Bismillahirahmanirahim..alunan selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.
saje melukis jap..hobi yg lame dtinggalkan..moga mesej nye sampai pada pembaca..
Apa bukti CINTA kita pada kekasih kita ni? ? inikah bukti kecintaan kita..?? apa kita tak sayang pada Rasulullah SAW?? apa kita tidak KASIH pada baginda ??
baginda bermati-matian menegakkan Islam..sehingga saat kewafatan baginda..baginda masih memikirkan umatnya..kita pula bermati-matian melaksanakan konsert hiburan dll yg ditentang oleh Islam,..ade yg 'mati ' klu tak gi konsert..sedangkan pkr2 tersebut me'mati' kan hati..me'mati'kan jiwa..
fikirkan..siapa yg beri kita syafaat diakhirat kelak?? jangan sampai Rasulullah SAW tak mengaku kita sebagai umatnya..
Bismillahirahmanirahim..sedikit perkongsian..dalam mode nak pekse mid sem..sedang menelaah subjek persepsi dan kognisi. ..sje recall back disini ..
sangat suka subjek ni..walaupun agak ‘gila’.Bak kata kawan2 saya..” ..boleh gila aku masuk kelas ni..”Begitulah gilanya juga saya meminati subjek ni....persepsi dan kognisi…sangat menarik ,bawa kita ke satu dunia lain..
sye nak share skit salah satu subjek dalam psikologi memandangkan ramai benar yg berminat nak tahu apa saya belajar dalam psikologi..ok..salah satunya..persepsi dan kognisi. subjek ni agak lain dari subjek psikologi yang lain kerana ade lab, kne wat banyak eksperimen, blaja pasal mata, pndgaran dll.
kognitif psikologi mengkaji dan memahami bagaimana manusia mempersepsi, berfikir, problem solving, ingatan, memori, ilusi dsbg
yg menarik..lecturernye sgt obsess tntg kognitif..kdg2 rase agak gila n pning skit.. bila fikir tlampau mendalam..asssignment kami kdg2 tengok movie.. mudah..namun saya keberatan..kata lecturer saya..”kita di fakulti sains sosial..nak faham manusia..kene banyak tgk movie..especially filem barat..byk cerita tntg pemikiran..”saya setuju namun…saya tetap keberatan bila memikirkan byk juga impak negatif dari filem2 barat…umm
(skit dari bab persepsi_dont truly believe your eyes, cause your eyes could deceive you)
Kita persepsi imej ni bgerak n berpusing sdgkn tak pon..
Persepsi kejauhan..nampak org ni kecik..padahal kita tau besar....(jadi jgn pcaya mata semata-mata..perlu persepsikn sstu dari pengalaman..deria dan sbgnya..)
ada 3 atau 4 imej berbeza. perhati lame2...pandang dari sudut berbeza..
muller layer illusion.sama panjang tapi nampak yg bawah lagi panjang
mane atas, mane bawah..
kita persepsi ada segiempat putih sdgkn takde..
nmpak imej ni beralun..cuba hentikan minda anda dari persepsi kan benda ni beralun..ini kerana ia hanya ilusi..
tgk btul22..
ksimpulan…pentingnya minda dan pemikiran…walaupun satu dunia kata anda salah…anda tetap betul.. jika anda fikir anda betul…..takde sorang pon boleh kata anda salah..sbb pmikiran yg mengawal kita…org yg hebat adalah org yg dapat mengawal minda…
Bismilahirahmanirrahim....menjelang prk yg tiba..Insyaallah sedikit sumbang saran ..apa peranan mahasiswa dalam pilihanraya kampus?? Teringat saya semasa program bersama adik2 sekolah menengah agama yg lepas..ada adik muslimin yg bertanya kepada ustaz.. “saya nak tanya.. bila melihatkan kepincangan dalan pentadbiran negara..dengan rasuahnya,kepimpinan negara yg penuh penindasan,kemungkaran berleluasa..apa yg kami boleh buat dan sumbang sebagai pelajar sekolah menengah..?” Jawab ustaz.. “imbas kembali kisah Nabi Ibrahim yg dibakar oleh raja Namrud. ada seekor burung..yg sangat kecil mainkan peranan dengan paruhnya ,menjatuhkan titis demi titis air.. burung sekecil itu cuba sedaya upayanya menyelamatkan nabi Allah Ibrahim..walaupun ia tahu titisan air itu tidak mampu memadamkan marak api yg membakar..Allahuakbar..namun ia tetap berusaha.. Saya meraikan jawapan ustaz yg cukup optimis.. beliau tidak terus menjawab soalan..namun ditinggalkannya dengan persoalan.. Burung sekecil itu dapat mainkan peranan..apakah kita sebesar ini tidak langsung dapat memberi sumbangan??jadi fikirlah apa peranan kamu…. Dari sekecil-kecil makhluk, hingga sebesar-besarnya..semua ada peranan..tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu sia-sia.. Siapa pun kita..kita tetap ada peranan dan tanggungjawab..lebih2 lagi orang muda..anda lah aset penting dalam pembentukan negara dan pembinaan umat islam pada masa hadapan.... nak lihat masa depan negara pada masa akan datang..lihat pemuda kita hari ini.. Begitulah juga realitinya kita disini sbg mahasiswa kampus.. dah nak prk ni..ramai yg btanye..nampak sibuk bagai..jadi calon ke? Tak semestinya berperanan sbg calon aje..penyokong pencadang semuanya penting..agen tempat undi..teknikal .. ade peranan masing2..maka sumbanglah dimana-mana..mainkan peranan anda.. Malah..semua mahasiswa berperanan sebagai pengundi..kitalah yg paling penting..peranan besar dalam menentukan barisan kepimpinan pelajar yg bakal mencorakkan aspirasi universiti ..sisi pandang yang lain…sebagai org islam..pentingya kita untuk meletakkan islam ditempat yg sewajarnya..maka pilihlah pemimpin yg sewajarnya..sebab ini juga related utk saham anda diakhirat kelak.. Kalau anda masih merasakan anda tiada peranan,tidak mahu bertanggungjawab sbg mahasiswa..sebagai umat islam..malulah anda dengan burung kecil tadi..walaupun tubuhnya kecil namun jiwanya besar…anda???..fikir2kan..dan selamat mengundi..^_^
Bismillahirahmanirrahim…sedikit perkongsian dari program Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) selama 2 hari bertempat di hotel Blue Wave Shah Alam.Terima kasih diucapkan kepada YB Dr.Halimah yang berusaha menganjurkannya, kak Mastura (ketua nisa )dan fasilitator2 terlibat. Agak ralat juga saya berprogram dalam keadaan yg serba mewah.Memang ujian.namun agak pelik sedikit..program kali ni mahasiswa 2kali ganda ramai dari mahasiswi..namun laungan muslimat power3x tetap bersemangat..
Program ni agak sinonim dengan SPIES dan ESQ..Namun saya melihat kecenderungan program ini lebih kepada motivasi dan tertumpu kepada para mahasiswa dalam jemaah.
Dalam konteks sebagai seorang mahasiswa yang berperanan sebagai pelajar,ahli gerakan islam,daie dan juga pemimpin ,mesti bina sikap positif( bina networking,hubungan mencapah, luaskan pengaruh& jadi belia yang “think others”).Selain itu mahasiswa itu pelajar dan seharusnya memcapai akademik cemerlang dalam menjadi graduan “wanted”.
Beberapa gagasan idea yang dibentangkan bagi membina akademik cemerlang dalam konteks mahasiswa jemaah yg diadaptasi dari Program Jejak Ilmuan Selangor di bawah inisiatif Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali spt program jelajah ilmuwan, program pementoran IPT, progam tunas ilmuwan dan sbgnya.
Saya melihat usaha ini sangat optimis bagi meningkatkan taraf ilmu, mendekatkan masyarakat dengan ilmuwan (asyik artis je ade tour..sekarang kita tour academician pulak,golongan bijak pandai..baru wujud masyarat yang membudayakan ilmu..)
Dalam konteks mahasiswa sebagai daie pula .. jadilah tokoh masa.keaslian dalam menafsir, semasa dalam pemikiran..ilmu yang berpijak pada fakta..dan paling penting..berhikmah. Hikmah adalah anugerah ,kerana banyak org berilmu tetapi tidak berhikmah.
As daie sendiri, sikap perlu positif. menjadi idol dan ikon kepada mahasiswa lain..malah..tak boleh wujud double standard, jangan memilih orang yg kamu nak dakwah..as stated in surah abasa..
Dalam konteks mahasiswa sebagai pemimpin..be a servant leadership..siapa tokoh terbaik??Rasulullah SAW.Cth yg boleh diambil, Kisah Hasan Al-Banna yang turut sama menyusun kerusi lalu ada orang bertanya “kenapa tuan menyusun kerusi sedangkan tuan adalah ketua dan pemimpin??”
Jawab Hassan al banna “saya tidak tahu amalan mana yang diterima Allah”
Disini terserlah ciri pemimpin yang hebat..dari sebawah-bawah kerja sehingga paling atas sanggup dilakukan…pemimpin berjiwa hamba..
Pesan puan mas sendiri..jadilah ketua yg baik,jaga hati orang yg paling dekat..yg bekerja dengan kita... Jangan sampai kita melukakan hati sahabat2 sendiri semata-mata untuk mengambil hati orang lain yg jauh untuk mendapatkan pengaruh.
Lastly..positif selalu..berani gagal..Pelajaran paling besar adalah belajar dari kejatuhan..namun apabila kita sebagai orang islam tidak belajar dari kejatuhan kita ..maka kitaberada dalam kerugian yg nyata.
Alhhamdulillah..ingin berkongsi sedikit..mgnai program Jambori Nisa Selangor yang bertempat di Bukit Lagong ,Selayang pada 25-27 Disember bru2 ni bertemakan “ I’M A SUPER MUSLIM “.bilangan peserta sekitar 300 orang dikalangan adik2 teen circle nisa seluruh selangor
Banyak input dalam setiap slot...Slot riadhah,Slot ceramah I love islam bersama kak syuhadah dan ustaz ashaari , slot ceramah activate amal reload taqwa..slot ceramah cinta vs cita-cita,slot connecting ummah..slot kubius cinta ,Slot impak maksima: muslimat power,slot dimana bumi dipijak disitu islam kujunjung, Jungle trekking ..dll
saya kongsi sedikit slot bersama ustaz zamri mantop..mmg mantop..Kata ustaz..klo dalam anggaran yg telah dibuat utk seorg muslim yg hidup dalam 50 tahun..bila dibahagi campur..kita ada 17 thn tidur..rehat 8 tahun..bekerja 25 tahun dan solat dianggar hanya diperuntukkan 2 tahun..astaghfirullah..bayangkan..2 per 50 thn je waktu kita beribadah..layyakkah kita ke syurga???Sbb tu..sbg org islam..sume aktiviti sepatutnya jadi ibadah jika kita niatkan kerana allah..bekerja ikut syariat dpt pahala..slm tidur, baca doa tidur dapat pahala…
Haa..smasa jadi fasi..saya diberi nama kumpulan nailah al farafishah..bingung juga saya..kerana saya sendiri lupa kisah nailah..tanyakan pd fasi lain..sume pun tak ingat…
Jadi ..bila balik ni..saya cari semula kisah nailah ni..iaitu isteri khalifah utsman bin affan.nailah dinikahi ketika utsman menjawat jawatan khalifah. proses pernikahan mereka unik. Utsman meminta said untuk menjodohkan beliau dengan nailah apabila diceritakan kisah kebaikan saudara nailah iaitu hindun yang menjadi isteri said bin ash umawi..
Terbukti pilihan Utsman tidak salah. Nailah adalah wanita yang tak hanya cantik tapi santun dalam berbahasa dan cerdas. Utsman tidak dapat sembunyikan kekagumannya sehingga dia berbicara tentang Nailah, “Aku belum pernah bertemu wanita yang lebih cerdas dari Nailah. Bahkan dia mampu mengalahkan kecerdasanku.”
Tahun 28 Hijriyah, Utsman menikahi Nailah. Setelah tinggal di Madinah, Nailah selalu mengunjungi dan berguru dengan, Ummul Mukminin, Aisyah. Bahkan dia meriwayatkan beberapa hadits dari Aisyah dan beberapa dari suaminya sendiri. Suatu bukti bahwa Nailah mempunyai keseriusan terhadap ilmu.
Hanya 7 tahun nailah hidup tenang mendampingi suami tercinta sampai ujian besar datang. Pada tahun 35 Hijriyah timbul pemberontakan terhadap kepemimpinan Utsman. Nailah tetap berdiri setia di sisi Utsman meskipun ia tahu nyawa taruhannya.Sejarah mencatat kesetiaan Nailah saat para pemberontak berjaya masuk ke dalam rumah Utsman. Mereka segera menyerang Utsman dengan pedang. Nailah menjadikan dirinya perisai hidup bagi Utsman. Namun, tangan Utsman tetap terkena sebatan pedang sehingga darahnya menitis membahasahi mushaf tepat di ayat “Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Selepas itu dtg lagi seorang pemberontak menghunuskan pedangnya ke arah Utsman. Nailah menghalang lelaki itu. Dengan segenap kekuatan dia cuba merebut pedang pemberontak tersebut sehingga putuslah jari jemari Nailah. Laki-laki itu akhirnya Berjaya mendekati Utsman dan membunuh Utsman sehingga syahid.
Nailah sangat terpukul dengan kematian Utsman yang terjadi di depan matanya sendiri. Sedih dan pilu jiwanya. Sesudah kematian Utsman, Nailah keluar dari rumahnya menuju masjid Rasulullah saw. Ia menyuruh seorang wanita ikut bersamanya untuk membangunkan orang-orang yang ada di situ. Maka berkumpullah orang-orang di sekeliling Nailah. Di sana ia menyampaikan pidato yang amat panjang dan menyentuh hati yang menggambarkan kepedihan hatinya serta mengingatkan manusia akan fitnah yang sangat gelap yang mereka hadapi dengan terbunuhnya Utsman. Sehingga ketika ia selesai berpidato, murunglah semua wajah orang yang hadir.
Demikianlah kisah Nailah. Semoga Allah selalu mencurahkan kasih sayang dan rahmat-Nya untuk wanita solehah yang setia pada suaminya dan membelanya di jalan Allah
sambut kami beramai-ramai. Kami sentisa mengulang kalimah itu sebelum pulang .. seolah-olah trademark buat faci2 dan ajk muslimat BETTER o9 (best mukmin for leading future)..adik2 peserta kata.."wah..best la kak ayat tu..jiwang.."sape yang reka?? kami sama-sama la..."
em..jiwang2 pun.. cuba hayati maksudnya.. sukar sebenarnya apabila bertemu ..bimbang andainya..kami gundah apabila berpisah..namun kami kuatkan hati..bertemu berpisah kerana Allah..
Sahabat..merasai kemanisan dalam ukhwah itu ..sesuatu yang cukup indah.Mehnah dan tribulasi dilalui dengan hati yang lapang dan terbuka…apabila perjuangan dan matlamat yang sama ..LILLAHI TAALA..menjadikan luka itu suka, duka itu gembira..
Keramatnya ukhwah,
Melangkaui hubungan darah
Kasih sayang kerana Allah
Tonggak kekuatan dalam jamaah
Digubah dengan acuan aqidah
Tak seorang dibiar gundah
Andai ditakdir rebah,
Seribu membahu gagah
Moga hatimu tabah
Menempuh segala mehnah
Andai ingin diluah
Diri ini sedia bersama menanggung resah
-credit to kak farhah-
Alhamdulillah..menjadi fasi adik2 ..dari pelabagai sekolah agama sekitar selangor SAMER,SAMBEST,SAMTTAJ dll ,banyak yang dipelajari dan mempelajari..seorang daie sentiasa bersedia untuk ditarbiah dan mentarbiah..namun apa yang dikongsi disini,..pentingnya ukhuwwah dalam berdakwah…
“em..saya naqibah..usrah saye kan kak....sebulan sekali..”kata asiah
“eh..usrah kitorg..seminggu sekali..”kata zainab
“ha..cube kongsi kenape usrah awak sebulan sekali..kenape usrah maa’zatil, farhah dengan zainab boleh seminggu sekali..”
“ha..tula..camne korg buat ea..anak2 usrah saye tak minat nak datang..ade je hal..masing-masing macam sibuk..”
Um..kitorg slu wat game..kdg2 makan2..kakak usrah saye sanggup belanje..best..”kata adik2
“Lagi satu..buatla program best2 sket..kitorg penah wat jalan2..dan usrah bukan setakat duduk bincang silibus jer”kata adik yang menjadi naqibah.
Apa yg nak disampaikan disini..nak tarik ahli usrah atau mad’u bukan bergantung bestnya sesuatu aktiviti dalam usrah..tapi ukhwah… perlunya keterikatan ukhwah antara ahli..maka,pendekatannya dengan cara beraktiviti, makan bersama, bermain dan berbincang la dapat eratkan ukhwah..
Andai kita sekadar bertaaruf dan berhalaqah semata..namun tidak makan bersama, tidur bersama, beraktiviti bersama..kita takkan mengenali mad’u dengan dekat..maka usaha dakwah tidak dapat berjalan lancar..
Akhir kalam..semoga ikatan ukhwah ini berkekalan..buat sahabat2 adik2 syababgen 1.. (asiah,farhah,hafizah,maazatil,faizah dan zainab)dan buat fasi2 better 09( kak masyitah,ilyani,mardhiah, mufidatul,kak farhah,nabilah) semua fasi muslimin,ajk muslimin muslimat..seronok bekerja bersama kalian..alhamdulillah..ukhwah itu indah..bertemu berpisah kerana Allah..(^_^)
Bismillahirahmanirahim..baca berita hari..nampaknya isu BTN sampai la ni masih hangat.. sampai Datuk Najib sendiri kata akan mainkan peranan selesaikan isu ni.. Saya sebagai mahasiswa yang BERKECUALI turut terpanggil untuk berbicara akan niat IKHLAS BTN yang SUCI lagi MURNI ni..
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga akan mendedahkan rakaman suara didakwa 'berbau perkauman' bagi mengukuhkan lagi dakwaan kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur 'doktrinisasi perkauman dan politik' dalam sedikit masa lagi..
Takpa kita tunggu dan lihat..kalau memang terbukti bahawa BTN adalah untuk kepentingan politik pihak tertentu..maka sewajarnya dan seadilnya program BTN yang SUCI lagi MURNI ni dimansuhkan terus..walau pun saya turut berDUKACITA kerana kesiankan rakyat Negara kita yang KERUGIAN kerana terlepas peluang menghadiri kursus BTN yang MANTAP lagi BERKESAN..
Ada pihak yang berpendapat modul BTN tidak perlu dirombak sebaliknya perlu ditambah baik agar sesuai dengan situasi semasa…bagi saye..ibarat muka la..tak perlu nak ‘touch up2’ lagi andai dah memang comot..sebaiknya dibasuh sahaja..supaya bersih..make up setebal mana pun hanya akan menghodohkan lagi wajah ..
BTN ni mmg BAIK bila memupuk semangat patriotisme..nasionalisme..namun semangat nasionalisme yang melampau juga tidak membawa kemana kerana ia jelas bercanggah dengan Islam kerana asalnya fahaman ini diasaskan oleh pemikir politik seperti Machiavelli, Gottrified yang berbentuk sekular..sebab lahir dari perjuangan masyarakat Barat yang berusaha bebaskan Negara mereka daripada tekanan Gereja Kristian..jadi saya lebih suka menggunakan semangat cintakan tanah air
Jika benar ia menambah pengetahuan mengenai hal2 dan sejarah2 kenegaraan..tak patut ade pihak yang melarikan konsep asal BTN yang SUCI lagi MURNI ni..dengan mendoktrinisasi supaya menyokong mana-mana parti politik..Jadi pihak2 yang sewajarnya ..kaji balik matlamat BTN ..matlamat seharusnya selaras dengan pelaksanaan modul, silibus dan program..JANGAN CAKAP LAIN BUAT LAIN..
Sebab bila tanya rakan2 yang pergi BTN mmg ade menceritakn sejarah2 negara dan tak kurg juga diselitkan video2 yang mengecam pihak pembangkang.. nape lak tetibe kuar gambar tok guru nik aziz meletakkan tangan dibahu orang cina dan dikatakn menjatuhkan islam???apa islam itu hanya untuk melayu??malah mahasiswa2 sendiri dimomokkan dengan bangsa cina yang dikatakn semakin memonopoli..ape kes??
agenda perkauman sempit serta semangat kemelayuan yang melampau tak bawak kemana kerana Islam sendiri menolak assobiyah..
Kawan2 yang pergi ade mengatakan kursus BTN nak detect fikrah..fahaman dan juga nak tgk sape sokong pembngkang sape kerajaan..hemm..boleh caye ke??saye tak nak percaya TAPIKANNN.. mahasiswa yang bagi respon negatif atau nampak menentang je akan dicatat name..buat pe nak amik name orang??..da tade keje lainke??..kalau nak kasik hadiah takpe jugak kepada peserta-pesrta yang CEMERLANG sepanjang kursus BTN berlangsung..
Malah di UKM sendiri pelajar2 tahun satu fakulti pengajian islam shj diwajibkan pergi.. kerana dekan mereka mahukan semua pelajarnya mengikuti kursus BTN ni.namun saya tak melihat peri pentingnya BTN ni apabila dekan2 fakulti lain tidak pula merasakan perlunya BTN buat pelajar mereka..apa seolah2 fakulti pengajian islam itu kurang pengetahuan tentang kenegaraan?? atau pelajar2 fakulti lain sudah cukup ARIF soal kenegaraan..
patut ade suara2 MERDU yang mengatakan BTN ni nak ‘BRAINWASH’bebudak FPI..logik ke tak??
Em..macam2 lagi cerita kawan2 yang pergi..saya jadi PANAS HATI kerana trpaksa meragui niat iIKHLAS pelaksanaan BTN yang SUCI lagi MURNI..apatah lagi kerajaan Selangor telah mengharamkan BTN..tak de peluang la saye nak merasai MESIN BASUH BTN..