::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Sunday, December 13, 2009

~Lagi isu BTN dan mesin basuhnya~



Bismillahirahmanirahim..baca berita hari..nampaknya isu BTN sampai la ni masih hangat.. sampai Datuk Najib sendiri kata akan mainkan peranan selesaikan isu ni.. Saya sebagai mahasiswa yang BERKECUALI turut terpanggil untuk berbicara akan niat IKHLAS BTN yang SUCI lagi MURNI ni..
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)  juga akan mendedahkan rakaman suara didakwa 'berbau perkauman' bagi mengukuhkan lagi dakwaan kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur 'doktrinisasi perkauman dan politik' dalam sedikit masa lagi..


Takpa kita tunggu dan lihat..kalau memang terbukti bahawa BTN adalah untuk kepentingan politik pihak tertentu..maka sewajarnya dan seadilnya program BTN yang SUCI lagi MURNI ni dimansuhkan terus..walau pun saya turut berDUKACITA kerana kesiankan rakyat Negara kita yang KERUGIAN kerana terlepas peluang menghadiri kursus BTN yang MANTAP lagi BERKESAN.. 



Ada pihak yang berpendapat modul BTN tidak perlu dirombak sebaliknya perlu ditambah baik agar sesuai dengan situasi semasa…bagi saye..ibarat  muka la..tak perlu nak ‘touch up2’ lagi andai dah memang comot..sebaiknya dibasuh sahaja..supaya bersih..make up setebal mana pun hanya akan menghodohkan lagi wajah  ..
BTN ni mmg BAIK bila memupuk semangat patriotisme..nasionalisme..namun semangat nasionalisme yang melampau juga tidak membawa kemana kerana ia jelas bercanggah dengan Islam kerana asalnya fahaman ini diasaskan oleh pemikir politik seperti Machiavelli, Gottrified yang berbentuk sekular..sebab lahir dari perjuangan masyarakat Barat yang berusaha bebaskan Negara mereka daripada tekanan Gereja Kristian..jadi saya lebih suka menggunakan semangat cintakan tanah air 


Jika benar ia menambah pengetahuan mengenai hal2 dan sejarah2 kenegaraan..tak patut ade pihak yang melarikan konsep asal BTN yang SUCI lagi MURNI ni..dengan mendoktrinisasi supaya menyokong mana-mana parti politik..Jadi pihak2 yang sewajarnya ..kaji balik matlamat BTN ..matlamat seharusnya selaras dengan pelaksanaan modul, silibus dan program..JANGAN CAKAP LAIN BUAT LAIN..


Sebab bila tanya rakan2 yang pergi BTN mmg ade menceritakn sejarah2 negara dan tak kurg juga diselitkan video2 yang mengecam pihak pembangkang.. nape lak tetibe kuar gambar tok guru nik aziz meletakkan tangan dibahu orang cina dan dikatakn menjatuhkan islam???apa islam itu hanya untuk melayu??malah mahasiswa2 sendiri dimomokkan dengan bangsa cina yang dikatakn semakin memonopoli..ape kes??


agenda perkauman sempit serta semangat kemelayuan yang melampau tak bawak kemana kerana Islam sendiri menolak assobiyah..
Kawan2 yang pergi ade mengatakan kursus BTN nak detect fikrah..fahaman dan juga nak tgk sape sokong pembngkang sape kerajaan..hemm..boleh caye ke??saye tak nak percaya TAPIKANNN.. mahasiswa yang bagi respon negatif atau nampak menentang je akan dicatat name..buat pe nak amik name orang??..da tade keje lainke??..kalau nak kasik hadiah takpe jugak kepada peserta-pesrta yang CEMERLANG sepanjang kursus BTN berlangsung..


Malah di UKM sendiri pelajar2 tahun satu fakulti pengajian islam shj diwajibkan pergi.. kerana dekan mereka mahukan semua pelajarnya mengikuti kursus BTN ni.namun saya tak melihat peri pentingnya BTN ni apabila dekan2 fakulti lain tidak pula merasakan perlunya BTN buat pelajar mereka..apa seolah2 fakulti pengajian islam itu kurang pengetahuan tentang kenegaraan?? atau pelajar2 fakulti lain sudah cukup ARIF soal kenegaraan..
patut ade suara2 MERDU yang mengatakan BTN ni nak ‘BRAINWASH’bebudak FPI..logik ke tak??

Em..macam2 lagi cerita kawan2 yang pergi..saya jadi PANAS HATI kerana trpaksa meragui niat iIKHLAS  pelaksanaan BTN yang SUCI lagi MURNI..apatah lagi kerajaan Selangor telah mengharamkan BTN..tak de peluang la saye nak merasai MESIN BASUH BTN..


2 comments:

masYie said...

Salaam..
bagus sekali ulasan wak tu dik..
tahniah...

hazyra said...

syukran..semoga semua pihak bukak mata dan menilai sendiri..