..


1. Turunnya AI Qur’anul Karim

2. Perang Badar Kubro

Inilah perang pertama dalam sejarah Islam. terjadi pada tanggal 17 Ramadhan 3 H. Perang badar, juga biasa disebut dengan Yaumul Furqon, atau hari pemisahan antara hak dan bathil. Tiga ratus kaum muslimin , berhadapan dengan kaum musyrikin yang memiliki persenjataan lengkap, termasuk 900 unta dan 100 ekor kuda. Atas izin Allah, dan berkat keimanan Rasulullah dan para sahabat, kaum muslimin menang. Peristiwa ini dceritakan Allah dalam Surat AI-Anfal.

3. Perang Tabuk

Perang kaum muslimin melawan pasukan Romawi ini terjadi pada tahun 9 H. Sebagian peristiwanya diabadikan dalam surat At Taubah. latar belakang perang adalah karena terbunuhnya duta Rasulullah saw, Harits bin Umair di tangan Syurahbil bin Amr Al Ghassany, ketika AI Harits membawa surat Rasulullah untuk pemimpin Bashra

4. Pernikahan Rasulullah dengan Saudah

Saudah binti Zam’ah bin Qais adalah wanita pertama yang dinikahi Rasulullah setelah wafatnya Khadijah. Dalam kitab sirah disebutkan bahwa Rasulullah menikahi Saudah pada bulan Ramadhan, tahun 10 setelah Rasul diangkat menjadi Nabi. Saudah sendiri wafat di Madinah pada bulan Syawwal tahun 54 H, di akhir kekhalifahan Umar bin Khattab ra.

5. Wafatnya Khalid bin Walid ra, 18 Ramadhan 21 H

Khalid bin Walid, yang digelari Rasulullah dengan Saifullah Maslul (pedang Allah yang terhunus) masuk Islam pada tahun ke 8 Hijrah setelah peristiwa Hudaibiyah. Perang pertama yang diikuti Khalid adalah perang Mu’tah. Dalam perang ini, Khalid melakukan pertempuran luar biasa. la mengambil panji Islam setelah tiga panglima sebelumnya, Zaid, Ja’far dan Abdullah bin Rawahah gugur syahid. Akhirnya Allah membe­rikan kemenangan kepada kaum muslimin.. Khalid wafat di zaman pemerintahan khalifah Umar bin Khattab. jenazahnya disolatkan oleh Umar ra.

6. Wafatnya Ali ra, 17 Ramadhan 40 H

Ali bin Abi Thalib, Ma­suk Islam saat berusia 7 tahun dan terlibat dalam berbagai peristiwa besar di awal-awal sejarah Islam. Kecuali pada peristiwa perang Tabuk, karena Rasulullah saw memerintah­kannya untuk menjaga keluarganya.

Ali termasuk 10 sahabat yang dijamin masuk surga. Menikah dengan puteri Rasulullah, Fathimah az-Zahra. Ali menemui syahidnya pada usia 58 tahun oleh tikaman Abdurrahman bin Muljam di Kufah, pada hari Jum’at, 17 Ramadhan. Jenazahnya dimandikan oleh anaknya Hasan dan Husein, serta Abdullah bin Ja’far.

7. Penaklukan kota Andalusia

Terjadi di bulan Ramadhan 91 H. Dalam sejarah disebutkan, inilah saat pertama pasukan Islam memasuki Andalus, dipimpin oleh Tharif Birbiri yang melanjutkan perjuangan AI Fatih Musa bin Nushair. Dalam penaklukkan Andalus ini juga dikenal pahlawan Islam bemama Thariq bin Ziad. Thariq memperkuat kekuasaan Islam atas Andalus pada tahun 92 H, yang juga terjadi pada bulan Ramadhan.

8. Wafatnya Ibnul Mubarak

Namanya Abu Abdurrahman Abdullah bin Mubarak, tokoh generasi Tabi’in yang terkenal dengan keshalihan dan ilmunya. Abbas bin Mush’ab mengatakan tentang Ibnu Mubarak, “Ibnu Mubarak telah menghimpun ilmu Hadits, Fiqih, Bahasa Arab, keberanian, dan perdagangan.” Imam Ahmad bin Hambal mengatakan bahwa Ibnu Mubarak merupakan orang yang paling semangat di zamannya dalam menuntut ilmu. la menurut Imam Ahmad, pergi ke Yaman, Mesir, Syam, Bashrah dan Kufah. Ibnul Mubarak wafat pada Ramadhan 181 H.

9. Perang Zallaqah

Perang ini terjadi pada bulan Ramadhan tahun 480 H. Zallaqah merupakan nama tempat yang terdapat di Andalusia, berdekatan dengan kota cordova. Dalam peperangan ini, kaum muslimin mampu mengusir pasukan musuh yang dipimpin oleh Alvonso VI. Sebelumnya Alvonso VI sesumbar dan mengancam penguasa muslim di Andalus Mu’tamid bin lbad Sultan, bahwa pasukannya akan mampu merebut kota Andalus. Adalah Yusuf bin Tasyfin, komandan perang Zallaqah yang berhasil mengalahkan pasukan musuh.


10. Kelahiran tokoh Sosiologi Islam, Ibnu Khaldun

Nama lengkapnya adalah Abdurrahman bin Muhammad bin Khaldun, lahir pada 2 Ramadhan 732 H. Karya Ibnu Khaldun yang paling femes adalah kitab Muqaddimah. Ibnu Khaldun mendapat julukan sebagai pendiri ilmu sosiologi yang diakui oleh para ilmuwan di seluruh dunia. Ibnu Khaldun sendiri wafat pada tahun 808 H. di Mesir pada saat kekuasaan Nashir Ilidiinillah.

Saturday, August 30, 2008

Ramadhan tiba lagi..


Bulan ramadhan tiba lagi..Alhamdulillah..


sama-samalah kita tingkatkan amalan..solat tarawikh..baca quran..serta amalan2 sunat yg lain..
paling penting skali jaga lidah..banyakkan bersabar....

selamat berpuasa..kepada semua umat islam..
hehhe..seronoknye...