::ASSALAMUALAIKUM~PEACE BE UPON US :: AHLAN WASAHLAN:: SELAMAT DATANG

Wednesday, December 17, 2008

Rahmat ujian

Bila kau letih dan hilang semangat,

Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya.

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,

Allah telah mengira titisan air matamu.

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,

Allah setia di sisimu.

Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian.

Bila segalanya tiada bererti buatmu, keliru dan kecewa,

allah adalah jawapannya..





kenape ye kite diuji?


Apakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan begitu sahaja utk berkata kami telah beriman sdgkan mereka tidak diuji..( Surah al ankabut ayat 2 )


kita sering menangis memikirkan persoalan yang telah dan akan terjadi.... tinggalkan rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila.. kelmarin Tuhan telah menolongmu.. percyalah,esok pun Dia tetap akan menolongmu.....

- Imam Syafie



Peliharalah Allah,
nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau.
Kenalilah Allah ketika senang,
nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah.
Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak
menimpamu,
ia tidak akan menimpamu.
Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap
menimpamu.
Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran,
terlepas dari kesempitan itu
ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan

Kdg2 bile ujian dtg kite..terus marah2..or tak puas ati..kite slalu tak redha dan slalu bersangka buruk pada allah..kita jarang pon nk pikir bukankah disebalik apa yg diciptakan ..terdapat hikmah yg tersembunyi?

Bila allah cepat makbulkan doamu.maka dia menyayangimu,

bila dia lambat makbulkan doamu maka dia ingin mengujimu

Bila dia tidak makbulkan doamu maka dia merancang sstu yg lebih baik

untukmu

Maka bersangka baiklah kita pada tuhan yg menciptakan..


ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,......
Tetapi memberi apa yang kita perlukan,......

Kadang kala kita sedih,kecewa,terluka......
Tapi ketahuilah
DIA sedang mengatur yang terbaik untuk kehidupan kita..

Kau yg mengutuskan duka
Dan engkauah yg mengirimkan hampa
Namn padamu jua diadukan
Merebahkan keresahan
Dan tangisan

Aku tahu inilah kasihmu
Aku tahu inilah cintamu
Dan kutahu
tiap yg terbaik untukku
tak semuanya yg ku mahu…


Bile dgr lagu mestica..segalanya milikmu ni..terpikir sye..btul gak…DIA yg mencipta duka dan DIA yg mendatangkan mslh pd kite tapi kpd DIA jualah kita mengadu dan bergantung harap…

Pstu…msj pnting..nye lagu nih.. tak semestinye apa yg kita nak itu yg terbaik utk kite..

Mcm ayt surah al baqarah ..ayt 216

Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadik kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.allah maha mengetahui sedang kamu tidak tahu..


lagu rahmat ujian..klu cam rse sedih je msti dgr lagu nih...

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu tak siapa pinta ujian bertamu..

Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang..mempunyai pelbagai tafsiran..

Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
walau tersiksa ada hikmahnya ..

Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma ..
Itu jelaslah membuktikan allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan .
hanya yng terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya

Allah rindu mendengarkan..
Rintihan mu berpanjangan..
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi..
Segala ujian diberi..
maka bersyukurlah selalu…



..saat 'kekalahan' itu bermula apabila kamu merasai 'lemah' dalam 'perjuangan' dan saat 'kemenangan' muncul apabila kamu sentiasa melawan rasa 'lemah' itu..-syed qutub


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (QS; Al-Baqarah:286)

Friday, November 28, 2008

solat jemaah 2

ok nk share lagi skit psl solat jemaah ni

satu kisah pasal solat jemaah..

Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri (guru Imam Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud) berkata: “Aku sama sekali tidak pernah meninggalkan jemaah sembahyang Isyak.

Pada suatu malam, aku kedatangan tamu, sehingga tidak dapat menunaikan sembahyang Isyak dengan berjemaah.

Sesudah tamu itu pulang, aku segera pergi ke masjid di Basrah, barangkali ada yang belum mengerjakan sembahyang jemaah Isyak.

Ternyata semua orang melakukannya, sementara masjid telah terkunci. Kemudian aku pulang, hingga kemudian teringat suatu hadis: “Sesungguhnya sembahyang dengan berjemaah itu dua puluh tujuh kali lipat darjatnya jika dibanding dengan sembahyang seorang diri.”

Lalu aku mengerjakan sembahyang Isyak dua puluh tujuh kali, kemudian tidur.

Ketika tidur aku bermimpi melihat sekelompok orang menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.

Ketika hampir terkejar, ada salah seorang di antara mereka berkata: “Kamu tidak mungkin boleh mengejar kami. Sebab kami mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid, sementara kamu mengerjakan sembahyang secara bersendirian (munfarid) di rumah.” Selepas mendengar ucapan itu, lalu aku terjaga dan berasa sangat susah sekali;


Pada zaman Rasulullah, kesemua orang Islam akan datang ke masjid solat berjemaah, kecuali mereka yang benar-benar uzur manakala golongan munafik pula tidak menyertai solat Isyak dan Subuh secara berjemaah kerana merasakan mereka tidak akan dapat dilihat pada dua waktu yang suasana harinya agak gelap itu.


Riwayat dari Abu Hurairah r.a. juga, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat lsyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu kebaikan yang ada padanya, mereka akan menghadirinya sekalipun dengan cara merangkak.



Kebanyakan kite lebih sibuk akan amalan2 sunat yg lain tetapi kite kne ingat

kita takkan dpt jadik org yg btul2 soleh slagi kita tidak mementingkan amalan yg sgt dititikberatkan oleh kekasih allah (Rasulullah saw) iaitu antaranya solat jemaah…

sehinggakan ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar…

Seorang general Yahudi yang tersohor bernama Moshe Dayan juga pernah berkata... "Jangan harap umat Islam akan dapat mengalahkan Yahudi selagi mana bilangan orang Islam yang bersolat Subuh di masjid-masjid sama dengan bilangan mereka yang bersolat Jumaat".

kerek btul kate2 pakcik nih..tp mmg btul pon..mcmane umat islam nk bersatu menentang musuh islam klo pi masjid berjemaah pon bape kerat jer...


Sy bkongsi kat sini bukan skadar menegur or len..tp lebih kpd diri sndirik..alhamdulillah kite2 yg dekat dgn surau..same2 la mengimarahkan surau dan masjid

…jomlah kite same2 ajak kwn2 kite…klo takle gi masjid pon..wat la smayang jemaah kt bilik..2 org sudah memadai utk berjemaah…lgpon…klo terlambat cane pon..insyaallah sempat nye berjemaah..smpai rakaat terakhir still boleh msk agi..plg pntg ..pegi dulu surau or masjid tuh..

….sye sndrik pon tgh cube rajinkan diri mengajak org solat jemaah..kdg2 rse segan n cam berat mulut je nk ajak kwn solat jemaah..tak tau apesal…ni tgh cube kikis sifat malas tuh..INSYAALLAH...!!

jom solat jemaah...

Fadhilat solat berjemaah ni sebenanye amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Ni hadis riwayat bukhari dan muslim…)

Sebenarnye..fadhilat solat jemaah ni sgt byk ..sbb kite bukan je dpt stakat 27 darjat tp insyaallah la dpt fadhilat lain..antarenye..bila kita berjalan ke masjid..tak kisah la jalan or naik kerete ker..pastu… mase kite kat dlm masjid tu…banyak fadhilat dan kelebihannye…

Itu belum campur lagi kelebihannye dlm unsur2 sains..(pasal cas2 tu sumer..-malas nk tulis)

27 darjat ni…ummm..besa ke?kecik je?or banyak ke sikit?sbnanye itu bukan persoalan…yg pentingnye usehe kita utk solat jemaah tu..utk dpt keredhaan allah (mardhatillah)…

Tp kan..klo diikutkan kite-kite ni..kite cam anggap 27 darjat solat jemaah tu cam 27 sen je banding dgn solat sendirik iaitu sbnyk 1 sen…jadik cam tak banyak beze sgt kan?..btol tak..??? sbb tu kite amik remeh je soal solat jemaah ni…cube la kite anggap ganjaran solat jemaah ni cam RM1000 lawan RM27 000 pastinye kite berebut2 solat jemaah smpai tak muat masjid..


Dalil-Dalil Solat Berjemaah & Solat Di Masjid


cube sahabat2 check surah al nisa ayat 1o2
Allah SWT berfirman:

"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) beserta mu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siap dan menyandang senjata

Hem..klo ikut ayat diatas dlm keadaan perang..masih lagi dituntut menunaikan solat jemaah apatah lagi kite dlm keadaan aman damai ni.. cube pikir mereka berlawan dgn musuh islam…kite pulak masih lagi terhegeh-hegeh bertarung dgn nafsu malas sendirik yang entahkan menang atau kalah..



Dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, bahawasanya ada seorang buta yang berkata:

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak ada orang yang memimpinku ke masjid, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumahku?"

Maka Rasulullah SAW menjawab:

"Apakah kamu mendengar seruan azan?"

Orang itu menjawab: "Ya".

Maka Nabi bersabda: "Kalau begitu penuhi seruan itu."


Um..betape dituntut nye solat jemaah tu smpai org bute pon kene gi solat jemaah selagi die dgr azan..maksudnye die dekat dgn kwsn masjid apatah lagi kite ni yg dekat je ngan surau tuh..



Sunday, September 28, 2008

peristiwa penting dibulan ramadhan

Sedikit perkongsian dri kawan…dpt kite menghayati akhir2 ramadhan nie..


1. Turunnya AI Qur’anul Karim

2. Perang Badar Kubro

Inilah perang pertama dalam sejarah Islam. terjadi pada tanggal 17 Ramadhan 3 H. Perang badar, juga biasa disebut dengan Yaumul Furqon, atau hari pemisahan antara hak dan bathil. Tiga ratus kaum muslimin , berhadapan dengan kaum musyrikin yang memiliki persenjataan lengkap, termasuk 900 unta dan 100 ekor kuda. Atas izin Allah, dan berkat keimanan Rasulullah dan para sahabat, kaum muslimin menang. Peristiwa ini dceritakan Allah dalam Surat AI-Anfal.

3. Perang Tabuk

Perang kaum muslimin melawan pasukan Romawi ini terjadi pada tahun 9 H. Sebagian peristiwanya diabadikan dalam surat At Taubah. latar belakang perang adalah karena terbunuhnya duta Rasulullah saw, Harits bin Umair di tangan Syurahbil bin Amr Al Ghassany, ketika AI Harits membawa surat Rasulullah untuk pemimpin Bashra

4. Pernikahan Rasulullah dengan Saudah

Saudah binti Zam’ah bin Qais adalah wanita pertama yang dinikahi Rasulullah setelah wafatnya Khadijah. Dalam kitab sirah disebutkan bahwa Rasulullah menikahi Saudah pada bulan Ramadhan, tahun 10 setelah Rasul diangkat menjadi Nabi. Saudah sendiri wafat di Madinah pada bulan Syawwal tahun 54 H, di akhir kekhalifahan Umar bin Khattab ra.

5. Wafatnya Khalid bin Walid ra, 18 Ramadhan 21 H

Khalid bin Walid, yang digelari Rasulullah dengan Saifullah Maslul (pedang Allah yang terhunus) masuk Islam pada tahun ke 8 Hijrah setelah peristiwa Hudaibiyah. Perang pertama yang diikuti Khalid adalah perang Mu’tah. Dalam perang ini, Khalid melakukan pertempuran luar biasa. la mengambil panji Islam setelah tiga panglima sebelumnya, Zaid, Ja’far dan Abdullah bin Rawahah gugur syahid. Akhirnya Allah membe­rikan kemenangan kepada kaum muslimin.. Khalid wafat di zaman pemerintahan khalifah Umar bin Khattab. jenazahnya disolatkan oleh Umar ra.

6. Wafatnya Ali ra, 17 Ramadhan 40 H

Ali bin Abi Thalib, Ma­suk Islam saat berusia 7 tahun dan terlibat dalam berbagai peristiwa besar di awal-awal sejarah Islam. Kecuali pada peristiwa perang Tabuk, karena Rasulullah saw memerintah­kannya untuk menjaga keluarganya.

Ali termasuk 10 sahabat yang dijamin masuk surga. Menikah dengan puteri Rasulullah, Fathimah az-Zahra. Ali menemui syahidnya pada usia 58 tahun oleh tikaman Abdurrahman bin Muljam di Kufah, pada hari Jum’at, 17 Ramadhan. Jenazahnya dimandikan oleh anaknya Hasan dan Husein, serta Abdullah bin Ja’far.

7. Penaklukan kota Andalusia

Terjadi di bulan Ramadhan 91 H. Dalam sejarah disebutkan, inilah saat pertama pasukan Islam memasuki Andalus, dipimpin oleh Tharif Birbiri yang melanjutkan perjuangan AI Fatih Musa bin Nushair. Dalam penaklukkan Andalus ini juga dikenal pahlawan Islam bemama Thariq bin Ziad. Thariq memperkuat kekuasaan Islam atas Andalus pada tahun 92 H, yang juga terjadi pada bulan Ramadhan.

8. Wafatnya Ibnul Mubarak

Namanya Abu Abdurrahman Abdullah bin Mubarak, tokoh generasi Tabi’in yang terkenal dengan keshalihan dan ilmunya. Abbas bin Mush’ab mengatakan tentang Ibnu Mubarak, “Ibnu Mubarak telah menghimpun ilmu Hadits, Fiqih, Bahasa Arab, keberanian, dan perdagangan.” Imam Ahmad bin Hambal mengatakan bahwa Ibnu Mubarak merupakan orang yang paling semangat di zamannya dalam menuntut ilmu. la menurut Imam Ahmad, pergi ke Yaman, Mesir, Syam, Bashrah dan Kufah. Ibnul Mubarak wafat pada Ramadhan 181 H.

9. Perang Zallaqah

Perang ini terjadi pada bulan Ramadhan tahun 480 H. Zallaqah merupakan nama tempat yang terdapat di Andalusia, berdekatan dengan kota cordova. Dalam peperangan ini, kaum muslimin mampu mengusir pasukan musuh yang dipimpin oleh Alvonso VI. Sebelumnya Alvonso VI sesumbar dan mengancam penguasa muslim di Andalus Mu’tamid bin lbad Sultan, bahwa pasukannya akan mampu merebut kota Andalus. Adalah Yusuf bin Tasyfin, komandan perang Zallaqah yang berhasil mengalahkan pasukan musuh.


10. Kelahiran tokoh Sosiologi Islam, Ibnu Khaldun

Nama lengkapnya adalah Abdurrahman bin Muhammad bin Khaldun, lahir pada 2 Ramadhan 732 H. Karya Ibnu Khaldun yang paling femes adalah kitab Muqaddimah. Ibnu Khaldun mendapat julukan sebagai pendiri ilmu sosiologi yang diakui oleh para ilmuwan di seluruh dunia. Ibnu Khaldun sendiri wafat pada tahun 808 H. di Mesir pada saat kekuasaan Nashir Ilidiinillah.

Saturday, August 30, 2008

Ramadhan tiba lagi..


Bulan ramadhan tiba lagi..Alhamdulillah..


sama-samalah kita tingkatkan amalan..solat tarawikh..baca quran..serta amalan2 sunat yg lain..
paling penting skali jaga lidah..banyakkan bersabar....

selamat berpuasa..kepada semua umat islam..
hehhe..seronoknye...

THE TRUTH ABOUT MASJID AL-AQSA

Sunday, July 20, 2008

demi masa...


“demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.kecuali yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran dan dengan kebenaran..”(Al-Asr’ 1-3)

bila ckp psl masa..kita msia ni asyik rase tak cukup je..lebih2 lagi bila jadik pelajar n org yg da bekerja..busy memanjang..

mcm saye gak la..da stat blaja blk..msk u..huisyh..lagi ar..asik tade mase jer..assignment blambak..nak wat revision..meeting ar..aktiviti prsatuan n mcm2 ag…

tapi kan ..ni pringatan ar utk kite2 sume..kite ni mmg klo bole kne pandai n pro ar bab curik2 masa..bukan ajar nk mncurik..tapi serius ckp..kte mmg kne pndai curik mase..jgn ar ske2 je buang mse..sbb dunia ni bgerak berputar..and masa pon bergerak..mninggalkan kite..so klo kite ske melepak and tak pndai curik mse ..um..alamatnye..apebende pon tak jadik..susa ar nk bjaye..

Masa Itu Ibarat Pedang. Jika Kita Tak Memotongnya, Maka Ia Akan Memotong Kita…

Tapi kan..sesibuk mane pon kite…pastikan kita ade cukup masa untuk solat..curik2 ar masa untuk beribadah..slalu kte2 ni…klo da busy..solat pon ala kadar je.al quran ditinggalkan..

Actually kite sbg plajar jgn ar camtu..klo bjaya pon.. tak kemane nye klo stakat bjaye kt dunie..tapi..akhirat..zero..nak wat per?

Kte kne la pandai bajet mase..curik mase utk pi smayg berjemaah..bce quran+solat2 sunat skit..

Jangan pulak kite curik mase solat tu utk study..sori cakap ar..mase mmg bole curik2..tapi jgn sesekali curik waktu solat nak wat mende lain..da ar waktu solat tu ade 5 kali je..kite smayang pon dlm seploh mnit je..klo 5 X 10 = 50..hehe.. blaja ngire lak..Bru 50 mnit..tak smpai sejam pon…ni ade ati ag nk curik time solat..mmg melampo..

Sbg plajar..amik ar mse tuk mghadiri majlis2 ilmu dan agama..tu bekalan uk akhirat tu..tanak ke?

Same ar gak mcm kite study gile2 sbb nk dpt resalt bgos..mentg2 ar sbb result tu kte bole nmpak..kite mmg berusaha btol2..

Tapi kan..akhirat ni kite tak nmpak..brape mate kite da kumpul..tapi kan janji allah itu pasti..adakah kita yakin?..sejauh mana keyakinan kite?abes..knape kite sambil lewa je..mengejar akhirat?

Jangan ar kite persoalkan..klo pi smayg jemaah..dgr tazkirah..pi mjlis agama…..sempat ke nk study?

Brani tol kite prsoalkan ye..cube pikir balik ar..mase tu sape yg bagik?

Jangan ar bagi alasan..kite ade mase mkn..mase nk borak..mse nk tido..takkan mase nk smayg jemaah yg bpe mnit tupon tak de mase..konon nak exam ar..byk gle nk study..

nikmat lapang..nikmat masa..nikmat sihat..nikmat muda tu sume..allah yg kurniakan..klo dye tak bagik..um..nak study pon da tade mase..jgn kate stady..nk beribadat pon da tak bole..ye ar bile kite da tue..um..ape yg kite bole wat..kudrat da tade..

Mse tu bru sibuk nak beribadat..tak payah ar..patutnye tue2 kite da maintain n steady je..bukannnye bru nk stat menggelabah carik tika smayg..bru nk blaja bab2 agama..sbb tu skg mse mude ni ar manfaaatkn dijln allah..seimbangkan dunie dan akhirat..

Lebih2 ag Saat kematian..apabila masa itu tiba..takde mase2 lain dah utk wat bnde2 lain.mase tu ..mmg da tade mase ar..conpem wktu tu kite merayu2 dipulgkn semula masa utk kita beribadat and bertaubat.pada mase tu ..kite da tak mntak nak mase study , mase main , mase bercuti..takde de ..kite just nak mase skit je utk wat ibadat…tapi sori ar..mmg da tlambat..

So..same2 ar kite manfaatkan masa yg ade..utk beribadat..dan gunakan masa yg ade utk bnde2 berpekdah..blaja, bekerja an beribadat..seimbangkan.. Usia muda ni jangan hanya membazir dengan mengejar benda keduniaan yang nyata tidak kekal..

Ya allah..kau lapangkan lah dadaku dan hatiku supaya kekal dijalan mu..kurniakanlah kelapangan masa bagiku supaya aku dapat beribadat kepadamu dgn khusyuk dan sempurna..ko buangkanlah pdku..sikap mementingkan keduniaan..

Sesungguhnya akhirat itu destinasi yg abadi..

Ya allah letakkan dunia dalam genggamanku..jgn dihatiku…amin..



Wednesday, June 25, 2008

Pesanan buat kita.. wanita

Jadilah wanita yg kuat,
Kurang mengadu,
Tinggi tawakkalnya,
Kalau ingin mengadu,
Aduannya byk kepada ALLAH

Benar katanya,
Tidak pandai berbohong,
Tindakan bukan bertujuan menunjuk,
Apatah lagi berbangga,
Tetapi itulah sikapnya,
hasil didikan ibu bapa
tetapi kurang bergantung harap pada mereka

namun..
Semakin kurang wanita sebegini
tetapi masih ada
ibarat permata di celahan kaca..
Menjadi perbualan sepanjang zaman
Menjadi tauladan ikut-ikutan
Menjadi kebanggaan keluarga dan rakan


Itulah hakikat wanita solehah
Semoga selalu mendapat keredhaan
Hidup sentiasa dalam keberkatan
Menjadi rebutan syurga idaman





Sunday, June 22, 2008

Kisahku solat atas kenderaan..


Tahun lepas saye menaiki k
apal yg lebih kurg cam feri..utk ke indonesia melawat saudara.Sye tnye ..asal tak naik flight jer..Tapi abah kate ..slalu dah naik flight ..rase la pulak nek kapal.lgpon lagi jimat..

Sye tak kisah la..tapi wktu tu saye hampir dgn hari exam..rse cam mendidih la gak kerana abiskn sehari suntuk dlm kapal.. Dah le ktorg smpai 8.30 pagi tpi bertolak kol sebelas..pastu smpai pulak mybe kol 6..pdhal klo naik fligt 2 jam da smpai....

Sye bawak la buku biologi utk bace..then ade pulak sorg makcik dan anaknye..tak cukup tmpat duduk..seblah sye ade kosong satu seat..diorg pon duduk la seblah sye..tapi makcik dan anaknye terpakse kongsi tmpat duduk.jadik..secara tak langsungnye..makcik tu mengambil ruang saye..maka..kami bertiga terpaksa duduk berhimpit dua seat..tiga org..

Mula 2 sye tak kisah pon..tapi dengan rengekan anaknye…ditambah lagi bulan puasa..bulan Ramadhan wktu tu..kdg2 kesabaran kita btul2 teruji..pastu rse sempit pulak..panas lagi..makcik itu non muslim jadi dia pon makan bersama anaknya..nasib wktu tu sye tak rse lapar langsung alhamdulillah.. tapi sye da rse nak nangis..tak tau ape yg sye sedihkan..mungkin terase geram sbb da nak exam..nak bace buku pulak terganggu..jadik sye cube jugak bersabar..dan tersenyum melihat keletah anak makcik tu..

Tak lame pastu..mak cik tu da jmpe seat kosong lain..jadik dye pon berpindah..

Da msk waktu zohor..sye pon amik la wudhuk kat toilet..abah dah selesai solat..bile saye nk semayng..sye ingat ade ruang solat.. tapi …rupenye kne solat kat bhg depan sekali..dikhalayak ramai lak tu

Saye rase geram sangat..ape masalah nye ni??..letak la ruang solat tu kat belakang..klo ye takde langsir nk tutup pon..tapi ini kat depan skali..dahlah btul2 depan tv..takkan nk semayang hadap tv ?pastu sume org sibuk tgk tv.. kite pulak kire cam interframe kat situ ..agak menghalang pemandangan org yg tgh tgk tv..da la seat tu semua menghadap kedepan..jadik kirenye mmg sume org akan pndg kite..kecuali yg tgh tido..

Sye rse cam terhine..marah..sume ade..asal wat camtu??abis toilet bole pulak wat byk2..bole pulak ade pintu..tmpat smyg tade ruang lgsg..sye pikir la jugak..major kat dlm ni org islam..abes dorg smyang kat mane ? kat dpn tu yg smyg tadi ade due tige org je..itupon sume warga tue..yg muda takde sorg pon smayang..

Apatah lagi dak perempuan cam saye.. lagi la..malu sgt..nak pegi solat kat depan tu..lagipun..takde seorg pompuan pon smayg kt depan tuh..kecuali mak sye ..padahal dm kapal ni ramai yg bertudung n kbykn b'agama islam

Jadik..mmg perlu keberanian tahap dewa lah.. biase la kan dak perempuan..bila gi mane2 msti ade org nk kacau..saje2 ..dah takde kje sgt ke haper..

Klo da pi toilet kat kapal tu pon ..org saje je kacau2..bersiul2 lar..apatah lagi bila nak semayg kat depan khalayak ramai..dgn ramai lelaki yg ade kat depan tu...mmg tensen tol..abes nk semayang dekat ngan dorg ni..cane nk khusyuk?..buatnye diorg bersiul jugak mse sye smayg tu..

Puas saye berfikir..camne nak solat nih..ya Allah bagilah aku kekuatan..tapi tak jumpe jugak kekuatan tu..

Sye cube pujuk diri ni..ape nak malu..?? kite solat sbb Allah..bukan sebab org lain..jadi.slame ni aku smayg sbb ape? supaye mulia pd pndgn allah ke?..supaye mulia pade pandgn manusia lain..

Mmg wktu tu..btul-btul iman sye teruji..mmg iman saye tak sempurna..tak berani nak laksanakan perintah allah atas sebab malu pd manusia lain..itu belum lagi saye diperintah berjihad di medan perang..entah keberanian apa pulak yg patut sye letakkan..

Akhirnye saye menangis.. buntu..saye tak punye kekuatan..ujian yg kecik ..tapi sye tak mampu..

Dah nak masuk asar..solat boleh dijamakkan..Sye set mind lagi..boleh2!!..pi je kat depan tu..buat tak tau je..mak sye pon pujuk..smyg 4 rakaat pastu blah la

Sye da cube pujuk hati tapi tak boleh jugak..saye terus merungut..

Akhirnye sye berdoa byk2..agr cepat smpai destinasi..spy sye boleh smayang..asar jmak dgn zohor..Kalu ikutkan..mmg akan sampai pkul 6 tapi..masih tak smpai2..puas sye berdoa spnjg pjlnan..

Kjap2 air mata mengalir..dalam otak saye dah tak pikir ape dah..nak cepat sampai..cepatla sampai..cepatla..

Then da nk dkt pkul tujuh..hati sye terus berdebar-debar..ya allah aku tak nak tggung dosa..

Kalo dah tak boleh..smayg jela kat tmpat duduk..abah kate

Tapi sye betul2 tak tau boleh ke solat ditmpat duduk sdgkan ade tmpat utk solat..lagipon..sye mase tu tak tau pasal 'solat hormat waktu'..

Last2 da bunyik azan kat tv..sume org sibuk bukak puasa..em..mmg btul rmai org islam dlm nih..Pasal bukak puasa laju aje..tapi asal part solat tdi..rse mcm tak nmpak pon ade org islam..

Kire sye pon same aje macam diorang..sye terus nangis tak henti2..rse sedih sangat..sanggup saye tak smyg..sbb malu..rse menyesal sgt..rse bodoh pon ade..

Abah dan mama ajak bukak puasa..tapi sye terus merenung tingkap..sambil air mata laju..dah takde selera langsg..rase nak mati je..

tak lame lepas berbuka tu..akhirnye smpai ke destinasi..tapi dah tak gune..waktu solat asar dah berakhir..rase sesal tak henti2...

Then bpe hari pastu..kami nak bertolak pulang.. bile tibe je wktu zohor..saye pon kuatkan smangat..ambik wuduk..terus jln smpai kat bhg depan..sye dah tak pedulik sume org pandg..wktu tu tv jugak tgh terbukak..tapi nasib tv tu tinggi skit jadik takde la menghalang penumpang len nk tgk tv..

Tapi kire mencapab(cari publisiti) abis abisan ar ni..

Sye pon pakai je telekung..dah le tepi tmpat sye smgy kanan kiri ade org duduk jugak.. pon wat dono jerla..smyg ajer..dah habis smyg..nak pikir lagi..cane nk pi tmpt duduk aku ni..kne hadap sume org. tak berani nak toleh blakang..sye lipat telekung cpat2..bile pusing je..alhamdulillah..ramai rupenye yg da terlelap..tapi ade la jugak yg mengusha..dan pandang pelik..

lege sgt..rupenye senang je..takde ar malu sgt pon..hhehe

sye tahu..kbnykn kita semua tak tahu,.ramai anggp dlm keaadaan darurat..tak payah solat..hanye qada je solat bile balik nnti.. sebenanye kite kne..smyg jugak wlau tak ckup syarat..pstu qadha..(nk tau tntg solat hormat wktu..bole bce post sblm ni)


kawan2 sume jgn la kita ambik remeh soal solat..apabila kita tidak tahu..bertanya dan tuntutlah ilmu dr yg tahu..supaya jgnlah apabila tiba soal solat dalam kenderaan..anda senang2 je ckp qadha jela bile sampai nnti..

tunaikanlah kewajipan solat itu dimana jua kita brada

Thursday, June 19, 2008

alhamdulillah

alhamdulillah..akhirnye..setelah semalaman berpikir ..istikharah dan tnye cousin..

saye wat kputusan pergi je ukm..
cousin sye yg blaja sne kate..klo tak minat boleh je tuka kos...rmai juge yg menuka kos..

tapikan..klo nak tuka kos pon ..
tak tau nak tuka kos ape...
satu prob lagi..
nak kne pikir lagi..hurmm..


em...hidup ni..kite asyik berhadapan dengan pilihan je..
asyik2 kne wat pilihan..
nak wat ape pon ade pilihan..
bile da besa ni...sume kputusan kat tgn kite..
takutnye..klo tersalah pilih..tersalah langkah....
sume terletak ditgn kite..


ya Allah bantulah aku..
permudahkanlah urusanku didunia dan akhirat..amin..

myspace code

Tuesday, June 17, 2008

anak incredible hulk dirumahku...( last )

bismillahirrahmanirrahim...

oke..saye sambong lagi cite nih..
smalam saye tak sampai ati nak abeskan menulis..
betul2 rase tak sedap ati..bunyik mac
am2..
mase nak tido smalam..bunyik anjng
menyalak blakang umah..
menyalak kuat sangat..slalu die tak camtu..rse seram jer..

sambungan….

Tak lame pastu.. da tak dgr cite da pasal bende ni..
die terus menyepi..eceh..
tapi..selepas peristiwe tu..
ape2 saje bende
hilang
mesti si hijau ni kene tuduh..
kesian2..

ade satu ari..
kuih mama letak bawah tu
dung saji telah hilang
mama pon tanye..macamane bole hilang nih…
mama pon tuduh kim..ape saje bende ilang..pasti kim di attack dulu..huhu..
“ko amik ke?..tadi ade bawa
h tudng saji ni..”
kim pon deny sehabis-habisnye..
“mane ade..”

pastu..tetibe ade pulak sebijik gule dalam peti ais hilang..
mama pon pelik..mama tanye kat zira...
tapi mmg konpem zira tak
amik…
asal gule pon hilang ni..??
mama nak tuduh kim..
tapi …waktu tu kim mmg t
akde kat umah..

jadik..sape yg amik???
Wallahualam bissawab..

Pastu bile kim balik..mama pon tanye kim..
Konpem ar dye kate tak amik..
Setelah puas bertikam lidah..
Akhirnye..diorg cam wat
keputusan mesti makhluk ijau ni ade agi kat uma ktorg....
Aku malas nak melayan..due manusie nih..
Logikke bende tu nak curik kuih ngan gule pulak..adoi..
Setahu aku bende tu curik duit jer..

Bape minit pastu..aku nampak plastic gule2 yg mama katakan tadi
Ade tepi songkok kim..
Mmg betul la kim yg makan..
Rasenye die tak tau mama maksudkan gule yg mane..
Puas die kate die tak amik..
Hishy…rase geram giler..
aku just diam aje..malas nak bagitau mama..
Nanti bertekak lagi manusia2 ni..
Dalam hati aku berkate”k
epale otak ko..ko yg makan..tuduh pulak toyol amik.”

Okeh..kire bende hijau ni adelah toyol..yg pernah bermastautin kat umah aku..tanpe izin...suatu mase dulu…

Jadik..kesimpulan kat sini..wat baik berpade2..wat jahat jangan sekali…wat banyak2 kali…(jokes)..sebenanye..kite manusia hati2 la..hidup kat dunie ni.. mmg kejam..kdg2 kite slalu wat baik tapi oleh satu bende buruk..yg kite wat..padahal kecik je..org ingat sampai mati…bende baik yg kite wat terus dilupakan….

Kes si toyol ni pulak…padan ar muke dye..sape soh mencurik..alih2 walaupon bukan dye mencurik…stil org tuduh dye..Naseb ar ko….


Ni..pic kim dlm kenangan
(yg tersenyum lebar tu..due mamat tu xtaw spe)

..sedey pulak..slalu dye ade kat umah..teman mama..
hari2..bising je…
skg
da dok hostel…senyap umah
nasib skg tgh
cuti..klo org pi u nnti..mama tinggal sorg la..ummm..

Anak incredible hulk dirumahku..(part 2)


Baiklah saye sambung lagi cite nih
Malam tu..ktowg terus turun bawah cite kat mama and abah..
Mmg bende tu main kacang ijau tu..
Conpem..sbb takde sape pon penah naik bilik
Slps kitorg letak kcg ijau tu..
Jadik..mmg cuak abis la..
Ktorg sume takut nak tido bilik ..so tido la kat ruang tamu..

Then ade satu malam ni..
Abah soh bangah ngaji kat bilik yg tertumpah kacg ijau tu
Bangah pon ngaji la..mase tgh khusyuk mengaji..tibe2
Sebijik kacang ijau telah terpelanting ke tingkap(si hijau ni main baling2 pulak)maybe dye teringin nak main batu seremban kot.. pastu terkene kepale bangah yg tengah mengaji..

Make lari lintang pukangla abangku..
dye lari ke bilik plg dekat..iaitu blik mama abah
Abah tgh tido sensorang..
Sesampainye bangah disitu..dye terus memeluk kaki abah
Abah kerane terlampo bengang kerane tidornye terganggu
Terus menerajang bangah..sehingge terpelanting..dahsyat2
Mmg menakutkan..

Slps tu..sye langsung da tak ingat ape jadik..
Yg pasti..tak lame pastu..bende ijau tu..mcm da tade..
Tak tau die gi mane..maybe balik ke kg halaman
Jmpe sedare mare yg telah lame ditinggalkan..

Jap..rse nak smbong lain kali la..
asal ade bunyik2 pelik nih??
Da la tgh menaip kat bilik dimane tmpat kjadian berlaku..
Serius… rase seram semacam je nih..
tetibe blu rome meremang..
alamak da tepat kol 12..
post yg ni dlu la..
rse tak sedap atii je..


Friday, June 13, 2008

selamat berjuang

Um..kim da nk pi matrik..blajo rerajin adikku..da le tak penah tggal asrama..cane la die nih..takpeh..chaiyok2 !! sian mama tggal sorg2 pas ni..abis ar mama da tde kwn nk perang mulut..hehe..

Lupe jap..slamat ari bpe kpd abah..hoho..klo ckp I luv u nih..msti tercekik abah mendgrnye..sakit ke anak aku ni.?? putus wayar mane-mane ke??anyway..i admire your spirit.!!.a very wise man that never give up..thanks!! I learn a lot of things!! abah mmg HOT...hot temper pon boley thn gak..ingat agi kim ngan zira first tyme blaja tengok jam ngan abah pon boley sampai nangis2.. klaka btul la..

Pringatan wat kita semua..

Tggungjawab terhadap ibu bapa…

Allah telah berfirman,sebagaimana yang tercatit dalam al-quran

23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia

24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (surah al-isra ayat 23-24)

jadik berbaktila kite kpd ibu bape kite

Tadi smbung citer three dad one mom..cter korea ..tp smpai episode 12 je..em..ble dorg nk upload next episode??

Cter ni menarik la gak..bout 4 guys..best fren.then one of the guy married but dat man sterile..so he ask his fren donate sperm..then his wife get pregnant..they didn’t tell dat woman about de secret..after that husband tu mati..da ler taktau spe nye sperm yg jdik winner.so 3 guys ni la sibuk jge baby tu ngan mama baby..besh gle baby ni ade 3 ayh yg caring abiss.masing2 rse yg baby tu anak diorg ..Sape sbnarnye ayah baby ni?wallahualam..

tige bapak yg terlibat

dalam dilema

masih lagi dilema.. nak memilih kos..takper..kite tggu kputusan upu yg bakal kua tak lame lagik..

bape hari lepas bru aje selesai menonton on9 filem korea surgeon bong dal hee..
cte nih cam ala2 cite greys anatomy..tapi bebas dari part2 sakit mate....
takde la lagha sgt tgk cite nih..ade mesj disitu.. berkisah tntg cabaran menjadik surgeon..sian pompuan tuh mule2 sek kne marah jer..
sape2 yg gile medic..um boleh ar tgk cte nih..

klo nk jadik surgeon ni nmpakne kne pikir lebih dari due tige kali..lepas tgk cite nih..

http://www.mysoju.com/surgeon-bong-dal-hee/

Thursday, June 12, 2008

isu fotokopi

Isu fotokopi ni mmg da lame sye pikirkan..boleh ketidak sbnarnye..sbb mase saye kat matrik saye jugak terlibat ngan kes me'rompak' nih ..dgn syoknye membeli buku2 photostat ni... buku bio,fizik ,math..buku2 latihan...dan jualan buku2 photostat ni sgt meluas dan popular skali..sehingga takde satu makhluk pon nk bli buku ori… hari ni saye rayau2 kt blog ustz zaharuddin terbace isu fotokopi….

Sparuh part ini saya ambil dr zaharuddin.net

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -

a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :

الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة

Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)

b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.

c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.

Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.

Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.

Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

jadik..lege rsenye..sye cube la gak tanak photostat2 ni sb kesian kat org jual buku..tade spe nk beli..sume photostat jer..sye pulak mestila pilih photostat sbb lebih murah dan saye pantang tol klo tade buku nih…saye mmg akan cube dptkan buku2 rujukan…terpulang sama ade bli atau photostat..mmg sye tak boleh idop tanpe buku and tak ske pinjam buku kat org..tapi saye suker sgt klo org pinjam buku kt sye..klo boleh saye msti ade sndrik jugak..senang..bole conteng2..tapi hnye buku pelajaran je la..klo bku novel or komik..mintak ampun nk beli..baik bce on9 or pinjam je..huhu..um..adikku mmg rajin bli komik..tumpang bce je la…untung diri ini..huh!!







buku bio kesayangan and one of my feveret comics..conan



Wednesday, June 11, 2008

anak incredible hulk sesat dirumahku...(part 1)


Cerite ni jadik mse aku darjah satu..alkisah bermula suatu hari..

Abang ngah aku nak belik askrim..ktowg satu family mmg gile askrem..da mmg kturunan..ayah aku gle askrem..mak aku gle coklat..

mase bangah aku cadang nak beli askrem..jeng3..tetibe je duit dye ilang..dye mnyelongkar satu almari tapi..tak jumpe..esok pulak..duit mak aku plak ilang…esok lagi….ilang lagi..esok lagi…(malas ar nk cite esok-esok lagi..yg pentingnye..asyik-asyik duit ilang..)

Mak,ayah and abang aku da riso dah..asal dwit asek ilang jer..aku adik aku n kakak aku mmg baran abis ar..ceh! padahal duit ktorg tak ilang pon...(poyo je lebeh) sbb duit ktorg pon bape posen je..sume da masuk bank.

So ayah aku panggil la satu ustat ni dtg umah..setelah dikaji umah aku yg skit punye besar..make…satu hipotesis dibuat..die mendapati ade satu makhluk asing di rumah aku..makhluk ni bukanlah dtg dari planet zuhal ,marikh dan sbgnye..tapi makhluk ni dtg nye dr bumi gak..tapi taktau datang naik ape..dan taktau cane dye bole ter‘landing’ kt umah ktowg..orang kate dye ni kaler ijau..tapi tak penah le ktorg sekeluarge menengoknye..(korg bole teke tak mende alah ni ape??)harap2 bole teke la sbb malas aku nk tulis name dye ni..kang korang sebut kuat2..tersedak plak dye..tapi..for sure ar bukan incredible hulk sbb saiz dye cam dak kecik..

Ustaz tuh wat pndinding kat umah kitorang and dye pesan suh ktorg rajin2 bace quran..supaye mende ni takot sikit..rsenye ktowg mmg amalkan bce quran setiap mlm..and abg aku pon seorg tahfiz(hapal quran)..and kakak aku pulak nme dye Hafizah(huhu)….jadik..kire cam ade hafiz hafizah la umah aku..tapi stil bende ni nak gak menempel kat umah aku..

Ustaz ni kate..ade org terdekat..hantar mende nih..

Make..ktorg pon makin rajinla mengaji..especially.. surah yasin..al-mulk..ayat qursi..

Ustaz ni kate..kalu nak tgk mende ni ade ke tak..letakla kacang hijau..sbb mende ni syok kat kcg hijau..(ceh..mentang2 la dye kaler ijau)..Ktorg cam tak percaye sgt bende ni ade kat umah kitorg sbb tak pernah terserempak..aku rase die segan kot nak berdepan ngan ktorg..dgn rupe dye yg ensem abis tuh..takut membuatkan kitorg seisi rumah tergile-gilekan rupe parasnye yg menawan..

Satu petang..ktorg membuat satu mesyuarat tergempar..yg dihadiri oleh...pemegang2 syer(abgngah..kakak aku…aku n adik aku)…4 org je sumenye..lembage pengarah (mama n abah ) tak join sbb tak bpe berminat dgn agenda yg dibincangkan..pemegang syer trbesar (along) pulak tak dpt dtg sebab menuntut di mesir…agenda yg dibincangkan..ADAKAH MAKHLUK NI HENSEM ATAU CUN??..ktorg berbalah pndapat..aku n kakak aku sepakat mengatakan dye ensem..abg n adik aku pulak rse dye ni cun..jadik berlaku ketegangan disitu..make..kitorg wat keputusan..nak wat satu projek..MENGUSHA SI DYE..jadik..ktorg pon letakla kacang ijau satu mangkuk atas katil bilik aku and satu mangkuk bilik mak ayah aku..

Malam tu..ktowg naik bilik…seram bulu rome aku nak cite..

Ktowg nmpak…………………

Kacang ijau atas katil aku bertabur…tapi..susunan nye mmg cantik..kacang2 ijau tu tersusun..macam ade bende main..

Serius aku btwu korg..mmg ade sesuatu yg menyusunnye…

Ktorg berpandangan antare satu sme lain….

Apakah SESUATU itu???



Sesuatu yg tak disangka..

Seringkali mendatangi kita..

Itukah suratan dalam kehidupan..

Atau sekadar satu..kebetulan…

Ps : ni lagu suratan atau kebetulan

Bersambung…