::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Thursday, November 29, 2012

Compliance



Bismillahirahmanirahim..beberapa hari lepas, ada orang tanya saya, dalam psikologi ni, ada tak belajar teknik2 nak pujuk orang atau buat orang ikut cakap kita? saya jawab ada..tapi general la. takla belajar direct tapi asasnya ada. cuma nak kne interpret dan olah semula ikut situasi kita. Sebenarnya kita biasa dah gune teknik2 ni cuma kita tak perasan je dan tak tahu nama-nama teknik dia..tapi, sedar tak sedar kita dah gne pon hari2..
Hmm..ramai juga yang tanya macam-macam berkenaan psikologi ni. Banyak faedahnya belajar ilmu psikologi ni, kita lebih banyak pengetahuan tentang tingkahlaku dan pemikiran manusia. Bila belajar dalam psikologi social, akan ada salah satu tajuk compliance ni..iaitu PATUH. Bahasa mudahnya.. “apabila kita terpaksa tunduk kepada permintaan seseorang yang mempunyai sedikit atau tiada langsung kuasa atau autoriti terhadap kita”
So kat sini nak cerita sikit beberapa teknik yang boleh digunakan untuk membuatkan orang turut pada permintaan kita walaupun kita sebagai yang membuat permintaan tiada autoriti langsung terhadap orang tersebut...
Tapi, kalau orang yang manipulatif, dia akan sentiasa guna teknik2 ni untuk capai matlamat dia dan bijak mengambil ruang & peluang..lebih2 lagi politician/salesman
the foot in the door effect>> bila seseorang bersetuju/ dah terlibat dengan permintaan kecil seseorang, dia akan lebih cenderung untuk patuh pada permintaan yang lebih besar orang tersebut
jiran1:cik tolong tengokkan kucing saya boleh?
Jiran2: isy, boleh je..
Jiran 1: em kalau boleh, tolong bagi dia makan skli..boleh?
Jiran 2: em..boleh lah..

·         the door in the face effect>> kecenderungan seseorang yang telah menolak permintaan yang besar untuk bersetuju dengan permintaan yang kecil sbb tak sampai hati.
cthnyala, nak mintak beli baju harga RM 100 mesti mak tak bagi..so kite mintak lagi beli yang harga RM 50..mesti dia tak sampai ati nak tolak sebab dia dah tolak yang besar tadi. Klo dia tak bagi, rendahkan lagi harga spy dia stuju.. (taktik mudahnya, kalau kita nak sesuatu tu, kite try mintak yang tinggi sikit. nnti msti org tak dpt tolak bila kita rendahkan pulak)

·         low ball teknik>> sebaik sahaja kita terikat atau komited terhadap sesuatu tindakan, kita tidak akan mengubah keputusan tindakan kita walaupun terdapat rintangan, ni biasanya time jual barang, biasanya dia meletakkan harga terendah, namun apabila pembeli dah bersetuju, dia akan bagitahu harg sebenar..(cth dah nk beli, ade pulak caj tambahanla, bayar ni lain, bayar tu lain ).

·         teknik that’s not all>> Contohnya meletakkan harga yang tinggi pada sesuatu barang. Kemudian diletakkan harga diskaun sebanyak berapa peratus. Pembeli akan merasa berbaloi untuk membeli juga kerana potongan diskaun

    Norm of reciprocity>> teknik ni dimana prinsipnya, orang cenderung akan balas semula. Kepatuhan akan berlaku apabila orang yang meminta telah menunaikan permintaan orang itu sebelumnya.
Cthla: kita dah tolong orng tu ..msti bila kita minta tolong dia, dia akn tolong.

>>Ok..banyak lagi teknik-teknik lain. kebanyakan teknik compliance ni diaplikasikan dalam marketing. .kalau nak tahu lebih dalam..bolehcari2 kat internet tajuk social psychology>> further lagi tajuk compliance, conformity to norms dll..
>>da lame tak menulis. Ada sahabat saya kata, apa yang kita belajar tu, sharela dalam blog ke..sambil menulis tu, kite boleh revise semula..hm..setuju sangat, rugilah kalau belajar tapi tak berkongsi ilmu..jd sye berusaha juga menulis spye ilmu sye tak berkarat walaupun susahnya nak istiqamah..^^

Friday, July 27, 2012

TERUJA !!

SALAM RAMADHAN~

bismillahirahmanirahim..kenapa nak cakap pasal teruja ye?? Tak tahulah tapi inilah perasaan saya hari-hari dalam sebulan ni. Saya hanya mampu huraikan tentang teruja sebab saya tak dapat nak gambarkan perasaan-perasan lain yang terlalu banyak muncul akhir-akhir ni. perasaan teruja ni kadang-kadang buatkan kita ‘stuck’ & hilang punca kerana terlalu excited.
Contohnya, nak tulis blog tapi tak tahu kenapa saya tak dapat nak menulis sebab terlampau teruja. Mungkin banyak sangat nak cerita, tak tahu nak mula kat mana. Especially kehidupan  bpraktikal  di psikiatri ni terlalu menarik ! hari-hari ada sahaja benda baru, berhadapan dgn pelbagai manusia di wad & komuniti, pelbagai cerita kisah hidup orang yang buatkan saya terkesima! terlalu banyak yg nak dikongsikan supaya kita sama-sama ambil pengajaran. Sisi-sisi hidup orang lain buatkan saya semakin mengerti apa rasanya ‘bahagia’ dan berulang kali saya ucapkan syukur kerana nikmat DIA yg terlalu bnyak buat saya..
sebenarnya kita ni sgt bertuah jika nak bandingkan dengan hidup orang lain yang kadang2 tak capai dek akal kita nak terima..apatah lagi menanggungnya..jadi marilah kita jadi hamba yang bersyukur,,
وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. ( Saba’ : 13 )
Hidup ni hari-hari sudah berkisarkan org lain sampai saya pon dah tak tahu saya ada masalah ke tak. orang lain disekeliling saya menanggung masalah yang terlalu berat sehingggakan rasa macam saya ni sbnrnye takde masalah langsung atau masalah saya selama ni macam takda apa-apa. Bermuhasabah dan terinspirasi dgn pengalaman hidup orang lain. Sebulan ni rasa gembira sebab berpeluang terlibat dengan kerja-kerja bantu orang lain walaupun tak berapa pandai melayan orang, tapi memang sangat suka kerja dengan manusia sebab  masing-masing unik dengan cerita tersendiri. hari2 tersenyum melihat kerenah orang. Best sangat.^_^
Insan yang teruja~ sekian.
(apa2 je post ni..sbb tak tahu nak kata apa..teringin kalau dapat share kisah patient2 kat sini, exciting sgt! nntilah kalau  ade kekuatan, smpi sekarang dah hmpir sebulan tapi cam xhbis2 lagi terujanya sebab setiaphari ade je kes2 baru)

Gambar ni tkde kaitan..tapi ade kene ngena ngn teruja sbb bru2 ni setelah cube bjam2..baru pandai kaler lukisan sndri gune photoshop..selalu jeles camne orang boleh kaler gmbar..dah reti dah skit2 ^_^

Friday, June 22, 2012

Mesir dan saya~



~Alhamdulillah, IKHWAN menang pilihanraya kali ni dan saya individu kecil diantara ribuan orang yang gembira wlupon kemenangan itu masih di tahap berisiko....sume orang sudah respon, saya takkan takda langsung perasaan kot..what a shame on you! ~maaf panjang, mode tulis tesis kan.. gaya UKM~


Mesir in memory
1998 (darjah satu)
Setiap hari saya berjalan kaki pi sekolah ditemani bangah.. satu hari bangah cakap “kak zirah nanti ingat jalan ni ye..” kenapa nak kena ingat? bangah kan ade..”saya senyum sambil kejar bayang kami berdua yang sedang berjalan pastu pijak bayang-bayang tu..hari-hari saya buat begitu. Seronok. Bangah kata, “nanti kalo bangah dah takda, kakak kena ingat, petang ni, kak zira cube balik sendiri ye, bangah tak datang jemput tau! Nak tengok kak zirah ingat tak jalan balik…” sampai kelas saya fikir punyalah pikir, takut kalau bangah betul2 tanak jemput saya dah, saya pun nangis diam2 “eii..hazirah nangisla” kawan sume mengusik saya. nasib baik cikgu marah diorg tu^_^
Sampai waktu balik saya tunggu bangah tapi bangah tak datang-datang. saya menangis. cikgu pujuk saya. Tetibe bangah datang, saya terus lap air mata, pura-pura tak nangis. “Eh..zira baru je nak balik tadi,, ingat bangah tak datang…”(huh, cover!).. bangah tanya “tadi cikgu kata, kak zira nangis.. kenape, takut bangah tak datang ea???" “eeeh, mana ade, pensel jatuh dalam longkang..tu yang nangis tu.” Malam tu, mak saya cek pensel box saye..”eik, kakak kate pensel jatuh longkang..mama kira ni cukup je pensel kakak ”  aduhh..kantoi lagi!
Esoknye, bangah cakap “abah nak hnta bangah pi mesir, blaja kat sana ngan along..bangah tanak pegi…Kak zira cakapla kat abah, bangah tanak pegi” hmm..yeke..saya tak caya bangah tanak pegi, hari2 die rajin mengaji..dia selalu cakap nak jadi mufti satu hari nnti padahal mase tu saya pun tak paham mufti tu ape.., saya rase mase tu bangah saja nak ambil hati saya..konon-konon cam tanak pegi..
Sebelum bangah pi, kami memang telah di wajibkan hapal surah yasin dan al-waqiah. Hari2 kami kene ‘tasmi’ ngn bangah. Klo tak ingat je kene cubit..saya selalu mengelat tanak ngaji, samela kak lang ngan kim sbb takot kena marah. saya terasa pemergian bangah sebab lepas dia pegi, takde da org nak pantau kami mngaji..main2 je slalu~
1998 (hujung tahun)
Seronok dapat peluang lawat bangah ngn along kat mesir. Saya menjangka mesir tu tempat yang best,..rupenye panas terik, sampai2 je, berdebu, airport dia tak best..macam bangunan lama..kami singgah banyak masjid..kebanyakn tak berapa lawa macam kat Malaysia..saya pelik..
Sampai sana, along jemput kami dengan teksi. Orang-orang mesir agak besar sikit dan kasar. Itu memori saya…sebab masa kami sampai, abang saya duk cakap arab pekat, kuat sangat dia cakap dngan orang teksi tu..macam bergaduh tapi kami tak paham pe pon. Pastu, singgah rumah along dulu. along ngn bangah tak duk sama sebab diorang slalu tak ngam, dua2 nak jadi hero..jadi rumah lain-lain. Tetibe tuan rumah datang, yang perempuan pun same je kasar, dia bising ngan along pasal rumah sewa dia..
Kami berjalan-jalan, mesir sebuah negara yang miskin juga..susah, setiap kali kami jalan, ramai peminta sedeqah kejar van kami..satu hari kak lang makan coklat, pastu dia bagi coklat kat sorang budak laki tu.. Tetibe kawan budak laki tu ramai-ramai serbu budak laki tu, kesian tengok. kakak saya pon bagi semua coklat yang ade dan saya pon bagi semua duit2 syiling yang ade dalam poket..
Susahnya kehidupan mereka.. orang tua sanggup tolak budak2 untuk berebut makanan..bayangkan! saya cukup tak sangka, selalu orang tua akan bagi budak2 dulu..tapi tidak, mereka bertolak-tolak dengan budak2 sampai ade yang jatuh. Memori sewaktu kecil saya kat sana..orang mesir ni hidup susah dan mereka memang kasar.
Saya merungut kat sana sebab kaki saya sampai melecet jalan..panas terik, kalo naik kenderaan cam bas kene kejar, mereka takkan berenti.   perut pun tak kena, asyik cirit birit je sebab abang saya satu rumah, style minum air tak masak, abah pulak suke sangat  bila dapat jumpe tomato dan daging yg amat banyak kat sana., dan tak tau dia masak resepi ape..saya cirit birit sampai semua kawan2 abang  hampir sepuluh orang satu rumah bace yasin kat saya, saya terlantar kat tengah2~ gaya saya macam da nak mati dah, malu mase tu pon ade..tapi tak heran sangat sebab kecik lagi. Saya ngan kakak boleh pulak tidur berderet  ngan kawan2 abang sume..haih,, xtau malu betul~
..tapi yang best, saya melawat maqam para sahabat, ulama,.saya tak paham sangat masa tu apa yang seronok, tapi cara abah dan abang  saya menggambarkan keistimewaan tempat tu buat saya rasa cukup bertuah dapat pi sana. Pastu kami melawat firaun2 n ramsis yg ade..masuk dalam pyramid, saya masih ingat bau dia sampai hari ni..bau mayat, bau batu,  sempit dan rasa sesak nafas.~
kalau tengok kesusahan rakyat mesir masa tu memang patut pun rejim zalim ditumbangkan..dah 16 tahun saya tak jejak ke sana..mungkin keadaan sudah banyak berubah,,kalaula sya ada rezeki bertapak semula di sana melihat mesir dibawah pmerintahan ikhwan~~sama2 kite doakan keamanan mesir dan umat islam seluruh dunia~
>>nak sambung len kali la..sye bhgi masa sejam je menulis blog sbb dah janji untuk tesis<<

Kesedaran Umat islam hari ni
Bila ikhwan menang ..saya terasa bila melihatkan kesusahan hidup mereka suatu ketika dulu.Bumi mesir ni antara tempat2 awal saya belajar mengenal dunia islam, .mase kecik saya terdedah pada negara2 islam yang susah dan ditindas penguasa yang zalim, ikut rombongan tabligh pi sempadan Thailand dan sebagainya..sampai bila balik, saya semangat dan tertanam benci pada yahudi, kafir laknatullah sehingga sampai tingkatan satu saya kat asrama bincang ngn kawan2, amirah, mcdah, mak piah cita2 saya nak jadi pejuang berani mati. masing2 ade plan sendiri.. plan saya pula masa tu:  umur 35 tahun nanti nak pegi palestin..tapi nak jugak kawin dulu (huhu..ape daahh., ade hati nak kawin jugak)..dorg tanya saya, anak-anak nanti sapa jaga? Saya kata..tinggal kat suami la..kalau dia tanak ikut~~  (skrg bila dah besar, bila tngok gaya hidup saya dan amalan saya, bru sedar, saya tak layak sikit pun nak berangan mati syahid..sedang suatu ketika dulu.. itu impian saya yang lama saya tanamkan…T_T)
sampai satu masa, saya  jadi ketua badar aspuri..saya denda budak2 yg solat subuh lewat, baca mathurat tengah court...diorang tak malu pon malah gedik je ade,, sbb court tu buatkn semua budak2 laki aspura usha diorg. Lagi mengada jadinya, makin ramai yg lewat..Saya denda pulak cara lain, basuh toilet. Tapi mase tu budak2 tak puas hati, cikgu displin panggil saya suruh saya ‘berlembut’ sikit dengan diorang..saya simpan dalam hati, kalau datang lewat sekolah, kena denda tapi kalau lewat solat subuh tak perlu amik tindakan? Peraturan Allah diremehkan begitu saja..mana keadilan..
Saya jadi orang yg takda hati nak simpan apa2 harapan kat dunia sbb dunia ni tak pernah adil untuk islam, saya tak bpe suke ikut peraturan, wlupon sy pengawas asrama..bende yg saya rase peraturan dunia dan remeh, sy remehkan aje..ade masenye fly gi umah kawan, jalan2, tengok bola smpi subuh (nakalnya saye waktu tu),  main sepak tin tengah2 malam sampai kena kejar dengan cekgu pastu nyorok dalam toilet cekgu laki (nasib kawan2 cover buat2 tak nampak),..(jgn contohi perangai ni)..sy agak 'rebel' dlm hati, sy harap orang lebih keras pada peraturan akhirat~
Masa tu semua masalah muslimat dalam kepala. masalah budak kapel, lesbian, tak solat..semua dibebankan atas saya sampai rasa macam2 konspirasi yang berlaku. Ade golongan yang tak suka saya dan kutuk belakang..tapi saya ade juga geng2 yang menyokong kuat saya..
Saya jadi faham dunia memang ‘bukan tempat yang benar-benar indah’ untuk orang islam.. saya rasa sakit nak tegakkan islam dan pahamkan islam pada kawan2 yang masih asyik fikr pasal diri sendiri..saya selalu  menyuruh mereka benti fikir hal sendiri, mslh hati yang remeh sebab umat islam susah..tapi orang2 sebaya saya ketika itu masih begitu ..
 >>Sedihhh….<< (apa yg saya simpan ni, semua masih segar dalam ingatan dan  masih terasa)

Off topic ~Sambil tu saya dalam mengenang abah yang dah hampir 2 bulan tak jumpa, sebab stiap kali saya balik abah berkursus, dah hampir 62 tahun abah masih kuat bekerja untuk kami sekeluarga padahal tahap dia, patut rehat je, abah hebat..kami adik beradik mase kecik2 dulu selalu tnya, kenapa bile abah ade duit, kita gi negara orang, tapi gaya macam orang susah, rumah pon kecik je..tak macam orang lain?" abah slu ulang.."kena bersyukur sebab kita dah sampai tempat nabi2..mekah, mesir, ade org yang nak sangat pegi tapi takde peluang nak sampai sana..abah klu ade duit nak bawak kakak pegi satu dunia..abah nak kakak belajar n amik pengalaman..ilmu tu kan penting..biar kita kaya ilmu, kaya pengalaman (saye agak tak suke jln ngn abah mase kecik sbb abah garang,(anak tentera~) kalo lambat je kena marah, tak bape enjoy^_^..tapi hari ni sye amat menghargai..sbb pengalaman itu mengajar saya banyak tentang ISLAM..ia lebih dekat dengan jiwa~
Ayat abah: biar poket kite seposen dua, tapi hati  kite jgn seposen dua.. hati mau besar!

Ps: maaf pnjg berjela, saya memang penulis novel dpd sekolah lagi..^_^

Sunday, May 27, 2012

Nak tegur..tapi

.. tak berani...~

Bismillahirahmanirahim..da tak taw nk letak tajuk ape...lukisan tak seberapa..moga ada manfaatnya..^_^ (sila klik pd gambar utk baca dgn lbih jelas)
tajuk diatas adalah ulangan post..kali ini,, topik yang sama..tapi perasaan saya cukup berbeza...
hari ini PTSL, sedang gigih nak siapkan tesis..oleh kerana tiada tempat, saya duduk bdekatan dgn  pasangan yang sedang menuntut ilmu bersama, tapi saya tak tahu  dimana keberkatannya bila maksiat bersama mereka..
Bila kawan-kawan buka topik kapel dan sebagainya, saya slalu buru-buru mahu pulang, saya rasa tempat saya bukan di situ,.. saya cuba positif, mungkin Allah letakkan saya disitu supaya saya buat sesuatu tapi tak ade ape-ape pon yang saya buat..saya hanya mampu tahan air mata.. sy tak dapat cakap apa-apa malah saya terdiam..kelu..kepala ligat memilih kata dan bahasa..tapi tak tahu kenapa semuanya tak keluar-keluar dari bibir ini. Sedar- sedar, saya sedang menyapu air mata sendiri..ketika itu mereka semua sudah melangkah pergi.
Setiap kali saya begini,  saya merasakan  saya adalah orang yang cukup dhaif dan kasihan=(
Saya selalu berbicara sendiri..”Cukuplah menangis dan buatlah sesuatu, sungguh tangisan itu tak mampu merubah apa-apa..”
Bila orang mngutuk hamba allah yang berbuat 'buruk’, saya selalu sedih dan malu dengan diri saya, sebab orang-orang  itu adalah rakan-rakan, ahli keluarga  yang terdekat dengan saya.. sungguh, demi ALLAH saya cukup  terasa.. siapa yg tidak terasa jika orang yang disayangi itu diper’kata’kan oleh orang lain..saya rasa saya cukup kenal mereka,, tetapi ‘perbuatan mereka yang satu itu sering saja buat saya seolah-olah langsung tidak ‘mengenali’ mereka.. saya ter’kilan’..ikut hati mahu sahaja men’jauh’kan diri..agar tidak ter’palit’ sama..
Bukan ‘salah’ mereka tapi ‘salah’ saya..sy ‘tahu’ tapi mereka ‘tak tahu’..sy ‘sedar’ tapi mereka ‘tak sedar’..kenapa bukan saya menyedarkan mereka?? Ahh,, alas an saya, TAK MAMPU, lemahnya iman saya...kerapkali dengan seribu satu alasan!..tak tahu Allah perlu beri ‘mukjizat’  apa pula pada saya agar saya ‘mampu’...
Mereka itu sebuah ‘kesedaran’ buat saya..Allah pilih mereka untuk diuji , bukan saya, sebab Allah tahu saya tak mampu.. bila melihat mereka, saya bermuhasabah diri, saya belajar dan mengambil iktibar dari mereka..
moga kalian diberi kekuatan utk  satu perubahan~saya sering doakan kalian..mungkin itu je yg saya mampu..

~luahan seseorang yang sedang kecewa dgn diri sendiri~ layakkah aku bergelar ‘pendakwah’?? ketika ini, masih saja mengelap air mata.. sedang keadaan diluar terus-terusan seperti itu..

Friday, May 25, 2012

~Ukhwah kita..dimana??~


Bismillahirahmanirrahim, syukran kepada sahabat-sahabat fssk atas usrah semalam, perkongsian tentang ukhuwwah islamiyyah yang begitu bermakna, cukup menyentuh dan terkesan kerana akhir-akhir ini kita seringkali menduga dan terduga, diuji dan teruji dengan ukhwah kita yang seringkali turun naik, ada masanya tinggi menggunung sampai ke langit, ada suatu ketika, seolah-olah terperosok jauh menyembah bumi~
Sungguh..kalian “adik beradik’ seringkali buatkan hati ini terusik dengan perkongsian ilmu, lontaran pandangan, luahan rasa, gelak tawa dan sebagainya membuatkan hati ini pasti akan merindu.. 3 tahun di fssk, sebuah medan tarbiyah buat hamba yang hina ini ditemani susuk-susuk kerdil ‘pejuang’ yang bergelut menegakkan kalimah ‘ISLAM’ dicelah-celah kesibukan manusia mengejar dunia, hanyut lantaran alpa..‘pejuang2’ ini kukira terasing di tengah ramai namun kekuatan ukhwah yang bertunjang aqidah ini membuatkan yang ‘sedikit’ itu terasa ‘banyak’. Keterasingan ini membuatkan kami saling mengharapkan bunga uhkwah yang sentiasa dibaja dan disiram itu kekal segar agar tidak layu, berguguran ditiup bayu ~
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti…pada musim bunga ini, kita memetik kuntuman di jambangan yang indah, bila tiba musim luruh, kita berjalan dibawah dedaun kering yang berguguran, apabila musim panas tiba, kita nikmati ia se'hangat' ukhwah kita~ semuanya tidak kekal, namun ia pasti berganti ..Subhanallah, segalanya indah pada kaca mata positif dan optimis…
Terima kasih sahabat2 atas sebuah ukhuwwah yang membuatkan diri ini sentiasa kuat..ah!! saya tahu, perjuangan tak perlukan kenangan, namun kenangan itulah yang menjadi azimat dalam perjuangan..maaf kiranya selama kita bersahabat, ada antara kalian yg rasa terzalimi atau tersakiti, ada hak kalian yang tidak tertunai oleh diri.. sungguh! saya tidak sengaja..kalau ingin dituntut, tuntutlah sekarang, tidak mahu kita yang berukhuwwah didunia ini, bermusuh pula di akhirat kelak~lepas  saya 'pergi' , minta halalkan semuanya agar saya tenang~
Pelbagai lontaran dalam usrah semalam, dan...yang ini juga antara kisah sebuah ukhuwwah~moga kita sama2 ambil pengajaran ~(saja amik kisah ni…sebab suke bahasa dia..menyentuh^_^)
                                                   ....................................
“Akhi… ukhti… Izinkan aku cuti dari dakwah ini”
Jalanan ibukota masih saja ramai hingga larut malam ini, dengan kenderaan yang bertali arus, juga dengan kehidupan manusia-manusia malam yang seakan tidak akan pernah mati. Namun kini hatiku tak seramai jalanan di kota ini. Sunyi… Itulah yang sedang kurasakan. Bergelut dengan aktiviti dakwah yang menyita banyak perhatian, baik tenaga, harta, waktu dan sebagainya, seakan menempa diriku untuk terus belajar menjadi mujahid tangguh. Tapi kini, hatiku sedang dirundung kegalauan. Galau akan saudara-saudaraku dalam barisan dakwah yang katanya amanah, komitmen, bersungguh-sungguh namun seakan semua itu hanyalah teori-teori dalam pertemuan mingguan. Hanya dibahas, ditanya-jawabkan untuk kemudian disimpan dalam catatan kecil atau buku agenda yang sudah lusuh hingga hari kemudian mempertemukan mereka lagi, tanpa ada amal perbaikan yang lebih baik. Ya… mungkin itu yang ada dibenakku saat ini tentang su’udzhan-ku terhadap mereka, setelah seribu satu alasan untuk berhusnudzhan.
Kini kutermenung kembali akan hakikat dakwah ini. Sebenarnya apa yang kita cari dari dakwah? Dimanakah yang dinamakan konsep amal jama’i yang sering diceritakan indah? Apakah itu hanya pemanis cerita tentang dakwah belaka? Apakah ini yang disebut ukhuwah? Sering terlontarkannya kata-kata “afwan akh, ana  tak dapat bantu banyak…” atau sms yang berbunyi “afwan akh, ana tak dapat datang untuk syuro malam ini…” atau kata-kata berawalan “afwan akh…” lainnya dengan seribu satu alasan yang membuat seorang akh tidak bisa hadir untuk sekadar merencanakan strategi-strategi dakwah akan datang. Kalau memang seperti itu hakikat dakwah maka cukup sudah “Izinkan aku untuk cuti dari dakwah ini”, mungkin untuk seminggu, sebulan, setahun atau bahkan selamanya. Lebih baik aku konsenstrasi dengan studiku yang kini sedang berantakan, atau dengan impian-impianku yang belum terpenuhi, atau… dengan lebih memperhatikan ayah dan ibuku yang sudah semakin tua, tanpa aku pun dakwah tetap berjalan, bukan???

Sahabat-sahabatku… . Memang dalam dunia dakwah yang sedang kita lalui seperti sekarang ini, tidak jarang kita mengalami konflik atau permasalahan. Dari sekian permasalahan tersebut terkadang ada konflik-konflik yang timbul di kalangan aktivis dakwah sendiri. Pernah suatu ketika dalam aktiviti sebuah barisan dakwah, ada seorang ikhwan yang mengutarakan sakit hatinya terhadap saudaranya yang tidak amanah dengan tugas dan tanggungjawab dakwahnya. Di lain waktu, seorang akhwat “minta cuti” lantaran sakit hatinya terhadap akhwat lain yang sering kali dengan seenaknya berlagak layaknya seorang bos dalam berdakwah.
Pernah pula suatu waktu seorang kawan bercerita tentang seorang ikhwan yang terzalimi oleh saudara-saudaranya sesama aktivis dakwah. Sebuah kisah nyata yang tak pantas untuk terulang namun penuh hikmah untuk diceritakan agar menjadi pelajaran bagi kita. Ceritanya, di akhir masa kuliahnya sebut saja si X (ikhwan yang terzalimi) hanya mampu menyelesaikan studinya dalam waktu yang terlalu lama, enam tahun. Sedangkan di lain sisi, teman-temannya sesama (yang katanya) aktivis dakwah lulus dalam waktu empat tahun. Singkat cerita, ketika si X ditanya mengapa ia hanya mampu lulus dalam waktu enam tahun sedangkan teman-temannya lulus dalam waktu empat tahun? Apa yang ia jawab? Ia menjawab “Aku lulus dalam waktu enam tahun karena aku harus bolos kuliah untuk mengerjakan tugas-tugas dakwah yang seharusnya dikerjakan oleh saudara-saudaraku yang lulus dalam waktu empat tahun.”
Subhanallah… di satu sisi kita merasa bangga dengan si X, dengan kesanggupannya yang tinggi beliau rela untuk bolos dan mengulang mata kuliah demi terlaksananya roda dakwah agar terus berputar dengan mengakumulasikan tugas-tugas dakwah yang seharusnya dikerjakan teman-temannya. Namun di sisi lain kita pun merasa sedih… sedih dengan kader-kader dakwah (saudara-saudaranya Si X) yang dengan berbagai macam alasan duniawi rela meninggalkan tugas-tugas dakwah yang seharusnya mereka kerjakan.

Sahabat…. Semoga kisah tersebut tidak terulang kembali di masa kita dan masa setelah kita, cukuplah menjadi sebuah pelajaran berharga. Ya, setiap aktifis dakwah adalah manusia-manusia yang memiliki hati yang tentu saja berbeza-beza. Ada aktivis yang hatinya kuat dengan berbagai macam tingkah laku aktivis lain yang dihadapkan kepadanya. Tapi jangan pula kita lupa bahwa tidak sedikit sahabat yang tiada memiliki ketahanan tinggi dalam menghadapi tingkah polah sahabat lain yang kadang memang sarat dengan kekecewaan yang sering kali berbuah pada timbulnya sakit hati. Dan kesemuanya itu adalah sebuah kewajaran sekaligus realiti yang harus kita fahami  dan terima.

Namun apakah engkau tahu wahai sahabat-sahabatku? Tahukah engkau bahwa seringkali kita melupakan hal itu? Seringkali kita memukul rata perlakuan kita kepada sahabat-sahabat kita sesama aktivis dakwah, dengan diri kita sebagai parameternya. Begitu mudahnya kita melontarkan kata-kata “afwan”, “maaf” atau kata-kata manis lainnya atas kelalaian-kelalaian yang kita lakukan, tanpa diikuti dengan kesedaran bahwa sangat mungkin kelalaian yang kita lakukan itu ternyata menyakiti hati saudara kita. Dan bahkan sebagai pembenaran kita tambahkan alasan bahwa kita hanyalah manusia biasa yang juga dapat melakukan kekeliruan. Banyak orang bilang bahwa kata-kata “afwan”, “maaf” dan sebagainya akan sangat tak ada artinya dan akan sia-sia jika kita terus-menerus mengulangi kesalahan yang sama.

Wahai sahabat-sahabatku… memang benar bahwasanya aktivis dakwah hanyalah manusia biasa, bukan malaikat, sehingga tidak luput dari kelalaian, kesalahan dan lupa. Tapi di saat yang sama sadarkah kita bahwa kita sedang menghadapi susuk yang juga manusia biasa? bukan superman, bukan pula malaikat yang bisa menerima perlakuan seenaknya. Sepertinya adalah sikap yang naif ketika kesedaran bahwa aktifis dakwah hanyalah manusia biasa, hanya ditempelkan pada diri kita sendiri. Seharusnya kesadaran bahwa aktifis dakwah adalah manusia biasa itu kita tujukan juga pada saudara kita sesama aktivis dakwah, bukan cuma kepada kita sendiri. Dengan begitu kita tidak bisa dengan seenaknya berbuat sesuatu yang dapat mengecewakan, membuat sakit hati, yang bisa jadi merupakan sebuah kezaliman kepada saudara-saudara kita.

Sahabat…adalah bijaksana bila kita selalu menempatkan diri kita pada diri orang lain dalam melakukan sesuatu, bukan sebaliknya. misalnya kita terlambat atau tidak dapat datang dalam sebuah aktiviti dakwah atau melakukan kelalaian yang lain, bukan hanya kata “afwan” yang terlontar dan membenarkan bahwa kita manusia biasa yang bisa terlambat atau lalai yang kita tujukan untuk saudara kita. Tapi sebaliknya kita harus dapat merasakan bagaimana seandainya kita yang menunggu keterlambatan itu? Atau bagaimana rasanya berjuang sendirian tanpa ada bantuan dari saudara-saudara kita? Sehingga dikemudian hari kita tidak lagi menyakiti hati bahkan menzalimi saudara-saudara kita. Sehingga kata-kata “Akhi… ukhti… Izinkan aku cuti dari dakwah ini” tidak terlontar dari mulut saudara-saudara kita sesama aktivis dakwah.
Semoga…

Tuesday, April 24, 2012

BaHAgiA itU piLIHaN~



Kerap kali manusia merasakan bahawa orang lain lebih bahagia daripadanya. Pepatah inggeris menyebut ‘rumput di seberang sana kelihatan lebih hijau’. Manusia memang tidak pernah puas. Hidup dilihat sebagai suatu pertandingan dan perbandingan. Bukan suatu kesyukuran untuk dikongsikan

Suatu hari, seseorang bertanya..adakah kamu bahagia?

Persoalan datang menerjah, hati mula terusik .Saya terhenyak ke penjuru jiwa, mencari kata menggambarkan rasa. Semakin diselam, semakin dalam. .Bahagia itu apa? 

Manusia menilai bahagia itu dari ‘materi’. Sedangkan bahagia itu subjektif dan relatif sifatnya.

Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang segar mengingati Allah, hidup dilalui dengan penuh kesyukuran, hari–hari mendatang dihiasi dengan harapan yang membunga pada sang pencinta. Bersangka baik. Seringkali ujian datang menerpa, silih berganti, namun semuanya suatu kenikmatan..

Ah, bicara tentang bahagia..sukarnya menggambarkan rasa. Cukuplah dikatakan dalam ketenangan jiwa seorang hamba, datanglah kebahagiaan. Dia patuh pada tuhannya. Musibah melanda, dia tidak pernah merajuk atau mempersoalkan pada tuhannya. Ada kesedihan pada riak wajahnya, ada tangisan terlerai dipipinya namun tidak ada seguris luka pada hatinya..jiwanya pasrah, redha dan menerima. Katanya, semuanya pasti baik-baik sahaja.

Katanya lagi ada natijah dan hikmah tersembunyi disebaliknya, cuma lambat dan cepat saja kita melihatnya kerana pengetahuan yang amat terbatas, ilmu kita yang sedikit. Sukar kita membaca percaturan tuhan..namun yakinlah tiap-tiap yang DIA didatangkan, pasti itu yang terbaik..

Bila DIA membuat pilihan..

Adakalanya kita merasakan pilihan kita itu yang terbaik,.bukan seperti yang DIA caturkan seolah-olahnya kita lebih tahu dari DIA. lantas jiwa meronta-ronta menggugah teguhnya keimanan. Dimana letaknya keyakinan pada sang pencipta?
Kata kita ‘jika bukan yang itu..pasti tidak buat yang lain..’ kita sedang berkira-kira dan bertarik tali dengan DIA. Sedang pelbagai ‘ruang dan ‘peluang’ yang terbuka cuma kita ‘buta’ hati untuk melihat...dengan  menyedari dan menginsafi akan hakikat kehambaan ini membuatkan kita tidak dapat untuk bersedih lama. Atas pengetahuan kita yang terlalu sedikit, dangkal dan amatlah dhaif..tidak wajar kita menangisi akan suatu yang kita tidak tahu!


Wahai orang-orang yang beriman. Yakinlah hari ini pasti ada bahagia dan begitulah hari-hari yang mendatang..pasti..!! Telah datang ribuan hari ..kita menikmati ‘ cinta’ nya. Ujian datang dan pergi namun kita masih ‘bahagia’ kerana maha adil Allah tidak meletakkan bahagia itu pada kekayaan kerana si miskin pasti terasa diabaikan, tidak juga diletakkan pada rupa paras kerana yang kurang pasti merasa dipinggirkan namun diletakkan kebahagiaan itu di HATI..ya, hati yang tenang ~tiada seorang pun didunia ini dinafikan haknya untuk tenang bukan? Jadi semua orang mempunyai peluang untuk bahagia.

…………………

sekali lagi ditanyakan..adakah kamu bahagia?
riak-riak resah mula bertamu..namun biar kutanyakan pada ketenangan jiwaku..kali ini aku menjawab pasti..
"ya, saya bahagia..saya pasti bahagia.. dan senyuman mula menguntum..~insya ALLAH!^_^

~YA ALLAH, indahnya kebahagiaan yang kau hadiahkan~terima kasih~

Saturday, March 17, 2012

tarbiyatul aulad


Bismillahirahmanirahim, Kali ni nak berkongsi sedikit tentang kanak-kanak.Kenapa pilih tajuk kanak-kanak ye? mungkin sebab terasa nak further psikologi kanak-kanak..banyaknya pilihan, kejap nak jadi kaunselor rumahtangga, kejap nak wat konsultan, kejap nak jadi ahli psikologi klinikal ..pening-pening
Sebagai ahli psikologi , saya suka wat eksperimen apa yang dipelajari dalam psikologi pada kanak-kanak kerana mereka ni jujur dan kita sangat mudah melihat ekspresi dan respons mereka yang ketara berbanding orang dewasa yang sangat sukar dibaca..memang rumit! Best belajar tentang kanak-kanak. adakalanya tak faham, tapi bila belajar dalam psikologi perkembangan, jenis tangisan bayi pun dipelajari, ada tangisan panjang, putus-putus, buat-buat ke, lapar atau sakit.
Kalau saya sedih atau rasa susah hati, saya suka cari masjid ,tempat yang lapang dan satu lagi feveret adalah cari kanak-kanak dan perhatikan  mereka. Kalau tak percaya, cuba try, rasa bahagia sangat kan?? kita akan gelak tak henti tengok gaya mereka. Tempat kegemaran saya masjid uia..sebab ramai sangat kanak-kanak..macam-macam gaya dan budaya ada ..meriah!
Tapi kanak-kanak zaman sekarang perkembangan otak mereka agak cepat berbanding anak-anak kecil zaman dahulu. anak classmate baru darjah 6. Dia dah pandai berbasa-basi n menjaga hati orang. Saya menjerit takut dengan lipas masa naik kereta ibunya..lepas tu adik tu terus cakap “coooomel la kak hazirah ni”sambil cubit pipi saya geram..padahal dia nak cakap “akak ni teruk betul lipas pun nak takut” tapi dia pandai cover ayat walaupun terlihat ketara oleh kami. kami semua tergelak..pandai nya dia cover ayat..mak dia pun mengakui..hurm,bijak-bijak!

~zaman kecik2:saya dan kak lang kat mekah~
Tarbiyah aulad
Sebab tu ibu bapa masa kini tak boleh ambil remeh dalam mendidik anak-anak. perlu tuntut ilmu sebab kanak-kanak masa kini lebih bijak berfikir bukan macam anak zaman dahulu lebih suka ikut sahaja.. kena hormati dan bijak meraikan pandangan anak-anak dan biar mereka explore sesuatu perkara tetapi dalam pantauan kita supaya dia jadi orang yang kreatif dan berinisiatif besar nanti.  
Boleh baca banyak buku-buku psikologi ibu bapa dan anak-anak, dalam buku tarbiyatul aulad fil islam karangan Abdullah Nasih Ulwan, beliau banyak menceritakan bagaimana kita nak mendidik anak-anak cara islam. 
Saya da try banyak kali pada anak-anak sedara saya. Kenapa kita cakap dengan seorang budak sekali je dia dah dengar berbanding orang lain yang guna leteran/marah2 /pukul dia pasti akan berdegil, menjerit dan mengamuk..sebab kanak-kanak  tu dah tahap boleh berfikir..kenapa tak petik suis rasional dia..
Ada banyak perkara yang ibu bapa perlu tahu tapi disini cuba tekankan satu perkara sahaja yang cukup penting Iaitu konsisten! Ia sangat dititikberatkan oleh pakar psikologi terhadap ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
 kat bangladesh-lawat along
Konsisten
Konsisten ini sangat penting dalam modifikasi tingkahlaku. nak buat peneguhan, dendaan, pelenyapan habit dan apa jua tingkahlaku baik yang kita nak wujudkan dalam diri manusia semua boleh guna teknik-teknik psikologi yang ada, tapi jika tak KONSISTEN (ISTIQAMAH) semua teknik pun takkan berjaya. Dalam didik anak-anak, displin yang konsisten memberikan mereka rasa perasaan selamat dan stabil. inkonsistensi pula akan membuatkan anak-anak keliru dan dunia mereka jadi unpredictable.
Cth tak konsisten yang sering dilakukan ibu bapa. :
1)    cakap lain, buat lain- cth: kita cakap pada anak“kalau tak makan sayur tak boleh main basikal”.tapi bila kita rasa kesian, kita bagi jugak. patut kena tegas dan konsisten

2)    buat kenyataan yang kita tak maksudkan- cth: “kalau tak diam, abah berenti kereta, pi jalan kaki balik rumah!”-apa yang kita cakap biar kita benar-benar maksudkan, kalau tak anak tu buat main-main je nanti.

3)   penyataan yang berlebih-lebihan- cth: tak kemas mainan, tak boleh tengok tv  sampai bila-bila (err..logic ke cakap gitu)

4)  ubah ‘tidak’ kepada ‘ya”- ni terutamanya nak diamkan anak-anak yang menjerit-jerit kat kedai. Kalau kita tak mahu belikan mainan tu pada dia..kena tegas, jangan lepas tu bli pulak


5)  tak cek samada anak tu dah buat apa yang disuruh- cth: kita suruh dia kemas katil, terus gi cek, dan lagi baik terus bagi peneguhan pada dia, cth cium atau peluk dia..jangan tangguh-tangguh..ni akan buat anak sentiasa ambil serius dengan arahan kita dan rasa dihargai

6) incongruen/peraturan bercanggah- abah kasi makan askrim, ummi pula tak bagi..mana satu ni? patut pasangan kena sama-sama setuju pada satu-satu peraturan dan hormati, jangan remehkan peraturan yang ditetapkan pasangan anda kepada anak.


7)   tak maknakan sesuatu yang dikatakan - anak-anak ni menunggu je bila mak abah dia akan maknakan apa yang mereka kata. Cth :anak dia mencarut, “eippp, abah rotan kang”..tapi tak buat-buat pun.esok dia buat lagi..abah dia cakap yang sama tapi tak buat pun..

8) respon berbeza pada tingkahlaku yang sama- cth; adik sepahkan bilik, mak tak marah, kakak sepahkan bilik kena marah (ikut mood mak ketika itu, kalau rasa nak marah baru marah.patut kena konsisten.siapa pun sepahkan bilik kena marah)
pernah tgk kejadian ni berlaku..abah dia tertumpahkan air kopi mak dia buat donno je, anak dia tertumpahkan air kena tempeleng..eii geram rase tgk mak ayah camtu. Kesian budak tu, konpius dia..padahal benda yang sama..dua-duanya tak sengaja..patut layan anak tu cara yang sama..kalau nak nasihat anak, nasihat abah dia jugak..baru konsisten. 


>>masa belajar dalam kuliah, dah berangan camna nak didik anak sendiri..uhuh..memang susah sebenarnya nak didik anak, tanya mak abah masing-masing. Hebatnya mereka berjaya besarkan kita! ALLAH2X..
kisah saya sendiri:kecik2 mak abah konsisten pakaikan tudung sejak 2 tahun lagi..sampai darjah satu nak masuk lumba lari..mak dandan rambut..tetiba tanya mak.."lari tak kena pakai tudung ke?"..mak saya senyum "owh, kakak nak pakai tudung ye?" gitula mak abah saya didik konsisten sampai bila nak buka rasa segan walaupun kecik lagi..
kdg2 terpikir, kalau dah ada anak sendiri nanti, takmau langsung bagi mereka dijaga pada orang lain..sebab proses pembesaran anak –anak tu penting sangat dipantau, hurm,,kalau gitu, adakah perlu jadi suri rumah spenuh masa? persoalan yang membelenggu diri saya~wallahualam

 my brother-musthaqim^_^

Monday, February 27, 2012

~HAti KaTA RinDu~



Bismillahirahmanirahim~
Jarak 7 hari ini sedang menghantar saya ke daerah berbeza, menitipkan suatu perasaan aneh!  Rasa tenang, namun jiwa ini seakan-akan sunyi.. Mungkin suasana berbeza agaknya~ 
Ada sesuatu yang amat terasa kehilangannya..masakan tidak, setiap kali bertemu, ada sahaja buah bicaranya, tidak pernah kekontangan. Malah, hampir setiap malam di datangkan ‘penceramah bebas’ berbeza-beza memberi ‘tazkirah’ agar warga rumah beringat-ingat dengan masa dan mengurangkan amplitud suara masing-masing..dan kini saya jadi ralat bila suara-suara yang menghiasi awal pagi sehingga lena itu tiada..

sahabat meluahkan tadi, dahulu, selama  ni dia selalu rasa geram kerana suasana yang bising tapi kini, bila dah tak kedengaran, rasa macam tak lengkap~ saya tersenyum bersetuju^_^

Sehari sebelum berpindah, Sakinah minta temankan meeting “ hari ni mungkin hari terakhir orang menyusahkan zi, lepas ni takda dah…"
“Janji ke..hari ni je hari terakhir menyusahkan?? lain kali tak buat dah?’’ sengaja membalas sedang hati mula terjentik dengan kesedihan apabila mengitung hari. Fikiran saya mula terlontar jauh, pasti saya antaranya yang akan merindu kalian bila terpisah nanti. Rela kiranya esok dan hari- hari mendatang  untuk terus-terusan ‘disusahkan’, seandainya saban masa bisa bertemu kalian semua..

Bila sahabat-sahabat datang bilik semalam dan solat jemaah sama2, saya terharu sebenarnya, kami sentiasa meratib perkataan ‘rindu’ sahaja..sedangkan hari-hari jumpa. Tak dapat bayang bila betul2 berpisah nanti, insyaALLAH ..moga bila bertemu tidak jemu,  bila berpisah tidak gelisah~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ukhwah
Pernah seorang  sahabat saya berkongsi, kita takkan rasa ukhwah bila kita tidak pernah memberi..
Fikiran saya menerawang memikirkan apakah selama saya bersahabat, saya banyak memberi atau saya hanya sekadar menerima..

Usrah bersama adik-adik baru-baru ini, buat  saya  menilai semula sejauh mana ukhwah kami...banyak rupanya yang masih tidak tahu tentang ‘ahli keluarga’ saya ni..baru kini, kami mula berkongsi hati ke hati… namun, ade juga yang berkisar tentang jodoh..isyh2 (padahal belum tahun akhir lagi^_^)

Bincang pasal tolong memasak waktu cuti je..namun dapat mencungkil pelbagai kisah yang tersimpan.. tabahnya adik-adik saya ni menghadapi kehilangan dalam hidup mereka..kenapalah ceritanya semua sedih-sedih, lebih-lebih lagi kami bakal berpisah kerana ada yang akan sambung belajar di mesir.. kalau tidak, setiap kali usrah asyik gelak aje..kali ni, suasana haru je..akhirnya, saya yang pertama  mengalirkan air mata,..semoga semua ‘ahli keluarga’ saya ni kuat-kuat aje, insyALLAH! 

Mungkin pengaruh perpisahan dengan teman-teman serumah membuatkan saya agak sensitif bila cerita tentang perpisahan..balik kolej, tiba-tiba Allah takdirkan jumpa rakan lama, rumate, kawan sekaki yang sentiasa lepak bersama zaman muda2 dulu..ukhwah dengan rakan-rakan yang satu ini laiiin sikit..kebetulan mereka semua ajak kenduri magi berjemaah....walaupun makanannya agak ‘grand’ dan ayat rutin  yang mereka suka pulangkan, “susah nak jumpa..maklumla orang sibuk..” rasa nak berdarah telinga dengar, namun perasaannya cukup menghiburkan ,hampir setahun lebih tak bersama.. mode sedih tadi bertukar ceria seketika ..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perjuangan~
Kebelakangan ini, butir bicara kami senantiasa sahaja berkisarkan ukhwah, perjuangan, perpisahan. gumpalan kerisauan membayangi langkah ke medan akan datang, lebih-lebih lagi di tahun akhir pengajian, harapan untuk terus thabat dan istiqamah walau nanti watak-watak, plot dan latarnya pasti saja berbeza. 

Seputar  hampir  4 tahun dalam jemaah , saya tak tahu apa yang saya dah berikan.. Apa yang saya tahu, saya beruntung menerima begitu banyak kebaikan, bersyukur sangat-sangat kerana ALLAH beri peluang pada insan yang kerdil ini untuk bersama dalam gerakan ISLAM..pun begitu adakalanya rasa teruji dan diuji itu ada, namun ikatan rabithah inilah yang sentiasa menjadi nadi kekuatan dalam perjuangan..

Buat sahabat2 yang dikasihi, akhir-akhir ini, kalian sering menduga apa perasaan masing-masing kini setelah berjauhan dengan pertanyaan-pertanyan yang mengharukan..biar saja saya mengaku mungkin sayalah yang pertama merasa rindu dan saya hanya mampu mencoretkan dengan tulisan ini.. Biar  saja cinta ALLAH jadi penghubung cinta kita. Pasti hati kita senantiasa dekat walau jasad jua jarak kita terpisah jauh.

~Moga bunga-bunga ukhwah kita yang bertangkaikan aQidah dan berhiaskan perjuangan ISLAM ini sentiasa segar mewangi dalam jambangan cinta NYA~


~~mode penulis: tengah rindu jemaah talam, usrah, halaqah ilmi, leteran, riuh rendah suara sahabat2 ms~ moga saat indah ini akan berulang lagi ^_^

Sunday, February 26, 2012

~ape-ape je~


Salam alaik....baru tadi membelek-belek isi perut laptop sebelum di format, terjumpe gambar-gambar komik yg dilukis sem lepas..jadi  saje2 postkan di cni.. (ntah ape je tajuk die kan..xde idea sebenarnya (^_^)...moga ada manfaatnya, insyaALLAH~










Tuesday, February 14, 2012

RASIONAL VS EMOSI





Kita selalu berbahas mengenai rasional dan emosi, kerana dua-dua kompenen ni saling berkaitan dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Setiap hari kita berhadapan dengan proses pembuatan keputusan, boleh jadi setiap minit dan saat. Bermula bangun tidur pagi tadi kita sudah perlu memilih, nak terus tarik selimut atau bangun..klo tak bangun, alamat terlepasla qiamulail..


.. .jadi saya cuba ulas sedikit supaya kita jelas  tentang emosional dan rasional ni memandangkan dalam kelas psikologi kami belajar tajuk ni dalam subjek decision making and problem solving..rugi rasanya kalau belajar tapi tak share~


kita secara commonnya, selalu underestimate, kuasa yang terdapat pada emosi..kata orang kebanyakan,,, “kalau ikut emosi ,kita jadi tak rasional.”..disitu kita telah silap menilai emosi. sebenarnya emosi adalah komponen yg sangat perlu dalam membuat keputusan rasional sehinggakan tanpa emosi  keputusan kita langsung boleh jadi tak rasional.


Cth kes phineas gage, dan kajian kes damasio tentang pesakitnya, Elliot yang mengalami kerosakan pada bahagian otak frontal-yang mana kat bahagian tu sangat terlibat dalam ekspresi emosi. Elliot ni orang yang sangat pandai ,IQ dia sangat tinggi namun akibat kerosakan itu, dia ada masalah dengan perasaan sehingga dia kurang dan hampir tiada perasaan. Dia seumur hidupnya menjadi orang yang sangat bermasalah dalam membuat keputusan sehingga nak decide makan kat restoran mana pun sangat sukar.   Sepatutnya apabila dah takda komponen emosi, Elliot patut boleh buat keputusan yang rasional namun dia gagal.Banyak lagi kajian kes yang telah membuktikan komponen emosi tu sangat perlu dalam buat keputusan yg rasional. 


Dalam cerita movie ‘I robot’ yang lecturer saya tayang dalam kelas, ada satu part ni, kemalangan brlaku dimana seorang lelaki agen fbi dan sorg budak kecik tenggelam dalam air..robot ni perlu selamatkan salah satu daripada mereka. Oleh kerana robot ni punya calculation guna statistik, logic dan hape2 lagi ) lelaki fbi tu yang patut diselamatkan.. so dia selamatkanla lelaki tu. lelaki tu frust ‘gila-gila’ apasal robot tu kejam sangat..tapi betullah, robot tu kan takda otak, mana dia ada emosi, jadi dia hanya guna logik. 


saya berbual dengan rakan sekelas..adik perempuan dia tak boleh pregnant atas faktor suami dia takda benih..tapi adik dia tu sangup amik anak angkat, dia tak sanggup tinggalkan suami dia
Kawan saya kata: “tapi kalau lelaki kan.. lain tau! Diorang  sanggup  ceraikan isteri diorang..kalau isteri dia mandul…


Saya jawab: “ ahah..sebab lelaki kan lebih rasional..betul la tu tindakan dia, kalau ikut logik, memikirkan untung rugi kahwin dengan perempuan yang tak boleh beri zuriat..


Kami jawab sama-sama ..”Err…RASIONAL la sangatttt”~


Apabila kita terlalu pntingkan rasional dan logik, kita sampai hilang hati perut..dan akhirnya keputusan tu langsung jadi tak rasional.


Sebab tu la ada banyak perkara dalam membuat keputusan,ada masanya kita tak boleh bagi jawapan logik, tapi  mudah kata ia bergantung pada hati perut shaja!


Contoh syura, kita berbahas dalam memilih calon kepimpinan, kenapa orang nak sangat letak seseorang itu, sampaikan satu tahap kita sudah beri pelbagai fakta logik yang mampu menolak seeorang itu, namun semua orang tetap pilih orang berkenaan. Adakalanya xda sebab kukuh pun…lecturer saya menjelaskan, faktor mudah sebenarnya..adalah EMOSI..jawapannya kerana  kita suka pada orang itu!!..


Senang ceritala, nak pilih calon suami... calon A hensem, kaya , bijak , baik..calon B pula, hensem sikit, duit tak seberapa, baik jugak…tapi wanita ni pilih calon B pula.. bila ditanya apa sebabnya, dia tak dapat jawab dengan jelas..sebenarnya faktor mudah, sebab dia SUKA orang tu..!ha..kan senang~


Jadi tanya pada diri kita..adakah bila kita guna komponen emosi atau perasaan..kita terus jadi tak rasional???dan bila kita guna logik, adakah kita sudah cukup rasional??


Tambahan..Dalam membuat keputusan rasional, kita juga mementingkan kepuasan..adakala sesuatu pilihan itu bukan yang paling optimum namun cukup sekadar kita puas hati..ini yang disebut dalam teori kepuasan herbert simon~
  “people satisfice rather than optimize” 


Penulisan ni hanya nak buat pencerahan supaya  kita tidak terlalu stereotaip pada  istilah emosi sebab emosi itula membuatkan manusia lebih rasional, Namun perlu berhati-hati bila menggunakan emosi secara berlebihan, adakalanya kita tak sedar kita sudah berlaku tidak adil pada orang lain..

jadi belajarlah seimbangkan rasional dan emosi secukup rasa supaya kita menjadi seorang pembuat keputusan yang bijak!

Saturday, February 4, 2012

salam maulidur rasul~


Bismillahirahmanirahim,syukur Alhamdulillah kelapangan yang sebentar ini sempat berBBQ dan rehlah bersama sahabat2 Gombak tepi tasik ditemani burung berkicauan dan angin sepoi-sepoi bahasa bak kata ustaz ^_^. Terima kasih pada sahabat2 kerana sentiasa menguatkan dan saling mengingatkan untuk sama2 terus thabat dalam perjuangan..Taujihat ketua pemuda mengimbau kembali sirah perjuangan nabi Muhammad SAW agar kita sentiasa bersiap siaga dalam perjuangan yang sentiasa menuntut segala macam pengorbanan lebih-lebih  detik ‘peperangan’ yang semakin hampir.

Mengharapkan penghayatan maulidur rasul kali ni lebih terkesan, saya berusaha menghabiskan buku yg agak tebal, biografi nabi Muhammd SAW dlm supaya dapat perbaharui semula kronologi sirah perjuangan baginda ~







Saya highlightkan beberapa kisah-kisah yang amat terkesan... bagaimana perang Badar  Allah sebutkan sebagai Yaumul Furqan, Kisah perang uhud, saidina Hamzah r.a, Hanzalah , Musab b Umair antara sahabat yang terkorban sebagai syuhada, sahabat-sahabat yang ketika itu sanggup membela baginda semasa beliau terjatuh di dalam lubang, antaranya Abu Dujanah yang sanggup menutup lubang dengan tubuhnya sehingga seluruh tubuhnya di penuhi panah, dan sahabat yang syahid kerana 83 tikaman. tragedi perigi Maunah yang menyebabkan 69 huffaz terkorban. Kisah sahabat2 yang terpaksa berjalan terlalu jauh sehingga  pecah tapak kaki perang itu digelar zat’ al riqai’, dan di dalamnya menyebut tentang sahabat yang begitu khusyuk solat malam sehingga tidak mengendahkan anak panah yang berulang kali menembusi tubuhnya. Kisah perang Khandak yang menceritakan kekuatan pergantungan sahabat2  yang berperang dengan rasa takut dan cemas apabila pakatan Ahzab bani Khuraizah yang khianat pada perjanjian. Perang ini juga menyebut kisah serikandi, soffiyyah ibu kepada zubair bin awwam seorang pahlawan perang yang hebat, kerana kebijaksanaan dan keberaniannya  menyelamatkan kubu wanita dan anak-anak. Kisah perang Mu’tah dimana 3 orang sahabat yang bermati-matian mempertahankan panji Islam, Zaid bin harithah, jaafar yang dipotong kedua belah tangan  serta bahunya dan Abdullah ibn rawahah. Akhirnya Strategi Khalid al walid yang licik membuatkan mereka dapat berundur dengan selamat kerana tentera islam ketika itu hanya 3000 orang melawan 200000 tentera. Perang Hunain menyebut bagaimana  bilangan tentera islam yang lebih ramai dari musuh 12000 melawan 10000 diuji dengan ketakutan dan kecemasan sehingga ramai yang lari meninggalkan medan perang sehingga tinggal 100 orang sahaja yang mempertahankan nabi. Dalam perang ini juga malaikat turun membantu sebagaimana perang Badar. Kisah perang Tabuk iaitu sahabat2 diuji dengan kepanasan yg amat,kemarau dan rasa berbelah bagi kerana menentang rom yang merupakan kuasa besar ketika itu. Perang ini dapat memperlihatkan begitu ramai golongan munafiq yang sengaja tidak ikut berperang. …..

Semoga sirah perjuangan nabi Muhammmad SAW ini dapat menguatkan motivasi kita untuk terus berjuang kerana suatu masa dahulu, saya juga pernah rasa teruji, menyampaikan kebenaran itu memang pahit. Apabila dimarahi dan dipulau rakan-rakan lain, saya jadi gundah, kecewa dan putus asa yang tak tergambar. Rasa hilang kekuatan bila kawan-kawan yg kita harapkan menyokong dan membela kita tiada. Malah, ketika itu kawan baik kita sendiri pula yg sanggup menengking kita dihadapan orang lain. cuba pujuk diri dan mencari kekuatan namun tak jumpa malah tak tahu kenapa air mata tak berhenti-henti tumpah. saya hanya berhenti menangis selepas teringat  peristiwa nabi dihina, disakiti sehingga terluka, menitiskan darah ketika menyebarkan Islam, bagaimana sukar beliau diuji sedang beliau kekasih Allah yang dijanji syurga.. Lalu apakah layak diri ini menitiskan air mata oleh kerana  terguris hati yg baru sekecil ini. ..Allahurabi..ketika itu, saya terus terdiam dan berhenti menangis….

Betapa besarnya motivasi dan ibrah yang kita boleh ambil dari sirah nabi sebagai kekuatan, pendorong  dalam perjuangan. Kita sebagai hamba Allah yang lemah pasti tidak lari dari rasa kecewa, cemas, sedih dan sebagainya jadi cepat-cepat kita imbas perjuangan nabi Allah Muhammad, kekasih tercinta supaya kita tak terus-terusan rasa lemah. Wallahualam..

Sunday, January 22, 2012

~Bunga2 cinta~


Pesanan penaja: diari yg ditulis ni ni untuk untuk pelajar tahun akhir je..pelajar tahun1 dan 2 xdigalakkan baca, takut terpengaruh..(^_^)

22 januari 2012,
Hari ni hati saya rasa berbunga…seperti mawar yang sedang mekar..rasa dalam perut ada rama-rama yg sedang berterbangan. ~
 Kerana……………………….. Pejabat baru bagitau 30 hb  semua wajib hanta proposal. Sentap! Lagi 7 hari nak hnta baru mula buat…43 muka surat..bagus betul cik hazirah skrg ni ye...memang pelajar cemerlang (monolog dalam hati).
Walaupun berdebar, rasa bahagia sebab hari ni  Allah kurnikan masa utk mulakan,,Hepi nya, baru dapat mula pun da kira bersyukur dah..moga Allah permudahkan segalanya..Ameen..sebenarnya tesis ni merupakan tekanan paling besar  sem ni sampai rasa takmo study dah. Teringin nak wat tesis kuallitatif tapi lecturer tak mau. Err sedih apa, nak wat pemerhatian tentang manusia tapi xdapat..lecturer kata susah, kena mendalam sgt. …last2 rasa takda mood ,Mula2 ingat nak wat kajian yang cam canggih  tetapi memandangkan kena wat kajian kuantitatif , pastu  lemahnya dalam statistic menyebabkan  rasa takut ‘stuck’ macam2 benda jadi langkah selamat buat kajian biasa2 aje. Soalselidik pon macam tak bapa best. Korelasi person, regresi, anova, two tail, dll suma tu bakal menjadikan kepala ni krem ..

 Rasa agak putus asa sebab wat kajian biasa2 aje, rasa dapat b pon dah ok..tapi org suma bising..” 6 jam kredit oi..baik buat betul2..Kata nak dapat first degree..”(-_-) zzzzz….saya balas dengan redha nya. Klo ada rezeki ,adalah..kalau takda nak wat cemana..”  pasrah !!Hapelah hazirah ni..kecik je cita2 dia kan??....takpala, yang penting saya bahagia sekarang ni..hari esok lain cerita..

ada akak penah nasihat saya, usaha sebaiknya utk hari ni , hari esok tu kan ketentuan Allah, jgn risau2 sangat, seolah2 kita tak yakin pada Allah (heehee..pada saat ini, nila kata2 motivasi yg paling baik untuk merasionalisasikan tindakan saya yang agak …….(isyh2..sila geleng2kan kepala anda)

Pengajaran: lain kali cikgu ajar belajar SPSS n statistik, belajar betul2..klo dah tertinggal, kan payah nak kejar..wallahualam..
Ps:// adik2 jgn mencontohi perangai kakak dalam cerita ni ye..